Memaparkan catatan dengan label INFORMASI. Papar semua catatan

Kami sedia membantu

Posted by Nur Islam on 30 Januari 2011. Filed under:
1 Comment



Kami di Jordan sedia membantu...Semoga semuanya selamat..InsyaALLAH biiznillah..

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya
pelajar. “Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu. “Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan. Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius
tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang. Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir. Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

Segala yang berlaku ada hikmahnya........
Ya ALLAH permudahkan urusan sahabat-sahabat,saudara seISLAM kami di Mesir

Penampar...Adui..........

Posted by Nur Islam on 09 November 2009. Filed under:
No Comments »

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam abadi.'
KEPADA ALLAH KU BERHARAP...AGAR TULISAN INI BERFAEDAH DAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA-NYA.,

Rukun Islam semakin diabaikan..

Posted by Nur Islam on 19 September 2009. Filed under:
No Comments »

Detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam,hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun,abad demi abad.............(MASA DEMI MASA).


"Demi Masa,
Sesungguhnya,manusia itu dalam kerugian............
Kecuali,orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Surah Al-Asr : 1-3)

Demikianlah,Allah telah berjanji dengan masa bahawa,manusia sentiasa berada dalam kelalaian dan kenikmatan dunia tanpa memikirkan balasan di akhirat kelak....Hanya terdapat segelintir sahaja manusia yang yang akan mendapat Husnul Khatimah didalam kehidupan mereka..

Berbalik kepada tajuk posting saya,saya sebenarnya semakin bertambah hairan,pelik dengan cara/gaya hidup masyarakat sekarang ni.................Semakin lama,semakin jauh dari fitrah azali....
Cakap secara lahiriah,"agama kami ISLAM,tapi sebarang perkara yang dilakukan seolah-olah tidak ada kaitannya dengan ISLAM itu sendiri...

Misalnya,satu-satu masa mereka menganggap solat tu tandanya orang muslim,tapi mereka sendiri tidak melakukannya,mengucap 2 kalimah syahadah itu simboliknya seseorang itu seorang yang beragama Islam,tapi mengucapkankan kalimah itu pun tersasul2,tapi yang lebih teruk, ada plak yang tidak tahu apa itu kalimah syahadah,puasa itu wajib tatkala bulan Ramadhan tiba,tapi mereka tidak menunaikannya..Saya pernah menghadiri majlis pernikahan sepupu perempuan terdekat saya,malangnya sedih sangat pabila menyaksikan dan mendengar sendiri bakal suaminya ketika majlis akad nikah berlangsung..Bakal suaminya tersebut tidak tahu langsung apa itu kalimah syahadah,siap kena suruh ikut bacaan tok kadi pulak...rasa macam mahu menangis sahaja tym tu..Bukan apa,jika bakal bapa dan ibu tidak tahu asas2 rukun Islam,macam mana pula dengan bakal srikandi-srikandi mereka akan datang....Kemana perginya bakal-bakal pejuang fisabilillah....

Itu kira elok lagi jika dibandingnya dengan cerita kali ini..ceritanya begini,
.........................teringat suatu ketika,dimana ketika sedang mengikuti kelas fiqh munakahat di tempat pengajian saya,Ustazah pernah bercerita,ada seorang rakannya yang tinggal di suatu kampung di Negeri Sarawak pernah memberitahunya bahawa di kawasan tempat tinggalnya tersebut tidak sah jika keluarga2 yang berhampirannya tidak diduduki anak luar nikah...mesti pening kepala sebenarnya apa yang saya maksudkan ini kan???maksudnya,setiap keluarga mesti ada anak-anak remaja samada perempuan atau lelaki yang pernah "TERLANJUR'....sedih bukan...perbuatan seperti ini,macam menjadi biasa-biasa sahaja dalam kalangan mereka..tiba-tiba selepas ustazah beritahu macam ti,saya teringat akan kampung halaman di mana kes begini pun sememangnya macam perkara biasa..nikah sebelum sehari,,sebulan,2 bulan nak bersalin lagi power selepas seminggu dah bersalin pun ada...SEDIH sangaaaaaat..bukan itu sahaja,majlis yang diadakan jugak besar-besaran macam tiada perasaan serba salah dalam diri sendiri dan orang-orang di sekitarnya........

Mesti pelik kan tiba-tiba cerita macam ne di 1 Syawal...bukannya apa,terdetik tanpa dijangka...(^_^)..semoga kisah-kisah yang saya ceritakan ini dapat kita ambil pengajaran dan sama-sama jadikan diri untuk belajar menjadi pendakwah yang berhemah untuk masyarakat sekitar kita faham apa erti sebenarnya kita menganut agama Islam dan faham dengan mendalam apa,kenapa,bagaiman,bila,siapa,dimana RUKUN ISLAM itu...

k,Salam Lebaran...dan selamat beramal..


"SESUATU YANG MENGEJUTKAN"

Posted by Nur Islam on 31 Julai 2009. Filed under:
2 Comments


Satu ungkapan yang jarang di temui…


Namun,itulah hakikat sebenar kehidupan..Walau dimana kita berada,pada bila-bila masa,sesuatu yang mengejutkan pasti akan berlaku dalam diri kita sebagai hamba Allah..Dipendekkan cerita,kita hanya mampu untuk merancang,namun segalanya telah ditentukan Allah..


“Kalau boleh,selama hidup di dunia ne,kita inginkan semuanya yang terbaik dalam diri kita..semua yang kita idamkan dapat dikecapi dan menjadi kenyataan..,
Namun dalam proses mengejar impian tersebut,kekadang kita banyak “menyakitkan” insan-insan disekeliling kita..hakikatnya,memang segala yang berlaku pada diri kita sukar untuk dijangka..sesungguhnya peristiwa yang datang secara mengejut inilah yang membuatkan hidup kita sentiasa diwarnai dengan pelbagai warna dan menjadi pengalaman yang menarik dalam hidup kita di dunia yang fana ini..


Umumnya,sesuatu benda yang memang pasti berada dalam genggaman kita,sukar untuk kita menzahirkan rasa syukur..namun kerisauan pula akan terjadi apabila sesuatu benda yang kita inginkan tidak dapat di kecapi…Selain itu juga,nikmat sesuatu perkara yang telah dikecap akan di hargai apabilaia telah hilang dan kejemuan akan berlaku apabila sesuatu perkara berada pada kita..


Begitulah,lumrahnya manusia,seringkali lalai dan alpa dengan segala nikmat yang telah diberi…semoga kita sentiasa bersyukur atas segalanya..SALAM

KEIMANAN..

.::HALAL & HARAM::.

Posted by Nur Islam on 07 Mei 2009. Filed under:
No Comments »


RENUNGAN BERSAMA BUAT SAHABATKU...........
Bayangkanlah.....!!!
Perkara haram yang kta lakukan tidak di sedari...
Namun,sebaliknya berlaku...........
Semoga Iman & Islam kita sentiasa meningkat...

JOM KENALI KEPRIBADIAN ZAINAB AL-GHAZALI..!!

Posted by Nur Islam on 03 Mei 2009. Filed under:
No Comments »


Assalamualaikum w.b.t.


Untuk kali ini,jom kita sama2 mengenali kepribadian seorang muslimah ISLAM sejati untuk dijadikan contoh,bahkan boleh kita ikuti corak perjuangan beliau...


Mudah-mudahan,kita tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yang beriman..


Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin .Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap.


Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi.Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya.


Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer.


Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966.


Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan....

CEMERLANG AKEDEMIK BUKAN PENENTU SEGALANYA

Posted by Nur Islam on 20 April 2009. Filed under:
No Comments »

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai topik ni..Sebabnya,ramai ibu bapa kini ingin sangat anak-anaknya berjaya sehingga menyebabkan adakalanya anak-anak terasa tertekan sehingga mereka hanya berlakon di hadapan ibu bapa seperti menjadi anak yang menurut perintah...namun sebaliknya,anak-anak aktif dengan kegiatan yang kurang "sopan" di luar rumah...

Mempunyai anak yang cemerlang sememangnya menjadi impian setiap ibu bapa. Suatu kepuasan yang tidak bisa dilahirkan kerana kejayaan anak-anak adalah kejayaan ibu bapa jua yang tidak pernah diminta untuk dibalas.

Bagaimanapun, ramai yang mentafsir cemerlang dengan kejayaan akademik sedangkan sudah terbukti ia bukanlah faktor bagi kejayaan dalam hidup. Kisah Sufiah Yusof menjadi bukti paling terkini yang menjadi suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarganya, malah kepada negara dan negara.

Memiliki anak genius adalah anugerah Allah s.w.t. yang tidak akan dimiliki oleh semua ibu bapa. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa anak tanpa akal yang genius juga mampu cemerlang dengan adanya bimbingan dan perhatian yang sempurna.

Kisah adik Salman dan kakaknya, Masoumah, boleh menjadi panduan dan contoh kepada ibu bapa di luar sana. Begitu juga dengan kejayaan adik Anisa Yasmin yang boleh digelar sebagai aktivis alam sekitar walaupun dalam usia yang masih terlalu muda.

Kesemua mereka mempunyai potensi yang berjaya dikesan dan dicungkil oleh ibu bapa. Apa yang pasti bukanlah sesatu yang mudah bagi anak-anak ini untuk mengekal dan mempertingkatkan potensi diri yang ada tanpa sokongan semua pihak. Pengorbanan ibu bapa adalah paling utama. Ia menjadi tonggak kepada kelangsungan potensi yang dicungkil dan pastinya bukan sedikit masa serta wang ringgit yang terpaksa dilaburkan.....Jadi,diharapkan semoga kita sebagai ibu bapa pada masa akan datang,dapat mendidik anak dengan sebaiknya...

Terapkanlah ilmu agama semaksimum yang boleh agar anak-anak dapat membezakan baik buruk suatu perlakuan

..::Enam batu cinta::..

Posted by Nur Islam on 09 April 2009. Filed under:
No Comments »


Bagaimana kami tahu bahwa cinta kami cukup dalam untuk menghantar kami ke arah berdampingan seumur hidup, menuju kepada kesetiaan yang sempurna? Bagaimana kami dapat yakin bahwa cinta kami ini cukup matang untuk diikat sumpah nikah serta janji untuk berdampingan seumur hidup sampai maut memisahkan?


Pertama, Ujian untuk merasakan sesuatu bersama.Cinta sejati ingin merasakan bersama, memberi, menghulurkan tangan.Cinta sejati memikirkan pihak yang lainnya, bukan memikirkan diri sendiri. Jika sahabat membaca sesuatu, pernahkah sahabat berfikir, saya ingin memberi ini bersama sahabatku? Jika sahabat merencanakan sesuatu,adakah sahabat hanya berfikir tentang apa yang ingin sahabat lakukan, ataukah apa yang akan menyenangkan pihak lain? Sebagaimana Herman Oeser, seorang penulis Jerman pernah mengatakan, “Mereka yang ingin bahagia sendiri,janganlah kawin. Kerana yang penting dalam perkawinan ialah membuat pihak yang lain bahagia. Mereka yang ingin dimengerti pihak yang lain, janganlah kawin. Karena yang penting di sini ialah mengerti pasangannya.Maka batu ujian yang pertama ialah:“Apakah kita dapat sama-sama merasakan sesuatu? Apakah aku ingin menjadi bahagia atau membuat pihak yang lain bahagia?”


Kedua, Ujian kekuatan.Saya pernah menerima surat dari seorang yang jatuh cinta, tapi sedang risau hatinya. Dia pernah membaca entah di mana, bahwa berat badan seseorang akan berkurang kalau orang itu betul-betul jatuh cinta. Meskipun dia sendiri mencurahkan segala perasaan cintanya, dia tidak kehilangan berat badannya dan inilah yang merisaukan hatinya. Memang benar, bahwa pengalaman cinta itu juga dapat mempengaruhi keadaan jasmani. Tapi dalam jangka panjang cinta sejati tidak akan menghilangkan kekuatan kalian; bahkan sebaliknya akan memberikan kekuatan dan tenaga baru pada sahabat. Cinta akan memenuhi sahabat dengan kegembiraan serta membuat sahabat kreaktif, dan ingin menghasilkan lebih banyak lagi.Batu ujian kedua:“Apakah cinta kita memberi kekuatan baru dan memenuhi kita dengan tenaga kreaktif, ataukah cinta kita justeru menghilangkan kekuatan dan tenaga kita?”


Ketiga, Ujian penghargaan.Cinta sejati bererti juga menjunjung tinggi pihak yang lain. Seorang gadis mungkin mengagumi seorang jejaka, ketika ia melihatnya bermain bola dan meraih banyak gol. Tapi jika ia bertanya pada diri sendiri, “apakah aku mengingini dia sebagai ayah dari anak-anakku? “, jawabnya sering sekali menjadi negatif. Seorang pemuda mungkin mengagumi seorang gadis, yang dilihatnya sedang berdansa. Tapi sewaktu ia bertanya pada diri sendiri, “apakah aku mengingini dia sebagai ibu dari anak-anakku? “, gadis tadi mungkin akan berubah dalam pandangannya.Pertanyaannya ialah: “Apakah kita benar-benar sudah punya penghargaan yang tinggi satu kepada yang lainnya? Apa saya bangga atas pasanganku?”


Keempat, Ujian kebiasaan.Pada suatu hari seorang gadis Eropa yang sudah bertunang datang padasaya. Dia sangat risau, “Aku sangat mencintai tunanganku,” katanya, “tapi aku tak tahan caranya dia makan epal.” Gelak tawa penuh pengertian memenuhi ruangan. “Cinta menerima orang lain bersama dengan kebiasaannya. Jangan kawin berdasarkan kefahaman yang sedikit, lalu mengira bahawa kebiasaan-kebiasaan itu akan berubah di kemudian hari. Kemungkinan besar itu takkan terjadi. Sahabat harus menerima pasanganmu seadanya beserta segala kebiasaan dan kekurangannya.Pertanyaannya: “Apakah kita hanya saling mencintai atau juga saling menyukai?”


Kelima, Ujian pertengkaran .Bilamana sepasang muda mudi mengatakan ingin kawin, saya selalu menanyakan mereka, apakah mereka pernah sesekali benar-benar bertengkar - tidak hanya berupa perbezaan pendapat yang kecil, tetapi benar-benar bagaikan berperang. Seringkali mereka menjawab, “Ah, belum pernah lagi, kami saling mencintai.” Saya katakan kepada mereka, “Bertengkarlah dahulu barulah kamu boleh kawin.” Persoalannya tentulah, bukan pertengkarannya, tapi kesanggupan untuk saling berdamai lagi. Kemampuan ini mesti dilatih dan diuji sebelum kawin. Bukan seks, tapi batu ujian pertengkaranlah yang merupakan pengalaman yang “diperlukan” sebelum kawin.Pertanyaannya: “Bolehkah kita saling memaafkan dan saling mengalah?”


Keenam, Ujian waktu.Sekiranya sahabat ragu-ragu tentang perasaan cintamu, sang waktu akanmemberi kepastian.Tanyakan: “Apakah cinta kita telah melewati musim panas dan musim dingin? Sudah cukup lamakah kita saling mengenal?” ( ini buat yang sudah bernikah ) (sumber: dari berbagai sumber)