Alhamdulillah,thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatka kehadratMU Ya ALLAH,atas segala nikmat yang ENGKAU berikan kepada kami sebagai hambaMU.
Oh,berkisar percutiaan kami pada kali ini...Jika tahun lepas kami telah menziarahi bumi Nabi Musa a.s & Nabi Yusuf a.s iaitu MESIR,namun pada cuti kali ini kami menghabiskan cuti dengan melewati tempat-tempat bersejarah di JORDAN (tempat kami menuntut ilmu ALLAH).
17.Januari.2014 (Jumaat)
Dijadikan cerita,percutian kami pada kali ini berbeza dengan percutian kami sebelum ini.Awal penjelajahan kami bersama ibu,bapa seorang rakan kami dari Sabah yang "Khirij" pada fasal ini iaitu saudara Wan..Majoriti jaulah kami adalah daripada kami sendiri orang dibawah Bayu-Sabah..Tidak ketinggalan beberapa orang sahabat dari Tanah Semenanjung Malaysia..
|
Lobi Maqam Sabahat Nabi
|
Dalam tidak aku sedari,rupanya aku telah menjangkau tahun terakhir pengajian di Jordan (trip SENIOR lah knon..hehe)..umur pun sampai le pertengahan 20an sudah..InsyaALLAH dengan berkat doa semua bakal mengakhiri pengajian tahun hadapan dalam bulan 1,InsyaALLAH.Doa dari semua amat saya hargai..Syukran 'ala du'akum..
Ops,kembali kepada penjelajahan kami,tempa pertama yang kami lawati ada Maqam sahabat Nabi " Maqam Abu 'Ubaidah-Sahabat nabi yang terawal yang memeluk Islam..Kadang terfikir,hebatnya jiwa sahabat Nabi ini,sanggup menemani Nabi dalam usah dan senang,kalau kita pada masa itu??huhu..tepuk diri tanya Iman..:P
Tempat seterusnya,tidak jauh dari Maqam Abu 'Ubaidah adalah adalah Maqam Dirar bin Al-Azwar adalah sahabat nabi yang turut serta dalam perjuangan mendapatkan kembali Syams dari tentera Rom,selain itu,beliau jugak turut serta dalam memerangi golongan riddah dan golongan yang keluar dari agama Islam pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Paling mengagumkan kami,maqam Dirar Al-Azwar sangat harum.Seharum kasturi.Menurut penjaga disana,haruman kasturi ini daripada Maqam sahabat Nabi ini..Ya ALLAH,tersentak jiwa,darjat para syahid telah diangkat didunia,apalagi di akhirat kelak.Jannah pasti milik mereka..Ya ALLAH jadikanlah aku sehebat mereka dalam menegakkan agamaMU..
|
Maqam Dirar Al-Azwar |
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati " Bahrul Mayyit "..tempat ini sangat2 unik.Dari jauh lihat macama laut biasa,tapi cuba dari dekat..Alhamdulillah..sangat hebat ciptaan ALLAH..rupanya banyak garam2 telah mengeras di tepi laut ini.Airnya sangta-sangat masin & likat.Ambil sedikit air dan letak di muka,memang rasa mau nangis...(pengalaman muka merah..hehe)..Ada orang bilang,air laut Mati boleh dibuat ubat..Wallahua'lam..tapi yang bestnya,air ni paling sesuai buat telur masin versi JORDAN..biasanlah kadang2 rindu mahu makan telur masin,terpaksa buat Homemade punya....Asal kisah tentang laut mati ini adalah apabila ALLAH telah terbalikkan tanah dimana kaum Nabi Luth-Somad- tinggal, di sebabkan kaum Nabi Luth pada masa itu sangat terkenal dengan Homoseksual.Nauzubillah.Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik.
|
Suasana sekitar laut mati |
|
Tarik perhatianku dari jauh |
|
Garam Laut Mati |
|
Garam yang mengeras si tepi Laut |
Tempar terakhir kami lawati sebelum balik ke Irbid ialah Ashabul Kahfi.Dimana disanalah kisah 7 orang sahabat yang telah tidur selama 309tahun,bukan hari tau..Hebatnya ALLAH..
Dengan namaMU Ya ALLAH kami bersaksi tiada tuhan selainMU.
dan Nabi Muhammad itu pesuruhMU