Penyesalan....

Posted by Nur Islam on 02 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

Tadi,aku temankan sepupuku pg Hospital Likas coz mo buat surat beranak anak dorg yg baru lahir...Harap2 kegembiraan menyelubungi diri dorang,,tapi malangnya kesedihan plak dtg...

Ceritanya begini...

Baru2 ni dorang baru melahirkan seorang cahaya mata lelaki...kira2 sebulan selepas mereka menikah...yg sedihnya hari ini,,apabila dorang buatkan surat beranak utk anak dorang,,anak tu x bolah di binkan dengan nama ayahnya yg sebenar coz anak tu dikira anak luar nikah...Turut bersedih jugak sbnrnya,..tapi apa boleh buat,,hukum Allah mengatasi segalanya....Ada hikmah semuanya terjadi...Ambil pengajaran daripada apa yg berlaku..

           Dorang sedih coz xtau apa mau di jawab dengan anak nnt apabila anak tu sdh besar...huhu~sedih kan..Tapi mungkin itulah karma atas apa yg telah mereka lakukan dahulu sebelum bernikah...Hanya " Kun fayakun "..segalanya terjadi sebelum mata kasar manusia berkedip...jadi,kisah yg sedikit sebanyak di coretkan pada kali ini,moga-moga jadi peringatan untuk diri sendiri khususnya serta buat kawan-kawan semua....Ingatlah!!..Ingat Allah sentiasa,,jgn biarkan NAFSU menguasai diri...kerana nafsu itu rakannya IBLIS LAKNATULLAH dan Iman yg Manis adalah anugerah terindah daripada ALLAH......

Salam Muhasabah Diri semua.....



Aku Sayang Allah..best sangat..:)

Posted by Nur Islam on 01 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Imbas kembali...

Posted by Nur Islam on 29 Jun 2010. Filed under:
No Comments »

Salam blogger....


       
            Entri kali ini kemungkinan banyak didengari sama ada dari pengalaman diri sendiri,mahupun kawan-kawan ataupun orang lain........Tapi inilah hakikatnya kehidupan,sering berputar seiring waktu berjalan....Mungkin hari ini kita yg mengalaminya.....esok pula,orang lain yang akan menghadapinya.....Yang pesti..Ianya akan berlaku.......Namun mungkin berbeza suasana,keadaan,waktu.......

          Aku tidak menyangka segalanya berlaku terlalu pantas..Tidak ku rancang bahawa inilah jalan yang aku bakal lalui...Jalan penghijrahan yang tidak aku sangkakan..Itulah perancangan Allah yg melebihi segalanya....Jalannya adalah jalan yg MustaQim,lurus....Jika di kenang kembali,begitu banyak karat-karat kejahilan dalam diriku.....Begitu manja rasanya sedikit cubaan daripadaNYA.......Hingga akhirnya aku tersedar,bahawa segalanya hanyalah sementara.

         Ya Allah terima kasih atas rahmat dan HidayahMU...
Hanya padaMU tempatku berserah,dan hanya padaMu tempatku memohon keampunan../Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah......Amin...

Kupu2 vs Kehidupan

Posted by Nur Islam on 22 Jun 2010. Filed under:
No Comments »

__$$$$$$$$$_____________________,,$$$$$$$
___$$$$$$$$$$,,_______________,,$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$__ ._____.___$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$,_'.____.'_,,$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$,, '._,'_$$$$$$$$$$$$$
____$$$$$$$$$$$$$$$$.@:,$$$ $$$$$$$$$$$                 Wah....Indahnya kupu2/rama2......
______***$$$$$$$$$$$@@$$$$$$$$$$$****
__________,,,__*$$$$$$@.$$$$$$,,,,,,
_____,,$$$$$$$$$$$$$* @ *$$$$$$$$$$$$,,,
____*$$$$$$$$$$$$$*_@@_*$$$$$$$$$$$$$
___,,*$$$$$$$$$$$$$__.@.__*$$$$$$$$$$$$$..
____*$$$$$$$$$$$___*___*$$$$$$$$$$*___*$,
*____,,*$$$$$$$$$$_________$$$$$$$$$$*,,___'*
______,,$*$,$$**'___________'***$$***,,
____,,**__ '_.*__________________*___



     Sejak dua menjak ni,ada jak kupu2 masuk pg rumah kami...X kira siang kah malam kah...Mcm2 warna,saiz yang ada.....
Bestnya tgk makhluk Allah ni terbang ke sana,ke sini......Rasanya mcm bebas dari mcm2 msalah jak....
Tapi ketahuilah hakikat sebenarnya.......Setiap makhluk ada dugaan dan ujian tersendiri.....Rama2 pun seringkali berada dalam keadaan ketakutan juga apbila mereka mencari rezeki...Takut di tangkap oleh manusia2 yang dahagakan kelebihan yg terdapat pada makhluk ini .....Apatah lagi kita sebagai manusia.,,yg di kurniakan Allah akal yg boleh berfikir dgn waras...walupun kdgkala manusia itu sendiri yg membuatkan mereka tidak waras dalam berfikir....
Banyak ujian yg kita perolehi setakat hidup kita kini,menjadikan kita lebih tabah menghadapi hidup2 yg akan datang.....Pahit,manis,masin,masam dalam perencah kehidupan sedikit sebanyak menjadi panduan dan tunjuk ajar bagi kita dalam melakukan sesuatu perkara......


     Mesti kita sangat seronok merasai kegembiraan yang tersangat2 hingga ingin meraikan dan berkongsi dengan orang lain..kadangkala kita menjadi riak dengan kelebihan yg kita ada...Hingga ada kalanya kita lupa bersyukur dengan nikmat yg kita perolehi ini adalah dengan izinnya Allah azza wa jalla...Namun apabila kita di landa musibah,kita suka mengurungkan diri menilai asbab knp musibah tersebut menimpa diri kita...Ketika itu,barulah kita sedar tinggi rendahnya hidup ini.....Kita beru hendak bersyukur dengan apa yg kita ada selama ini....Sebenarnya musibah bukanlah ujian sebenar bagi diri kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini,bahkan saat keseronakan itu adalah ujiaan yang terbesar bagi kita....Oleh itu,bagi rakan2 yang sedang dalam kegembiraan,sedarlah bahawa ianya hanya seketika....Jangan lupa untuk kita bersyukur kepada Allah......Namun,jika menerima musibah,Tetap bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita lebih kuat dalam menghadapi kehidupan...Ingatlah,semua yang berlaku hanya sementara...Semuanya terdapat hikmah terbesar yg tersembunyi......


Salam Muhasabah Diri dari diriku Insan yg memerlukan bimbinganMu Ya Rabbi.....


Hayatilah

Dilema + Istikharah

Posted by Nur Islam on 19 Jun 2010.
No Comments »


Waaa.......Dalam tidak sedar abes sudah belajar di DQ..amek Tahfiz Al-Quran plak tue....
Tanggungjawab besar tu pegang Al-Quran......Adakah aku ingat apa yg aku hafal selama ni??
Fikirlah sendiri......

Alhamdulillah dengan rezeki daripada Allah......Macam2 jugak tawaran aku dapat untuk melanjutkan lagi pelajaran aku ni...Antaranya Insaniah ngan UDM(daftar 4 Julai)......Tapi tempat utama yang mana aku ingin menyambung pelajaran ialah di Jordan(University of Yarmouk_Bahasa Arab & Kesusateraan)....InsyaAllah fly dalam 15 hbulan September..Doakan ya semoga urusan utk ke sana dipermudahkan Allah.......
Apapun dalam tempoh tersebut Istikaharah merupakan jalan terpenting...

Bercakap sikit....

Posted by Nur Islam on 08 Jun 2010. Filed under:
No Comments »

Assalamualaikum..........dear blog....^_^


Wah,rasanya lama betul sudah blog ku ini terbiar tanpa sebarang coretan...
Bukannya apa,penulis tidak tahu ingin mengisi coretan berkaitan apa di dalam blog ini....
Tapi,setelah difikir2kan,apa gunanya blog yang dibuat jika tiada isinya..
Jadi dengan serta merta bergeraklah si penulis untuk meluahkan serba sedikit apa yang berkenan di hati....

Dijadikan cerita,,
Baru2 ni,2 majlis perkahwinan sepupu berlangsung di dua tempat dan pihak yang berbeza...
Pada 29 Mei 2010,bersamaan hari Sabtu,Sepupu perempuan sebelah ayah iaitu Sari telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya secara meriah sekali dengan pelbagai hiasan,makanan yang enak,pengapit yang comel2 dan banyak lagi...Makcik cakap,agak berdengung jugak telinga menyediakan kos persiapan perkahwinan anaknya itu..Tapi,Alhamdulillah settle jugak akhirnya..

Perkahwinan yang kedua pula,sepupu sebelah lelaki emak iaitu Arni@Ego berkahwin dengan sekampung dengannya jugak Nursi.....Sibuk jugak menyiapkan persediaan untuk majlis persandingannya ni...Pendek kata,mama tidak duduk diam di rumah,..berkejar kesana sini...huhu..Kesian emak hari tu.....Tapi yang gembiranya,,semuanya siap...Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah...