Memaparkan catatan dengan label PENDAPAT. Papar semua catatan

Ramadhan hampir ke penghujungnya..

Posted by Nur Islam on 02 September 2010. Filed under:
No Comments »


Apabila Ramadhan menjelma, pelbagai perkara akan terdetik di hati sekalian manusia antaranya :
  • Ingin beribadat di bulan ini, kerana pahala BERGANDA-GANDA. 1 kebaikan dibalas 10 kebaikan, ibadat sunnat pahalanya seumpama pahala amalan wajib.
  • Ingin merebut Malam al-Qadr, yang pahalanya umpama 1000bulan, bersamaan 84 tahun. Disebut juga malam seribu bulan.
  • Ingin berhari raya, bersedia dengan persiapan hari raya walaupun baru hari pertama berpuasa.
  • Solat tarawikh, zakat fitrah dan lain-lain yang perlu dilaksanakan.
Ramadhan adalah bulan Motivasi dan bulan Reward dari Allah SWT. Bayangkan dengan GANDAAN pahala yang Allah SWT tawarkan, bagi orang yang berfikir perlu lebih teruja. Bukannya selalu, setahun sekali sahaja tawaran ini.
Jika anda ditawarkan dengan top-up RM100 dengan hanya membayar RM10, sebagai manusia yang waras dan intelek, adakah anda akan melepaskan tawaran ini? Tidak, bukan. Atau anda diberi tawaran,jika anda beli earphone henset,anda akan mendapat sebuah handphone percuma,bukankah hebat tawaran tu?
Begitu juga Ramadhan, cuma bezanya ia adalah ganjaran ghaibiyyat dan reward metafizik yang bukan bersifat materialistik. Cuba bayangkan kalau pahala beribadat diterjemahkan dalam bentuk material,nescaya ramai yang berebutkannya.
Disinilah bezanya antara MUKMIN dan MUSLIM. Rangkaian jiwa materialisme yang di serap dalam minda umat Islam, terbias hingga dalam bab-bab ibadah khusus. Itulah bahayanya serangan minda (psy war atau ghazwatul fikr) ini. jadi tunggu apa lagi?Ramadhan hampir kepenghujungnya. Mari kita merebut pahala-pahala yang ditaburkan oleh para malaikat di seluruh Alam ini di bulan barakah ini.Ramadhan Karim. Tunggu lagi? Just do it…

Kredit 4 : Ramadhan Kareem

Allah Maha Kaya tetapi Umat Islam rata-rata miskin

Posted by Nur Islam on 23 Ogos 2010. Filed under:
No Comments »

Allah itu maha pemurah dan pengasih, manusia yg beriman kepadaNya faham akan maknanya tetapi adakah mereka benar2 percaya akan konsep maha pemurah itu? Periksa diri sendiri, jika Allah itu maha pemurah, mengapa kita hidup didalam kesempitan, lihat disekeliling kita, rata2 mereka yg miskin itu adalah mereka yg mengaku Islam dan di Malaysia, rata2 orang melayu. Tidak terfikirkah kita sebagai seorang yg beriman, sembahyang dan sebagainya mengapa kita masih di takuk lama? Adakah Allah tidak memakbulkan doa kita yg mahukan kemurahan rezeki setiap kali selepas solat? Kita melihat ada manusia yg lupakan Allah tetapi tetap semakin hari semakin kaya, kita cuba menyedapkan hati dgn berkata "ala kat akhirat nanti mereka akan terima balasannya". Adakah Allah tidak adil dgn tidak memberi rezeki kepada hambaNya yg taat.


Adakah kita miskin disebabkan takdir atau kita sendiri yg malas berusaha? Jika kita menganggapkan itu takdir, adakah kita tahu itu takdir kita? Mengapa ramai yang gagal dlm mengejar cita2/perniagaan dan mengambil keputusan untuk berhenti berusaha dan berpuashati dgn kesederhanaan? Ramai yg memberi alasan, duit bukan segalanya, kalau aku byk duit nanti aku akan jadi jahat dan tidak beriman.

Duit bukan segalanya tetapi itu yg dilihat oleh bakal mertua, itu yang perlu untuk memuaskan dunia materialistik masa kini. Untuk menjadi jahat tidak semestinya selepas kaya, masa miskin pun tetap boleh menjadi jahat, malah ada yg mulanya miskin tetapi disebabkan "jahat" mereka menjadi kaya. Mungkin ada diantara kita yg memberi alasan, ala Nabi pun hidup dlm kesederhanaan, ketika wafatnya tiada harta, tidur pun atas pelepah tamar je.. Memang betul Nabi hidup dgn penuh kesederhanaan tetapi baginda kaya dgn ilmu, pengajaran, akhlak dan tunjuk ajar agar manusia hidup dapat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, lihat diri sendiri... dah lah tiada harta.. ilmu berguna yg membantu sesama manusia pun kurang, jadi jgn samakan kesederhanaan Nabi dgn keadaan kemiskinan kita.

Muslim kekal miskin kerana sikap dan tingkah laku mereka sendiri, mereka beriman kepada Allah tetapi tidak benar2 percaya yg Allah itu pemurah, kepercayaan (beleif) diri kita sendiri yg mengilhamkan perbuatan dan tingkah laku yg menyebabkan kekal miskin. Yg menyedihkan adat dan pepatah kata orang melayu itu sendiri yg menikam diri sendiri, contohnya "rezeki secupak tak akan jadi segantang", pepatah ini untuk menyedapkan hati bila mana kita sentiasa berusaha tetapi tetap dihimpit kegagalan dan menyalahkan takdir. Manusia kebanyakannya lebih kuat berdoa dan berharap Allah akan "memberi rezeki dr langit" tanpa perlu berusaha sedangkan Allah sudah memberitahu yg Allah tidak akan mengubah sesuatu umat/kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah. Manusia bersabar menunggu rezeki dr langit ini kerana katanya "Allah sentiasa bersama mereka yg sabar" tetapi lupa yg Allah tidak akan bersama mereka yg malas.


"Duit susah untuk dicari, kenala berjimat", jika ini lirik lagu kehidupan anda alamatnya memang sukarlah anda boleh mendapat lebih byk duit, ayat itu sendiri secara tidak langsung menidakkan kemurahan Allah, bagaimana jika kita ubah lirik lagu kehidupan ini kepada, "duit amat mudah untuk dicari, dan aku juga amat bijak menggunakannya".

Dr kepercayaan menjadi fikiran dan dari fikiran menjadi perbuatan. Jika minda sedar kita berkata duit mudah untuk dicari, kita harus periksa juga dulu minda separuh sedar anda yg menguasai 99.99% kehidupan seharian, bagaimana ingin tahu jika minda sedar dan minda separuh sedar kita selari, jawapannya amat mudah, jika anda inginkan kekayaan tetapi anda masih miskin.. maknanya kedua2 minda anda itu masih tidak selari dan sehaluan.

Di dalam Alquran, Allah tidak menyeru manusia dgn "Wahai manusia yg sembahyang..." atau "wahai manusia yg berpuasa..." atau lain2 ibadat tetapi dgn "wahai manusia yg beriman".. jika dilihat dr terjemahan english pula.. "O people who beleif.." beriman itu juga percaya.. beleif itu juga percaya, jadi elemen percaya itu amat penting. Jika kita mahu mengubah hidup kita, perkara yg pertama harus diubah adalah apa kepercayaan kita terhadap sesuatu perkara itu.

Di dalam bab duit ini jika "duit susah nak dapat", "rezeki secupak takkan jadi segantang", itu kepercayaan kita maka itu juga akan sama dgn kehidupan kita, jika byk menghabiskan masa di pasaraya membandingkan harga2 untuk mendapat yg termurah, jika berpuas hati dgn "nasi lemak kosong" sedangkan punyai wang untuk menambah telur goreng, jika selalu risau akan kekurangan duit, itu semua adalah cermin fikiran manusia yg datangnya dari kepercayaan diri sendiri dan ianya terpantul dan dapat dilihat dr kehidupan mereka.

Semua masaalah ada penyelesaiannya, kita mampu mengubah keadaan kita sekarang dgn syarat kita sendiri yg mahu, bukan dgn paksaan, suruhan atau perlian orang lain, untuk mengubah keadaan sekeliling semua bermula dari diri kita sendiri. Bagaimana ingin berubah? Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengubah kepercayaan/pemikiran yang menyekat diri kita mencapai apa yg dihajati.

1. Selalulah menunaikan solat, dan bg yg sudah sentiasa bersolat, tingkatkan kualiti solat agar lebih khusyuk dan fokus, dr pembacaan saya, mereka yg boleh fokus kepada sesuatu perkara pada sesuatu masa, otak mereka akan lebih mudah untuk memikirkan kebarangkalian lain selain drpada apa yg sudah menjadi kelaziman, ini penting jika kita ingin mengubah cara kita berfikir. Sembahyang yg fokus itu juga membolehkan minda sedar dan minda separuh sedar kita bergabung menjadi satu dgn fikiran yg fokus kepada bacaan dan juga pada gerak geri badan yg teratur. Sembahyang/solat yg diterima adalah yg khusyuk, sebab ianya memberi kesan kepada diri manusia itu sendiri dr segi membaiki minda, sembahyang atau solat yg tidak khusyuk ibarat berpuasa tetapi tidak sembahyang, yg hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

2. Kita acapkali fokuskan kepada apa yg kita tiada, berbanding dgn apa yg sudah ada, dan jika apa yg kita inginkan itu di luar jangkauan, kita akan berasa sedih, malah marah terhadap kehidupan sedangkan yg datang itu dr kelemahan kita sendiri. Fokuskan kepada sesuatu yg membolehkan kita berasa bersyukur sangat kepada Allah, contohnya ada mata untuk membaca blog ini, ada laptop yg boleh mengakses internet, apa2 sahaja yg membolehkan kita berasa gembira kerana lebih bersyukur kita kepada apa yg ada, lebih byk lagi nikmat2 lain yg akan datang. Dr segi fisilogy manusia pula, bila kita selalu didlm kegembiraan atau tenang, akan kurang hormon stress didlm darah kita, ini juga menyebabkan otak kita boleh berfikir dgn lebih baik dr segi kebarangkalian untuk mencuba sesuatu yg baru dan tidak hanya dgn cara biasa "hardwired rountine neuronet" berdasarkan kepercayaan yg lepas2.

3. Ubah cara pemikiran kepada lebih positif terhadap kehidupan, tidak ada yg Allah jadikan sesuatu kejadian itu tanpa ada kebaikannya, cuma kita sahaja yg sudah terbiasa melihat/memfokuskan kepada yg buruk, sentiasa bersangka baik kepada Allah dan bersyukur diatas apa yg berlaku. Contohnya, ketika kita memandu, tiba2 ada pemandu lain yg tiba2 menghimpit kita secara tajam, menyebabkan kita terpaksa menekan brek dan melambatkan kita sebanyak 0.01 saat, tahukah anda kemalangan berlaku dlm sekelip mata sahaja, dan 0.01 saat lambat itu juga mebezakan samada kita akan terlibat didlm kemalangan atau tidak. Anda boleh pilih samada untuk memaki hamun atau bersangka baik terhadapnya, mungkin dia tak perasan, mungkin dia cuba mencapai telefonnya dan sebagainya. Hati dan fikiran yg lebih tenang dan positif akan menyebabkan prefrontal cortex akan lebih berfungsi dgn lebih sempurna lagi. Ini juga berbalik kepada fokus didlm solat.

4. Bercita2 tinggi untuk mencapai apa yg dihajati dan letak hala tuju yang lebih spesifik, contohnya jika mahu kaya, bila dan berapa byk, letakkan wawasan seperti mana Dr Mahathir menggariskan wawasan 2020, lihat kemajuan yg kita capai hasil visi beliau, kita juga patut mencipta wawasan kita sendiri.

Untuk bab ini saya cadangkan anda tulis, senaraikan apa yg anda bersyukur sgt tentang kehidupan ini (bab 2) dan kemudian tulis apa yg anda mahu didlm kehidupan. Aku bersyukur dan bergembira kepada Allah kerana aku punyai tubuh badan yg sihat, kerana punyai kawan yg baik, kerana punyai........ (apa2 saja yg menyebabkan anda gembira). Kemudian tulis pula apa yg anda inginkan, diidlm senarai ini jgn tulis "akan", tulis seolah2 anda sudah memiliki apa yg diingini. Contohnya, hari ini 11 Disember 2009, aku ada 10ribu didlm simpanan, aku memiliki seorang isteri/suami yg baik, aku punyai kereta Toyota Vios bla bla bla.. dan mcm2 lagi. Pentingnya perlu ditulis kerana ketika kita menulis, minda sedar dan minda sedar kita bersatu, bolehkah anda menulis lapuran kerja sambil fikiran anda risaukan anak di rumah?

5. Percaya, percaya dan percaya yg Allah akan beri apa yg kita ingini dan jgn terdetik pun kerisauan di hati yg ianya tidak akan tercapai. Allah akan mengubah suasana supaya kita ingini akan tercapai, ibarat kita sudah memegang kemudi kapal layar, Allah akan menggerakkan angin untuk melayarkan kita, selagi kuat pegangan kemudi kita itu yakni percaya yg Allah akan memberi apa yg kita hajati, kita akan sampai juga ke destinasi dan akan tercapai juga apa yg diingini.

6. Visualise atau berimiginasi, saya cadangkan sebelum anda tidur setiap hari selepas membaca doa dan juga ayat2 quran, bayangkan apa yg anda hajati itu sudah tercapai, jika anda inginkan duit yg banyak, bayangkan anda sedang menggunakannya, jika anda inginkan kereta, bayangkan anda sedang memandunya, cuba sertakan emosi didlm imaginasi anda itu. Ini sebenarnya untuk melatih minda separuh sedar anda agar boleh menerima konsep baru yg duit dan apa juga yg dihajati itu boleh dicapai. Ini juga tak secara langsung menambah kepercayaan anda terhadap apa yg diingini. Cuba lakukan selama sepuluh hari berturut2 dan selepas itu boleh lupakan.

Melalui fikiran kita beserta imaginasi diatas, apa yg kita ingini sebenarnya sudah tercipta kerana bg Allah masa itu tiada, jadi kita tidak sepatutnya risau akan ianya tidak boleh berhasil, melalui fikiran ia tercipta, melalui tindakan kita ianya akan sampai ketangan kita. Allah akan buka jln, bg petunjuk, contohnya mungkin kita akan lebih berminat untuk membaca iklan mengenai perniagaan internet, saham atau pun ternampak seminar/motivasi untuk menambah ilmu yg mana tidak secara langsung akan menambah rezeki.


Peringatan penting jika duit adalah perkara utama yg dihajati, tiada suatupun didunia ini yg percuma, duit adalah ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberi, jadi fikir2kan lah bagaimana anda boleh memberi perkhidmatan kepada ramai orang dan pada masa yg sama menjaga hak sesama manusia dan juga alam sekitar. Duit yg didapati dgn cara menganiaya sesama manusia tidak akan kekal, jika disimpan didlm peti besi sekalipun, ketenangan kita akan tercabut dan duit itu akan hilang dgn cuba membeli kembali ketenangan.

Insyaallah jika anda lakukan apa yg saya cadangkan diatas, anda akan lihat hasilnya, saya sudah mencuba dan melihat perubahan pada diri sendiri, banyak kejadian didlm hidup saya yg ada diantaranya yg pahit tetapi selepas diselidik dan difikir secara mendalam ia sebenarnya batu loncatan untuk saya berdiri di tempat sekarang ini. Dgn cara ini juga saya akan mendapat anak perempuan tunggal saya selepas 4 anak lelaki, memang semua itu kuasa Allah tetapi saya pilih dan saya yakin Allah akan beri apa yg saya hajati. Di dlm kehidupan ini kita kena pilih apa yg kita mahu, jika tidak, kita akan jadi pilihan atau mangsa orang lain yg mana kepercayaan mereka mencapai apa yg mereka hajati lebih tinggi dr kita

Kupu2 vs Kehidupan

Posted by Nur Islam on 22 Jun 2010. Filed under:
No Comments »

__$$$$$$$$$_____________________,,$$$$$$$
___$$$$$$$$$$,,_______________,,$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$__ ._____.___$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$,_'.____.'_,,$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$,, '._,'_$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$$$.@:,$$$ $$$$$$$$$$$                 Wah....Indahnya kupu2/rama2......
______***$$$$$$$$$$$@@$$$$$$$$$$$****
__________,,,__*$$$$$$@.$$$$$$,,,,,,
_____,,$$$$$$$$$$$$$* @ *$$$$$$$$$$$$,,,
____*$$$$$$$$$$$$$*_@@_*$$$$$$$$$$$$$
___,,*$$$$$$$$$$$$$__.@.__*$$$$$$$$$$$$$..
____*$$$$$$$$$$$___*___*$$$$$$$$$$*___*$,
*____,,*$$$$$$$$$$_________$$$$$$$$$$*,,___'*
______,,$*$,$$**'___________'***$$***,,
____,,**__ '_.*__________________*___



     Sejak dua menjak ni,ada jak kupu2 masuk pg rumah kami...X kira siang kah malam kah...Mcm2 warna,saiz yang ada.....
Bestnya tgk makhluk Allah ni terbang ke sana,ke sini......Rasanya mcm bebas dari mcm2 msalah jak....
Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya.......Setiap makhluk ada dugaan dan ujian tersendiri.....Rama2 pun seringkali berada dalam keadaan ketakutan juga apbila mereka mencari rezeki...Takut di tangkap oleh manusia2 yang dahagakan kelebihan yg terdapat pada makhluk ini .....Apatah lagi kita sebagai manusia.,,yg di kurniakan Allah akal yg boleh berfikir dgn waras...walupun kdgkala manusia itu sendiri yg membuatkan mereka tidak waras dalam berfikir....
Banyak ujian yg kita perolehi setakat hidup kita kini,menjadikan kita lebih tabah menghadapi hidup2 yg akan datang.....Pahit,manis,masin,masam dalam perencah kehidupan sedikit sebanyak menjadi panduan dan tunjuk ajar bagi kita dalam melakukan sesuatu perkara......


     Mesti kita sangat seronok merasai kegembiraan yang tersangat2 hingga ingin meraikan dan berkongsi dengan orang lain..kadangkala kita menjadi riak dengan kelebihan yg kita ada...Hingga ada kalanya kita lupa bersyukur dengan nikmat yg kita perolehi ini adalah dengan izinnya Allah azza wa jalla...Namun apabila kita di landa musibah,kita suka mengurungkan diri menilai asbab knp musibah tersebut menimpa diri kita...Ketika itu,barulah kita sedar tinggi rendahnya hidup ini.....Kita beru hendak bersyukur dengan apa yg kita ada selama ini....Sebenarnya musibah bukanlah ujian sebenar bagi diri kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini,bahkan saat keseronakan itu adalah ujiaan yang terbesar bagi kita....Oleh itu,bagi rakan2 yang sedang dalam kegembiraan,sedarlah bahawa ianya hanya seketika....Jangan lupa untuk kita bersyukur kepada Allah......Namun,jika menerima musibah,Tetap bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita lebih kuat dalam menghadapi kehidupan...Ingatlah,semua yang berlaku hanya sementara...Semuanya terdapat hikmah terbesar yg tersembunyi......


Salam Muhasabah Diri dari diriku Insan yg memerlukan bimbinganMu Ya Rabbi.....


Hayatilah

Jom bersyukur.....

Posted by Nur Islam on 15 November 2009. Filed under:
No Comments »

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan namaMU yang maha pemurah lagi maha mengasihani"

Ya Allah,aku bermohon kepadaMU agar dijauhkan diriku ini dari segala fitnah dunia,..dari segala perkara-perkara yang negatif agar aku mampu untuk terus istiqamah menunaikan kewjipanku kepadaMU.....اما بعد Kullu am,,wa antum bikhair............

Salam sayang buat semua teman-tamanku...
Agaknya,,apa khabar anda semua??Di harap sihat walafiat hendaknya...Amin....Biiznnillah......

K,kali ini ada satu perkongsian cerita/pendapat/isi hati.....apa-apalah yang berkaitan....

Macam ni...
Apabila kita memeperolehi sesuatu yang kita impikan atau hajatkan,,kita selalu melafazkan kata "yeh,,yeh" berbanding bersyukur ke hadrat Ilahi..Begitulah fitrahnya manusia sentiasa alpa dengan pencitaNYA...Itulah pentingnya peringatan"tazkirah" sama ada dari rakan-rakan,guru-guru,ibu bapa kita......Jika tidak di ingatkan setiapa masa,,confirm kita lupa.......

Itulah antara perkara sehari-hari yang sering kali berlaku kepada diri saya serta orang-orang di sekitar saya....bersambung



Sedeynya..

Posted by Nur Islam on 17 Oktober 2009. Filed under:
No Comments »

Terbayang akan datang,,camana klu kita berkesempatan merasai hari tua,,sanggupkah anak2 kita untuk menjaga kita...,,sdey dengan ragam dunia kini...tym muda2 beria2 kata SAYANG AYAH,SAYANG MAMA...namun hakikatnya,,tym masing2 dah berumahtangga,,rasa sayang dengan kedua ibu bapa makin pudar....semoga kita X tergolong dalam kalangan "orang2" seperti ini...Amiin...

.::PERGAULAN::.

Posted by Nur Islam on 03 Mei 2009. Filed under:
No Comments »

Salam sayang buat semua sahabat & sahabiah sekalian..

Apa khabar iman & islam saudara-saudari ku..?.....(jawab sendirilah erk...hehe)

Hari ne terdetik plak dalam hati ingin membincangkan mengenai topik BAGAIMANA SEBENARNYA CARA PERGAULAN KITA DENGAN YANG BERLAINAN JANTINA...Pada kali ini,saya ingin meminta pendapat anda semua..Harap2 sahabat sekalian bagi respon ya...ILHAM mengenai tajuk kali ini timbul apabila saya bertemu dengan sahabt2 sekolah menengah yang amat sya sayangi d Kota Kinabalu yang lalu....
Pada hari tersebut,rasa rindu yang teramat sangat menyelubungi diri kerana faktor masa & tempat belajar yang berlainan dan sangat jauh sehingga terpaksa menyeberangi laut china selatan semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita di dunia dan di akhirat kelak..InsyaALLAH....
Sepanjang perjalanan ke destinasi,pelbagai isu menarik yang timbul dalam perbincangan kami...Tapi yang paling menarik dan menyentuh pemikiran saya ialah tentang pergaulan antara yang berlainan jantina...
Adakalanya..saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sebenarnya cara yang pling sesuai untuk berurusan dengan insan yang bernama"lelaki"....Semenjak melanjutkan pelajaran ke bumi barakah Darul Quran,pelbagai ilmu yang telah saya perolehi....Antaranya mengenai topik pada kali ini/lebih di kenali sebagai "ikhtilat"....
Dahulunya,saya memang di kenali sebagai RAMAH dengan sesiapapun yang saya jumpa...(memang baik,tapi mesti ada batasnya)
Dahulunya saya sukar untuk menjaga pergaulan,suara............
Dahulunya saya sentiasa memikirkan yang saya ni keterlaluan,tapi keinginan untuk berubah macam chipsmore sekajap ada,sekejap tiada.....

Namun,Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bumi barakah,tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil...."Bibi..!lihatlah sahabat-sahabatmu....semuanya terjaga dengan menutup aurat,semuanya cantik-cantik & berseri-seri untuk menyahut seruan menghafaz KALAM ALLAH,menjaga syariatNYA..."Saya tersentak untuk seketika....Saya juga tercabar dengan kata-kata itu...Ops...macam dah keluar topik plak....(untuk menguatkan ayat shja cerita di atas tu..(^^,)...)
Sebenarnya,saya rasa sangat bersalah kerana umur sebaya saya/lebih khususnya remaja kini tidak sedar yang kadangkala pergaulan mereka sebenarnya keterlaluan..dalam bahagian suara,ada yang melembutkan suara ketika bercakap dengan bukan muhrim,tidak terfikirkah oleh mereka yang suara seorang perempuan ni boleh menggugat seorang lelaki..??..Ada pula yang sesuka hati meninggikan suara sehingga membuka aib diri sendiri..Dalam bab pakaian pula satu hal...Remaja kini suka menggayakan baju kanak-kanak yang berumur 6/7 tahun..sepetinya tidak puas untuk hidup pada zaman kanak-kanak..(faham-faham sendiri lah ya)..Seakannya mereka tidak menyedari bahawa pakaian-pakaian tersebut tidak muat dan sesuai untuk mereka..Dari segi perilaku pula,ada remaja perempuan sanggup memegang tangan,menepuk tampar lelaki yang bukan muhrim mereka..
Sememangnya saya juga rasa terbelenggu...Banyak pertanyaan timbul tidak kira dari diri sendiri dan juga sahabt-sahabt..Memang kita selalu berfikir adakah kita bersalah menghubungi sahabat lelaki/perempuan yang sma sekolah dengan kita dari sekolah rendah-menengah semata-mata supaya perhubungan silaturrahim persahabatan tidak terputus...saya yakin,ramai sahabat-sahabiah pun mengalami masalah seperti ini....memang sahabat-sahabiah terasa sangat serba salah apabila tidak membalas mesej misalnya,tidak lagi menghubungi sahabat anda untuk bertanya khabar kerana takut di katakan sombong..hal ini serba sedikit menjejaskan perhubungan persahabatan yang di bina....Apapun yang berlaku,yang paling penting niat kita..Ingat hadth 1 dan hadith yang popular digunakan...."Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan di mulai dengan NIAT"...jadi,apabila niat kita untuk berhubung adalah baik,maka baiklah hasilnya...namun sebaliknya berlaku apabila niat kita buruk....

Fikir-fikirkan,tenung-tenungkan wahai sahabat-sahabt yang di sayangi kerana ALLAH....