"SESUATU YANG MENGEJUTKAN"

Posted by Nur Islam on 31 Julai 2009. Filed under:
2 Comments


Satu ungkapan yang jarang di temui…


Namun,itulah hakikat sebenar kehidupan..Walau dimana kita berada,pada bila-bila masa,sesuatu yang mengejutkan pasti akan berlaku dalam diri kita sebagai hamba Allah..Dipendekkan cerita,kita hanya mampu untuk merancang,namun segalanya telah ditentukan Allah..


“Kalau boleh,selama hidup di dunia ne,kita inginkan semuanya yang terbaik dalam diri kita..semua yang kita idamkan dapat dikecapi dan menjadi kenyataan..,
Namun dalam proses mengejar impian tersebut,kekadang kita banyak “menyakitkan” insan-insan disekeliling kita..hakikatnya,memang segala yang berlaku pada diri kita sukar untuk dijangka..sesungguhnya peristiwa yang datang secara mengejut inilah yang membuatkan hidup kita sentiasa diwarnai dengan pelbagai warna dan menjadi pengalaman yang menarik dalam hidup kita di dunia yang fana ini..


Umumnya,sesuatu benda yang memang pasti berada dalam genggaman kita,sukar untuk kita menzahirkan rasa syukur..namun kerisauan pula akan terjadi apabila sesuatu benda yang kita inginkan tidak dapat di kecapi…Selain itu juga,nikmat sesuatu perkara yang telah dikecap akan di hargai apabilaia telah hilang dan kejemuan akan berlaku apabila sesuatu perkara berada pada kita..


Begitulah,lumrahnya manusia,seringkali lalai dan alpa dengan segala nikmat yang telah diberi…semoga kita sentiasa bersyukur atas segalanya..SALAM

KEIMANAN..

KEMBARA JILUL QURAN

Posted by Nur Islam on 09 Mei 2009. Filed under:
1 Comment

Pengembaraanku bersambung lagi......

Tanggal 10hb Mei 2009(Ahad)..

* Kembali meneruskan perjalanan/pelajaran &
PERJUANGAN di bumi barakah
Darul Quran JAKIM....

* Bertemu rakan-rakan yang mementingkan
"panaroma" Ad-Din Islam tercinta dalam
hidup..

* Sedih sebab terpaksa meninggalkan keluarga
tercinta...Namun,walau apapun yang berlaku
perjuangan tetap di teruskan untuk menjadi Daie
yang hebat untuk agama..
Akan saya buktikan,bahawa saya akan menggembirakan
kedua ibu bapa yang sentiasa disayangi..
TERIMA KASIH AYAH & MAMA.....

Nantikan Anakmu ini membawa kejayaan di dunia & akhirat untuk kita semua...!!

Tanggal 11 Mei 2009/12 Mei 2009 (Isnin / Selasa)

* UJIAN SPEAKING MUET.....(^^,)...

P/S : Doakan kejayaan saya ya...
Mohon maaf di pinta kerana mungkin selepas ini,saya lambat nak update blog disebabkan susah nak on9 dah...kalau ada apa-apa email je kat alamat kat sebelah atas kanan ni..

"KULLU HAL WA ANTUM BIKHAIR"

.::HALAL & HARAM::.

Posted by Nur Islam on 07 Mei 2009. Filed under:
No Comments »


RENUNGAN BERSAMA BUAT SAHABATKU...........
Bayangkanlah.....!!!
Perkara haram yang kta lakukan tidak di sedari...
Namun,sebaliknya berlaku...........
Semoga Iman & Islam kita sentiasa meningkat...

JOM KENALI KEPRIBADIAN ZAINAB AL-GHAZALI..!!

Posted by Nur Islam on 03 Mei 2009. Filed under:
No Comments »


Assalamualaikum w.b.t.


Untuk kali ini,jom kita sama2 mengenali kepribadian seorang muslimah ISLAM sejati untuk dijadikan contoh,bahkan boleh kita ikuti corak perjuangan beliau...


Mudah-mudahan,kita tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yang beriman..


Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin .Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap.


Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi.Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya.


Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer.


Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966.


Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan....

.::PERGAULAN::.

Posted by Nur Islam Filed under:
No Comments »

Salam sayang buat semua sahabat & sahabiah sekalian..

Apa khabar iman & islam saudara-saudari ku..?.....(jawab sendirilah erk...hehe)

Hari ne terdetik plak dalam hati ingin membincangkan mengenai topik BAGAIMANA SEBENARNYA CARA PERGAULAN KITA DENGAN YANG BERLAINAN JANTINA...Pada kali ini,saya ingin meminta pendapat anda semua..Harap2 sahabat sekalian bagi respon ya...ILHAM mengenai tajuk kali ini timbul apabila saya bertemu dengan sahabt2 sekolah menengah yang amat sya sayangi d Kota Kinabalu yang lalu....
Pada hari tersebut,rasa rindu yang teramat sangat menyelubungi diri kerana faktor masa & tempat belajar yang berlainan dan sangat jauh sehingga terpaksa menyeberangi laut china selatan semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita di dunia dan di akhirat kelak..InsyaALLAH....
Sepanjang perjalanan ke destinasi,pelbagai isu menarik yang timbul dalam perbincangan kami...Tapi yang paling menarik dan menyentuh pemikiran saya ialah tentang pergaulan antara yang berlainan jantina...
Adakalanya..saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sebenarnya cara yang pling sesuai untuk berurusan dengan insan yang bernama"lelaki"....Semenjak melanjutkan pelajaran ke bumi barakah Darul Quran,pelbagai ilmu yang telah saya perolehi....Antaranya mengenai topik pada kali ini/lebih di kenali sebagai "ikhtilat"....
Dahulunya,saya memang di kenali sebagai RAMAH dengan sesiapapun yang saya jumpa...(memang baik,tapi mesti ada batasnya)
Dahulunya saya sukar untuk menjaga pergaulan,suara............
Dahulunya saya sentiasa memikirkan yang saya ni keterlaluan,tapi keinginan untuk berubah macam chipsmore sekajap ada,sekejap tiada.....

Namun,Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bumi barakah,tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil...."Bibi..!lihatlah sahabat-sahabatmu....semuanya terjaga dengan menutup aurat,semuanya cantik-cantik & berseri-seri untuk menyahut seruan menghafaz KALAM ALLAH,menjaga syariatNYA..."Saya tersentak untuk seketika....Saya juga tercabar dengan kata-kata itu...Ops...macam dah keluar topik plak....(untuk menguatkan ayat shja cerita di atas tu..(^^,)...)
Sebenarnya,saya rasa sangat bersalah kerana umur sebaya saya/lebih khususnya remaja kini tidak sedar yang kadangkala pergaulan mereka sebenarnya keterlaluan..dalam bahagian suara,ada yang melembutkan suara ketika bercakap dengan bukan muhrim,tidak terfikirkah oleh mereka yang suara seorang perempuan ni boleh menggugat seorang lelaki..??..Ada pula yang sesuka hati meninggikan suara sehingga membuka aib diri sendiri..Dalam bab pakaian pula satu hal...Remaja kini suka menggayakan baju kanak-kanak yang berumur 6/7 tahun..sepetinya tidak puas untuk hidup pada zaman kanak-kanak..(faham-faham sendiri lah ya)..Seakannya mereka tidak menyedari bahawa pakaian-pakaian tersebut tidak muat dan sesuai untuk mereka..Dari segi perilaku pula,ada remaja perempuan sanggup memegang tangan,menepuk tampar lelaki yang bukan muhrim mereka..
Sememangnya saya juga rasa terbelenggu...Banyak pertanyaan timbul tidak kira dari diri sendiri dan juga sahabt-sahabt..Memang kita selalu berfikir adakah kita bersalah menghubungi sahabat lelaki/perempuan yang sma sekolah dengan kita dari sekolah rendah-menengah semata-mata supaya perhubungan silaturrahim persahabatan tidak terputus...saya yakin,ramai sahabat-sahabiah pun mengalami masalah seperti ini....memang sahabat-sahabiah terasa sangat serba salah apabila tidak membalas mesej misalnya,tidak lagi menghubungi sahabat anda untuk bertanya khabar kerana takut di katakan sombong..hal ini serba sedikit menjejaskan perhubungan persahabatan yang di bina....Apapun yang berlaku,yang paling penting niat kita..Ingat hadth 1 dan hadith yang popular digunakan...."Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan di mulai dengan NIAT"...jadi,apabila niat kita untuk berhubung adalah baik,maka baiklah hasilnya...namun sebaliknya berlaku apabila niat kita buruk....

Fikir-fikirkan,tenung-tenungkan wahai sahabat-sahabt yang di sayangi kerana ALLAH....

SIFAT-SIFAT MANUSIA

Posted by Nur Islam on 29 April 2009. Filed under:
No Comments »

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita?Sifat-sifat di bawah memang hakikatnya ada pada diri kita sebagai hamba ALLAH.Tahu apa sifat buruk yang kita ada dan cuba sedaya-upaya untuk mengubahnya.Mudah-mudahan usaha kita untuk berubah berhasil dengan izin ALLAH.....



Antaranya :



1. MENYALAHKAN ORANG LAIN..Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.



2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI.Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.



3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA.Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.



4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA .dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.



5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT.Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.



6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI.Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.



7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL .Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.



8. TERLALU CEPAT MENYERAH.Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.



9. BAYANG-BAYANG MASA LALU.Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.



10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN.Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.



Renung-renungkan dan selamat beramal..=D