Wanita ibarat Pokok Semalu..

Posted by Nur Islam on 01 November 2009. Filed under:
No Comments »

Subhanallah....Artikel kali ini berkisar tentan makhluk Allah yang bergelar "WANITA"

Sama-sama kita hayati......


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Salam muhasabah....

Sedeynya..

Posted by Nur Islam on 17 Oktober 2009. Filed under:
No Comments »

Terbayang akan datang,,camana klu kita berkesempatan merasai hari tua,,sanggupkah anak2 kita untuk menjaga kita...,,sdey dengan ragam dunia kini...tym muda2 beria2 kata SAYANG AYAH,SAYANG MAMA...namun hakikatnya,,tym masing2 dah berumahtangga,,rasa sayang dengan kedua ibu bapa makin pudar....semoga kita X tergolong dalam kalangan "orang2" seperti ini...Amiin...

RISAU,risau..

Posted by Nur Islam on 16 Oktober 2009. Filed under:
No Comments »

Lokasi : 16 Oktober 2009(Jumaat)...


Petang,,
dalam jam 4 lebih,,adik bongsu kena sunat...1st,takut jugak dengar perkataan SUNAT ni...lagi2 terbayang budak kecik yang kena sunat...mesti terbayang macam2 such budak yg kena sunat tu mesti nangis X henti2 sampai susah nak tidurkannya......tapi terbalik plak dengan adik bongsu sya ni,,pandai makcik ambik hati dia tym kena sunat petang tadi...mama X berani nak tengok adik kena sunat petang tadi,so,,makcik(kembar mak) yang pegang dia..
Apapun,sebelum adik kena sunat,terbayang2 di fikiran ni,,siapala yang akan jadi pewaris tukang khatan nnt coz di Kampung ni,hanya nenek ni sahaja satu2nya yang boleh...so,,siapa mahu offer jadi pewaris untuk kampung?????

Malam,,
Risau tengok sepupu-sepupu semuanya ni,,masing2 macam X hiraukan apa itu hukum ISLAM..dorang rasa segala kesenangan di dunia ni semata-mata untuk enjoy...buat apa yang dorang mahu..,,lagi2 dalam soal pergaulan antara lelaki dan perempuan..pegang2,tepuk tampar...rasa takut tersangat dengan dorang semua..lepas tengok hp adik sepupu ni plak,,lagi risau...berani plak prmpuan2 ni keluar dengan lelaki2 yang jelas peribadi luaran nampak huhahuha...takutnya,,,,(mgkin peribadi dalaman dorang baik kot)..InsyaALLAH..Tulah,diri ni selalu berpesan supaya mereka2 ni cuba berubah kearah kebaikan..X kiralah sikit2 pun X apa...yang penting nampak perubahan tu..
Kes lain plak,ada pula orang kampung lain datang p tmpat sini bawa daun terup,,mahu main daun terup(JUDI)..sanggup tu knunnya boleh dapat duit banyak..Padahal mmg kita tahu,JUDI tu haram,,jadi klu haram alamatnya NERAKA lah tempatnya..bukan tu jak,Judi ni bolah menyebabkan pergaduhan..cthnya,,orang yang kalah min judi,mesti rasa marah atau dendam dengan orang yang menang,,jadi mereka cuba buat sesuatu untuk mendapatkan duit mereka kembali.....Sedih sangat dengan kehidupan masyarakat yang masih Jahil ne,,,adakah faktorny,,X ilmu agama,kurangnya daie,keluarga yang X mementingkan ilmu agama???atau ada pendapat lain..??,

Ya ALLAH,bantulah hambamu yang hina ini dalam mengerjakan (امر معروف نهي منكر)....Semoga masyarakat seperti ini,mendapat hidayahmu Ya ALLAH...Tabahkanlah,Sabarkanlah diriku dalam menghadapi dugaanMU...

Syukur masih teringat...

Posted by Nur Islam on 09 Oktober 2009. Filed under:
No Comments »

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,walaupun sudah sebulan lebih tidak update blog ni,Alhamdulillah dapat jugak akhirnya...
Sebelum terlupa,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan fi Sabilillah....

Tidak sangka pula cepat sekali masa berlalu..dari bulan Ramadhan haritu,berhari raya bersama keluarga di Sabah,Exam,balik sekali lagi ke Sabah untuk Majlis Khatan adik...Macam2 terjadi dalam tempoh tersebut..
Rasanya mcm baru sekejap jak masa berlalu...Apapun,semua yang terjadi telah ditentukan ALLAH sejak azali lagi...dari baby,kanak-kanak,remaja,dewasa,tua dan seterusnya saat ajal datang menjemput kita..Oleh itu bersedialah kita untuk menghadapi hari itu..pastikan iman kita tiap-tiap hari kena topup..
Tidak dinafikan hidup kita sebagi manusia ni,kadang ingat,kadang lupa..apapun,cari inisiatif bagaimana supaya benda-benda yang IMPORTANT ni kita boleh ingat tiap masa dan ketika...
Contohnya buat reminder dekat handphone kita,buat note dkat meja study atau bilik kita,apapun berkawan dengan kawan2 yang boleh sentiasa mengingatkan kita tentang fastabiqul Khairat ni lah yang paling baik..
..Teringat pula zaman-zaman asrama dari sekolah menengah dulu himgga ipt sekarang ni,saya rasa sngat beruntung sebabnya di kurniakan rakan2 yang sama-sama mengingatkan saya di kala terlupa...Terima kasih kawan-kawan semua...Jasa kamu semua akan saya ingat sampai bila-bila..
K,lah rasanya sampai sini dulu kot untuk kali ni..lain masa kita sama2 bertafaqquh ilmu,pengalamn lagi ya...Salam ukhwah lillahi taala sahabatku semuanya..<3

Rukun Islam semakin diabaikan..

Posted by Nur Islam on 19 September 2009. Filed under:
No Comments »

Detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam,hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun,abad demi abad.............(MASA DEMI MASA).


"Demi Masa,
Sesungguhnya,manusia itu dalam kerugian............
Kecuali,orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Surah Al-Asr : 1-3)

Demikianlah,Allah telah berjanji dengan masa bahawa,manusia sentiasa berada dalam kelalaian dan kenikmatan dunia tanpa memikirkan balasan di akhirat kelak....Hanya terdapat segelintir sahaja manusia yang yang akan mendapat Husnul Khatimah didalam kehidupan mereka..

Berbalik kepada tajuk posting saya,saya sebenarnya semakin bertambah hairan,pelik dengan cara/gaya hidup masyarakat sekarang ni.................Semakin lama,semakin jauh dari fitrah azali....
Cakap secara lahiriah,"agama kami ISLAM,tapi sebarang perkara yang dilakukan seolah-olah tidak ada kaitannya dengan ISLAM itu sendiri...

Misalnya,satu-satu masa mereka menganggap solat tu tandanya orang muslim,tapi mereka sendiri tidak melakukannya,mengucap 2 kalimah syahadah itu simboliknya seseorang itu seorang yang beragama Islam,tapi mengucapkankan kalimah itu pun tersasul2,tapi yang lebih teruk, ada plak yang tidak tahu apa itu kalimah syahadah,puasa itu wajib tatkala bulan Ramadhan tiba,tapi mereka tidak menunaikannya..Saya pernah menghadiri majlis pernikahan sepupu perempuan terdekat saya,malangnya sedih sangat pabila menyaksikan dan mendengar sendiri bakal suaminya ketika majlis akad nikah berlangsung..Bakal suaminya tersebut tidak tahu langsung apa itu kalimah syahadah,siap kena suruh ikut bacaan tok kadi pulak...rasa macam mahu menangis sahaja tym tu..Bukan apa,jika bakal bapa dan ibu tidak tahu asas2 rukun Islam,macam mana pula dengan bakal srikandi-srikandi mereka akan datang....Kemana perginya bakal-bakal pejuang fisabilillah....

Itu kira elok lagi jika dibandingnya dengan cerita kali ini..ceritanya begini,
.........................teringat suatu ketika,dimana ketika sedang mengikuti kelas fiqh munakahat di tempat pengajian saya,Ustazah pernah bercerita,ada seorang rakannya yang tinggal di suatu kampung di Negeri Sarawak pernah memberitahunya bahawa di kawasan tempat tinggalnya tersebut tidak sah jika keluarga2 yang berhampirannya tidak diduduki anak luar nikah...mesti pening kepala sebenarnya apa yang saya maksudkan ini kan???maksudnya,setiap keluarga mesti ada anak-anak remaja samada perempuan atau lelaki yang pernah "TERLANJUR'....sedih bukan...perbuatan seperti ini,macam menjadi biasa-biasa sahaja dalam kalangan mereka..tiba-tiba selepas ustazah beritahu macam ti,saya teringat akan kampung halaman di mana kes begini pun sememangnya macam perkara biasa..nikah sebelum sehari,,sebulan,2 bulan nak bersalin lagi power selepas seminggu dah bersalin pun ada...SEDIH sangaaaaaat..bukan itu sahaja,majlis yang diadakan jugak besar-besaran macam tiada perasaan serba salah dalam diri sendiri dan orang-orang di sekitarnya........

Mesti pelik kan tiba-tiba cerita macam ne di 1 Syawal...bukannya apa,terdetik tanpa dijangka...(^_^)..semoga kisah-kisah yang saya ceritakan ini dapat kita ambil pengajaran dan sama-sama jadikan diri untuk belajar menjadi pendakwah yang berhemah untuk masyarakat sekitar kita faham apa erti sebenarnya kita menganut agama Islam dan faham dengan mendalam apa,kenapa,bagaiman,bila,siapa,dimana RUKUN ISLAM itu...

k,Salam Lebaran...dan selamat beramal..


Hari ini,Kali ini,Saat ini

Posted by Nur Islam on 21 Ogos 2009. Filed under:
No Comments »

"Bawakan padaku cerita atau kenangan mengenai Rasulallah,,agar bertambah cintaku juga rinduku pada BAGINDA Rasulallah s.a.w....UMMATI,UMMATI,UMMATI...."

Isu 1 :
Salam Ramadhan Kareem........Pertengahan malam Ramadhan yang menyayukan,tersentuh hati ini kala melihat sahabat-sahabat berada bersama keluarga tersayang untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan,menunaikan solat terawikh secara berjemaah,bersahur dan berbuka puasa bersama-sama...Namun,sebaliknya terjadi pada diriku ini..Apapun,pengalaman ini banyak mengajar aku mengenal realiti kehidupan yang sebenar....Terima kasih Ya ALLAH ..ENGKAU jadikan ramadhan kali ini wasilah untuk diriku mengenal erti kehidupan..(^_^)

Isu 2 :
Pengalaman berada seminggu di asrama memang seronok sangat walaupun dalam keadaan sunyi..Bersama sahabat seperjuangan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang huffaz..Semoga diri sentiasa tabah menghadapi mehnah hidup..

Isu 3 :
Fikiran melayng jauh ke "oversea"..Teringat akan keluarga,sahabat-sahabat yang sememangnya menjadi penghibur dikala diri ini kesedihan,pengingat diri ini dikala kelalaian..namun,menjadi tanggungjawab bagiku juga untuk mendidik dan mentarbiyah mereka.Kadanglaka diri ini terfikir sendirian,,"SEMEMANGNYA AKU DILAHIRKAN UNTUK MENJADI SEORANG "DA'IE" bagi orang-orang yang berada di sekelilingku.."walaupun kadangkala terdetik diri ini belum cukup "sempurna" dengan persediaan mental,emosi,fizikal,ilmu..masih terasa jahil lagi diri ini..Ya ALLAH hamba ini memohon diberi kekuatan untuk menyampaikan ilmumu...Syukran Ya ALLAH..(komunikasi)

Isu 4 :
Usia semakin menginjak,fikiran semakin matang,kehidupan semakin teratur,cuma adakalanya diri ini dibelenggu dengan pelbagai "Perencah" kehidupan..Tidak kira dari segenap aspek sekalipun seperti dari aspek pembelajaran,ekonomi mahupun HATI..Namun,alhamdull=illah berkat pertolongan ALLAH melebihi segal;anya..."SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLLAH..ALLAH AKAN ATURKAN YANG TERBAIK..Tawakkal A'lallah.."