Ya ALLAH,Ya RASULALLAH

Posted by Nur Islam on 07 Februari 2011. Filed under:
No Comments »



Assalamualaikum w.b.t... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA aku masih wujud dimuka bumi ini dengan segala nikmat yang sangat-sangat berharga..SYUKRAN Ya ALLAH....

Alhamdulillah segala kehidupanku berjalan mengikut apa yang ENGKAU telah aturkan Ya ALLAH..Segala-galanya punya hikmah yang pasti membuatkan aku sentiasa bersyukur Ya ALLAH..Sungguh,hanya ENGKAU tempatku berserah..


Kini telah seminggu lebih aku memasuki semester baru,alam baru,sahabat baru,guru baru dan yang pastinya situasi pun berbeza dengan kehidupanku sebelum ni...Segala-galanya mengajarku erti sebenar perjuangan,pengorbanan kerana-MU ya ALLAH..sungguh,tidak aku nafikan...adakalanya aku merasai "perencah kehidupan" yang ENGKAU berikan kepadaku seperti kegembiraan,kesedihan adalah semata-mata untuk mengujiku dan melatihku untuk menjadi insan yang tabah menghadapi kehidupan di dunia ini....Syukran Ya ALLAH...
Ya ALLAH,segalanya berlaku atas izin-MU....Ya ALLAH,kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil shgga keakhirnya...Terima kasih atas wasilah-MU untuk mendidikku di dunia yang fana ini...Aku Sayang Mereka Ibu Bapaku,namun aku lebih menyayangi Kekasih-MU (Rasulallah)..keranamu Ya Rasulallah,aku dapat merasai indahnya nikmat ISLAM kini..apa yg ENGKAU ingat sebelum ENGKAU meninggalkan dunia bukan isteri-MU,anak-anak-MU tapi...."UMMATI,UMMATI,UMMATI...umat-MU...Terima Kasih Ya Rasulallah...ENGKAULAH PENGHULU KAMI......


~Revolusi~

Posted by Nur Islam on 02 Februari 2011. Filed under:
No Comments »

Wajah Blog aku yg memang sedia maklum




Wajah Facebook terkini




Ni plak baru mo berjinak-jinak dengan Twitter





Ni wajah Friendster yang telah bersawang



Saja-saja post...Bertukar mood plak...^_^
Sekian


Kami sedia membantu

Posted by Nur Islam on 30 Januari 2011. Filed under:
1 Comment



Kami di Jordan sedia membantu...Semoga semuanya selamat..InsyaALLAH biiznillah..

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya
pelajar. “Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu. “Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan. Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius
tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang. Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir. Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

Segala yang berlaku ada hikmahnya........
Ya ALLAH permudahkan urusan sahabat-sahabat,saudara seISLAM kami di Mesir

TIPS NIKAH KAHWIN

Posted by Nur Islam Filed under:
No Comments »

Kredit to ILUVISLAM

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Cara-cara Solat Jenazah

Posted by Nur Islam on 28 Januari 2011. Filed under:
No Comments »

CARA -CARA SEMBAHYANG JENAZAH

* Letakkan mayat di hadapan imam
* Mayat hendaklah diletakkan melintang kiblat
* Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat
* Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat
* Mayat di dalam keranda apabila hendaklah disembahyangkan hendaklah dibuka tudungnya


PANDUAN SEMBAHYANG JENAZAH

* Berdiri (Bagi yang berupaya)
* Niat
* Takbiratu Ihram


Selepas Takbir Pertama :
* Membaca Al-Fatihah


Selepas Takbir Kedua :
* Membaca Selawat Atas Nabi


Selepas Takbir Ketiga :
* Membaca Doa


Selepas Takbir Keempat :
* Memberi Salam

LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA

LAFAZ-LAFAZ NIAT
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)

iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib)

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib)


(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai


(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH


3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI

Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas.

4.MEMBACA DOA

Doa Jenazah Lelaki


Doa Jenazah perempuan


Doa Jenazah Kanak-Kanak


5.MEMBERI SALAM


Sebelum memberi salam eloklah dibaca doa ini:

(jika perempuan ditukar kepada )

DOA SENJATA MUKMIN

Posted by Nur Islam on 26 Januari 2011. Filed under:
No Comments »


DOA-DOA SEBAGAI SENJATA DAN PERLINDUNGAN MUKMIN:


Zikir-Zikir Mampu Mengusir Syaitan:
Ibn Qayyim al-Jauziah di dalam kitab al-Wabil al-Soyyib Min al-Kalimi al-Toyyib menyebut hadith berkaitan beberapa perkara pelik dan aneh yang berlaku kepada seorang lelaki pada suatu malam.
Hadith Sa’id bin al-Musayyab daripada Abdurrahman bin Samurah bin Habib berkata: Rasulullah s.a.w keluar kepada kami pada suatu hati dan kami berada di Masjid Madinah. Maka Baginda berdiri di kalangan kami dan bersabda: Sesungguhnya semalam Aku telah melihat (dalam mimpi) sesuatu yang luar biasa berlaku:….
ورأيت رجلا من أمتي قد احتوشته الشياطين, فجاءه ذكر الله عز وجل فطرد الشيطان عنه.
Dan Aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatKu yang telah dikepung oleh syaitan, maka datang zikrullah mengusir syaitan daripadanya…-[Riwayat Muslim]
Daripada al-Harith al-Asy’ari,Rasulullah S.A.W bersabda.”sesungguhnya Allah memerintahkan Yahya Bin Zakaria dangan lima kalimah…..
وأمركم أن تذكرو ا الله فان مثل ذلك كمثل رجل خرج العدو فى اثره سراعا حتى أتى الى حصن حصين فأحرز نفسه منه,كذلك العبد لا يحرز نفسه من الشيطان إلا بذكرلله.
Dan dia memerintahkan kamu supaya berzikir kepada Allah, maka perbandingan itu seperti seorang lelaki yang segera melepaskan diri daripada musuhnya dalam [ergelutannya sehingga dia sampai ke satu benteng yang teguh, maka dapatlah dia memelihara sdirinya daripada musuh.demikianlah seorang hamba tidak mampu memelihara dirinya daripada syaitan melainkan dengan zikrullah. [Riwayat al-Tirmizi:hasan sahih]

1. AL-FATIHAH:
Kharijah bin al – Shalt al – Tamimi memberitakan suatu sumber daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahar yang berkata :
“Saya telah menemui Nabi S.A.W maka saya memeluk islam. Kemudian saya pulang tiba – tiba saya melalui satu kaum dimana dalam kalangan mereka terdapat seorang lelaki gila yang diikat dengan besi ( rantai ) maka keluarganya berkata : “Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawa sahabat engkau iaitu Rasulullah S.A.W ini telah membawa kebaikan. Maka adakah terdapat padamu sesuatu yang boleh dijadikan ubat?” Maka aku pun menjampinya dengan al – Fatihah , lalu dia sembuh sehingga memberikanku seratus ekor kambing. Kemudian aku datang menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda. Lalu Rasulullah bersabda : Apakah kamu membaca selainnya? Aku menjawab : “Tidak”. Rasulullah S.A.W bersabda :
“Ambillah pemberian tersebut ,demi Allah sesungguhnya umurku di dalam genggaman Tuhan, ada orang yang memakan upah daripada jampi yang batil ( yang tidak dibenarkan ), sesungguhnya engkau telah memakannya ( pendapatan yang benar ) dengan jampi yang benar.” (Riwayat al – Nasa’i , Abu Daud dan Ibnu al – Sunni )

2. AYAT AL-KURSI:

3. AL-MU’AWWIZAT:
"أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِه كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْه ثُمَّ نَفَثَ فِيْهِمَا ، وَقَرَأَ فِيْهِمَا : قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ثُمَّ مَسَحَ ِبهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِه ، يَبْدَأُ ِبهِمَا عَلَى رَأْسِه وَوَجْهِه وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِه ، يَفعَلُ ذلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ."
" Sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbaring ke tempat tidurnya setiap malam akan menghimpunkan kedua telapak tanganNya kemudian menghebus pada keduanya dengan membaca pada kedua telapak tanganNya surah Al-Ikhlaas , surah Al-falaq dan surah An-Naas . Kemudian menyapu kedua tanganNya apa yang termampu daripada badanNya , dengan memulakan di atas kepalaNya , mukaNya dan apa yang berdekatan daripada anggota tubuhNya , Baginda melakukan sedemikian itu sebanyak 3 kali ."
[ Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

4-AYAT-AYAT PERLINDUNGAN
Dalam kitab “al – Wabil al – Shayyib”, al – Allamah Ibnu Qayyim al – Jauziyyah menyebutkan berita yang disebut oleh Abu Musa al – Madiini dalam kitabnya : ( al-Targhib fi al-Khisol al-Munjiyyah wa al-Tarhib min al-Khalal al-Maraddiyyah ) bahawasannya al – Hasan bin Ali telah berkata : “ saya menjadi penjamin bagi sesiapa yang membaca 20 ayat ini ( ayat al – Kursiyy , ayat 54 – 56 surah al – A’raf , 10 ayat permulaan surah al – Shaffat , ayat 33 – 35 surah ar – Rahman , ayat 22 – 24 surah al – hasyr ) pada setiap malam dia akan dipelihara Allah daripada setiap syaitan yang selalu datang mengintip rahsia , daripada setiap binatang buas yang mengganas dan daripada setiap pencuri.”
Menurut al – Suyuti , Ibn Abi Hatim telah mengeluarkan berita daripada Saad bin Ishaq bin Ka’ab katanya : Ketika diturunkan ayat 54 surah al – A’raf , dia telah bertembung dengan satu kafilah ( kumpulan ) yang besar yang tidak difikirkan melainkan mereka itu daripada orang – orang Arab. Sa’ad bersama teman – temannya bertanya : Siapakah kamu? Mereka menjawab : “Kami daripada kalangan jin , kami keluar daripada Madinah , kerana turun ayat inilah kami keluar.
Daripada Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya beliau telah membacakan ayat – ayat ini pada telinga seorang yang hilang ingatan ( pengsan ) lalu dia sedar. Maka rasulullah bertanya : Apakah yang engkau baca di telinganya?”. Beliau menjawab : Saya membacakan ( Apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kalian dengan sia-sia…) sehingga ke akhir surah [ ayat 115-118 al-Mukminun ]. Maka Rasulullah bersabda : “Seandainya seorang lelaki yang betul-betul meyakini membacakan ayat ini ke atas sebuah bukit nescaya runtuhlah bukit itu”. [ Ibnu al – Sunni dan Abu Nu’aim ].
Sesiapa membaca permulaan surah Haamiim al – Mukmin sehingga ilaihi al – Mashir dan ayat al – kursiyy di kala pagi hari , dia akan dipelihara oleh Allah sehingga ke petang , dan sesiapa yang membaca keduanya pada waktu petang dia akan dipelihara oleh Allah sehingga ke pagi. [ Riwayat al-Darimi ].
Daripada Abu Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang tercela sebanyak tiga kali, kemudian membaca penghujung surah al-Hasyr, Allah mengutuskan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat mengusir daripadanya syaitan manusia dan jin, sekiranya pada waktu malam sehingga pagi, dan sekiranya pada waktu siang hingga ke petang.[ Riwayat Ibn Mardawaih]

5-100 KALI SEHARI
( لاَ إِﻟٰـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَه لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ .)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : sesiapa yang membaca ( tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan pujian dan dia berkuasa atas setiap sesuatu) pada setiap hari seratus kali maka baginya ganjaran memerdekakan sepuluh orang hamba dan ditulis baginya seratus kebajikan dan dihapuskan baginya sersatus kejahatan dan dapat menghindarkan dirinya daripada gangguan syaitan pada hari tersebut sehingga keesokan harinya dan tiada seorang yang lebih utama darinya melainkan orang yang banyak membaca doa tersebut.

6-
( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )
“Seseorang hamba yang membaca pada pagi hari tiap-tiap menjelang siang dan petang hari, tiap-tiap menjelang malam (dengan nama Allah tidak memudaratkan sesuatu yang ada di bumi dan tidak pula yang ada di langit jika berserta namanya dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui) sebanyak tiga kali nescaya tidak akan ada sesuatu yang memudaratkannya dan daripada riwayat Abu Daud…dia tidak ditimpa bencana secara tiba-tiba. [riwayat al-Tirmidzi dan Abu Daud]

7-
( حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِﻟٰـهَ إِلاَّ هُوَ, عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.)
Daripada Abi al-Darda’ r.a daripada Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa membaca pada setiap hari ketika waktu pagi dan petang “Cukuplah bagiku allah,tiada tuhan selin dia,kepadanyalah aku berserah,dan dia Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung.” tujuh kali, Allah Taala menyelamatkannya mara bahaya daripada urusan dunia dan akhirat. [ riwayat Abu Daud, Ibnu al-Sunni]

8- AZAN MENGHALAU SYAITAN:
Daripada Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
إِذَا تَغَوَّلَتْ لَكُمُ الْغِيلاَنُ فَنَادُوا بِاْلأَذَانِ.
“Apabila al-Ghilan ( sejenis jin atau syaitan atau sihir mereka ) menjelma ( dengan bentuk-bentuk tertentu ) kepada kalian maka laungkanlah azan.” [ Riwayat Ibn al-Sunni ]

9- DOA MENDIAMI SESUATU TEMPAT/ MASUK HUTAN/ BERKHEMAH:
عَنْ خَوْلَة بِنْتِ حَكِيم قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قَالَ: (أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ) لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ.
Sesiapa yang singgah di sesuatu tempat persinggahan kemudian membaca:“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan setiap makhluk.” dia tidak akan ditimpa sesuatu bahaya pun sehingga dia meninggalkan tempat persinggahan itu.
[Muslim]

10- DOA PERLINDUNGAN ANAK-ANAK:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبَّاسٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: ( أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَّمَّةٍ ) وَيَقُولُ: إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهِمَا إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ.
Abdullah bin Abbas r.ahuma berkata: Rasulullah s.a.w memperlindungkan al-Hasan dan al-Husain r.ahuma: “Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan dan kecelakaan . Dan daripada setiap pandangan mata yang tercela.” Dan Baginda bersabda: Sesungguhnya bapa kamu berdua ( Ibrahim a.s ) memperlindungkan doa ini kepada Ismail dan Ishaq. [ Riwayat Al-Bukhari dan al-Tirmizi ].

11-KURMA MENGELAK SIHIR:
مِنْ حَدِيثِ عَامِر بْنَ سَعْدٍ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ, عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :"مَنْ تُصْبِحُ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ مِنْ تَمَرِ الْعَالِيَةِ, لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ.- وَفِي لَفْظٍ – مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سَمٌّ حَتَّى يُمْسِي.
Daripada hadis ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas daripada bapanya berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bersarapan pagi dengan tujuh tamar daripada tamar yang baik, dia tidak akan dimudaratkan oleh racun dan sihir pada hari tersebut.- Dan pada lafaz yang lain- Sesiapa yang memakan tujuh tamar daripada pokok yang dikelilingi oleh batu-batu hitam kesan terbakar( yang sudah lama ditinggalkan), ketika waktu pagi, dia tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa racun sehingga ke petang.
[ Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan al-Tabrani ]

12-DOA KEPADA ISTERI YANG BARU DINIKAHI/KETIKA MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH/MEMBELI BINATANG DAN KENDERAAN BARU:
( اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.)
Daripada Abdullah bin Amru bin al-’Ash r.ahuma, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin dengan seorang perempuan atau membeli seorang khadam, maka hendaklah dia mengucapkan: ( Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan sesuatu yang menjadi tabiatnya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang menjadi tabiatnya. ) Dan apabila dia membeli unta, maka hendaklah dia memegang bahagian atas dari punggungnya dan hendaklah membaca seperti yang tersebut tadi.- Menurut riwayat yang lain- Kemudian hendaklah dia membelai ubun-ubun mereka dan berdoa memohon berkat untuk isteri dan khadam itu.(riwayat Abu Daud,Ibn Majah, Ibn al-Sunni dengan isnad soheh)

13- DOA MENGHILANGKAN STRESS:
( اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ اِبْنُ عَبْدِكَ اِبْنُ أُمَّتِكَ, نَاصِيَتِي بِيَدِكَ,مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ, عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ, أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ, سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ, أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ, أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ, أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَك, أَنْ تَجْعَلَ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ رَبِيعَ قَلْبِي, وَنُورَ صَدْرِي, وَجَلاَءَ حُزْنِي, وَذِهَابِ هَمِّي )
Daripada Ibn Mas’ud daripada Nabi s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang hamba yang ditimpa kesusahan dan kesedihan maka dia berdoa: ( Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak daripada umat-Mu, ubun-ubun kepala ku di dalam genggaman tangan-Mu, sejak dahulu hukum-Mu padaku, adilnya ketentuan-Mu padaku. Aku bermohon dengan seluruh nama kepunyaan-Mu, yang Engkau menamakan diri-Mu dengannya yang Engkau turunkannya di dalam kitab-Mu, yang Engkau mengajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu, atau yang Engkau sembunyikan dengannya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung penghias hatiku, cahaya dadaku, penggilap kedukaanku dan penghapus kesusahanku ) melainkan Allah akan melenyapkan kedukaan dan kesusahannya serta menggantikan tempatnya dengan kegembiraan. [ Riwayat Ahmad ].

14- DOA MENGHINDARI FITNAH DAN MENGELAK MUSIBAH:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْر قَالَ: إِنَّ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَقُولُ بَعْدَ فِتْنَتِهِ:( اَللَّهُمَّ مَا كَتَبْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ مُصِيبَةٍ فَخَلِّصْنِي مِنْهَا )-ثَلاَثَ مَرَّاتٍ- ( وَمَا أَنْزَلْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْرٍ, فَآتِنِي مِنْهُ نَصِيبًا ) وَإِذَا أَمْسَى قَالَ مِثْلَ ذَلِكَ فَلَمْ يَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مَكْرُوهًا.
Daripada Abdurrahman binJubair ia berkata:sesungguhnya daud a.s berdoaa setelah beliau difitnah (ya Allah! Apa-apa musibah yang Engkau catatkan pada hari ini,maka leraikan aku daripadanya)-tiga kali-(dan apa-apa yang engkau turunkan daripada kebaikan pada hari ini, maka kuniakanlah kepadaku kebaikannya), dan apabila masuk waktu petang, dia berdoa sedemikian.maka dia tidak melihat setelah itu sesuatu musibah yang tidak diingininya.
[Ahmad,al-Bukhari dan Muslim]