Kisah Kita

Posted by Nur Islam on 27 Februari 2013.
No Comments »


“ KISAH KITA “

Kisah kita,
Bukan khayalan semata-mata,
Bukan indahnya khabar berbanding rupa,
Bukan disaluti dengan jalan yang hina,
Bukan berkisar dari zahir semata.

Kisah kita,
Cuba bilang berapa orang yang masih tidak mengetahui,
Cuba tanya siapa yang masih tidak mengenali,
Cuba teka dimanakah kisah kami ini dimulai,
Cuba fikirkan atas dasar apa kisah kami ini?

Tapi,
Inilah dan disinilah,
Kisah kami mulai dimeterai dengan sah,
Antara Islah dan Hijrah,
Mencari hakikinya sebuah “ SILAH “
Berlandaskan syariat ALLAH.




Norafizah binti Yassin
Universiti Yarmouk Jordan

Insani

Posted by Nur Islam on 03 Januari 2013. Filed under:
No Comments »

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,,syukur ke hadratMU ya ALLAH atas segala nikmat yg kurasai kini,terutamanya nikmat Iman & Islam yg ENGKAU kurniakan ini Ya Rabb..=)

Setelah sekian lama laman ini dibiarkan sepi tanpa sebarang "Kisah AISUNAM / SIAMANU" (ulang perkataan SIAMANU sampai dapat tahu..^_^)

Back to the point...

Insan,
Hanya Insan kerdil ciptaan ALLAH..
Namun penciptaannya bukan sia-sia..
Bahkan tersembunyi "hadaf" besar disebalik penciptaan..

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Surah Al Mu’minuun: 115)

Bersyukurlah,
Ada insan memang hidup dalam "biah Islamik"
Ada insan yang ALLAH berikan rasa "SEDAR" dalam diri dengan segera..
Ada orang ALLAH uji untuk kuatkan rasa "Wujudnya PENCIPTA" dalam diri..
Ada pula insan yang langsung tidak mengetahui tentang "KEESAAN"
Tidak kurang,ada insan yang memang hidup dalam KEJAHILAN..

Tapi hakikatnya,
Walau apa jua keadaan,
Setiap insan pasti dikembalikan kepada penciptaNYA..

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ ۞
Firman Allah s.w.t : Setiap insan pasti merasai hari kematian..
( Surah Al-Imran : 185)


Cukup ayat ini menjadi sebaik-baik peringatan untuk kita..

Kita tidak tahu bilakah kita akan mengahdapi hari itu..
Mungkin esok,mungkin lusa,mungkin sebulan lagi..& mungkin juga ketika kita tengah seronok2 menaip,tiba2 ALLAH cabut nyawa kita...
Ya ALLAH,,ampinkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa sepupuku,dosa guru-guruku,dosa sahabat-sahabatku & dosa semua hamba-hambaMU Ya ALLAH..
Hanya padaMU tempat kami berserah..


PALESTINE

Posted by Nur Islam on 06 Disember 2012.
No Comments »



Hebatnya BUMI itu,
Semua mendoakannya..
Mudahnya syahid mereka perolehi..

Firman ALLAH : 


" Maha Suci Dia (Allah) yang telah

mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW)


 


dimalam hari daripada Masjidil haram (di



Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah)





 telah berkatinya…."









(Al-Isra’:1)

Penuh maksud tersirat..

Posted by Nur Islam on 26 Jun 2012.
No Comments »






Senyum...

Posted by Nur Islam on 24 Jun 2012.
No Comments »

 Senyumlah...........
Wahai diri insan yang lemah~
Kerana senyuman lebih besar harganya berbanding bersedih..
Dan buat apa kita bersedih,jika masih ada pilihan untuk kita tersenyum?

Jom lirikkan senyuman selebarnya...^________________________________^

-ve 2 +ve

Posted by Nur Islam on 12 Jun 2012.
No Comments »

" Güneste yanmayan 


gölgenin kìymetini bilmez "

- Orang yang tidak pernah 



dibakar mentari,mustahil

menghargai rimbun berteduh 


- [ peribahasa Turki ]






Salam...

Memang kena peribahasa ni dengan keadaan muka bumi Jordan sekarang yang tengah 'panas'..
Hehe~

Siapa sangka dalam kegelapan malam wujudnya kelawar tengah mencari makanan,
Siapa sangka dalam kesejukan dunia wujudnya butiran hujan & fros yang membasahi bumi,
Siapa jugak sangka,dalam keletihan minda rupanya neutron-neutron otak sebenarnya tengah bekerja,
Dan,
Siapa sangka kepanasan mentari lahirnya insan yang berjiwa kental..
Ya Tuhan,
Buat diriku yang pertama kali merasai " Fasal Soifi " disini,memang sangat mencabar mental fizikal..
Lagi-lagi ditambah dengan kata-kata sahabat yang pernah mengambil fasal soifi sebelum ini : " kali ni,starting Soifi sdh sgt panas,,apatah lagi prtghn nnt "...
Ya ALLAH..Jadikanlah kami insan2 yang tabah untuk menuntut ilmu-MU Ya Rabb.

Sebenarnya diri ini tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan disini.
Berada di persekitaran 'ala-ala' zaman Rasulallah,
Budaya beribadah yang sangat dinanti-nanti..
Mungkin menjadi medan terbaik bagiku dan semua rakan-rakan untuk lebih ' TAQARRUB ' kepada-Nya..
Ya Tuhanku , Ya Azim........

" ORANG YANG PERNAH MERASA SAKIT , PASTI MENGHARGAI MASA SIHATNYA "

Nur~Islam
University Yarmouk,Jordan
Bahasa Arab & Kesusasteraan