Abu Al-Qasim Al-Zahrawi

Posted by Nur Islam on 26 Disember 2009.
No Comments »



Tokoh ni bakal kumpulan kami bentangkan,,tapi ...sebenarnya kami semua masih tercari2 apa sebenarnya kepimpinan yg ada pada diri tokoh ini...^_^
Abu al-Qasim Al-Zahrawi yang juga dikenal sebagai Abulcasis, yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masihi merupakan salah seorang saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas penting dan kukuh dalam bidang perubatan.
Sungguh menakjubkan, kepakaran AI-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja, iaitu pembedahan yang menjadi keistimewaan kepakarannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain. Beliau dianggap “Bapa Bedah Moden’.
Antaranya ialah pergigian, penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT) dan juga mencipta ubatan-ubatan.
Sebagai seorang pakar bedah yang terkenal ketika zamannya, beliau telah dilantik menjadi doktor peribadi kepada raja Sepanyol ketika itu, iaitu Al-Hakam II.
Beliau yang dilahirkan pada tahun 936 M di sebuah bandar berhampiran Cordova, terkenal kerana penemuan hebatnya dalam bidang perubatan, terutama dalam bidang pembedahan. Seperkara lagi yang membuatkan beliau terkenal ialah terbitnya ensiklopedia perubatan beliau yang dikenali Al-Tasrif.
Ensiklopedia ini mengandungi 30 volume pelbagai aspek sains perubatan. Bagaimanapun, daripada ensiklopedia ini, aspek yang paling penting sekali yang terkandung di dalamnya ialah siri tiga buah buku mengenai pembedahan.  
Buku mengenai pembedahan ini menjelaskan secara terperinci mengenai pelbagai aspek rawatan melibatkan rawatan pembedahan berdasarkan pembedahan-pembedahan sebenar yang pernah dilakukannya sendiri. Antaranya, termasuklahcauterization, iaitu teknik pembakaran bahagian badan untuk merawat luka dan sebagainya, mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, perbidanan, pembedahan ke atas haiwan dan juga pembedahan mata, telinga, dan kerongkong.
Secara tepat, beliau juga telah berjaya melakukan pembedahan-pembedahan rumit termasuklah mengeluarkan fetus yang tidak bernyawa daripada kandungan dan jugaamputation (pengudungan atau pemotongan kaki).
Ensiklopedia Al-Tasrif ini diterjemahkan pertama kalinya ke dalam bahasa Latin oleh Gherard sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan InggerisBuku ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman itu dan juga yang dicipta oleh beliau sendiri. Lebih membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi sebahagian daripada kurikulum perubatan di negara-negara Eropah sejak berkurun-kurun lamanya.
Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahawa kepercayaan dunia Islam ketandusan pakar dalam bidang pembedahan adalah silap dan meleset sama sekali. Malah Al-Zahrawi juga sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab merekacipta alat-alat pembedahan. Tiga alat ciptaannya yang terkenal ialah:
(i)            Alat pemeriksaan luar telinga
(ii)           Alat pemeriksaan luar theurethra
(iii)          Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong
Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar mengubati penyakit menggunakan kaedah lecuhan. Teknik ini digunakan melalui lebih 50 pembedahan yang dilakukannya.  
Tidak sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perubatan, selain penerangan komprehensif mengenai rawatan pembedahan yang mengkhusus dalam bidang-bidang ENT, oftalmologi dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pejalwapan dan juga penyiringan (decantation).
Selain itu, Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar dalam bidang pergigian dan dalam bukunya terkandung lakaran pelbagai alat yang digunakan dalam bidang pergigian.
Beliau juga menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian. Malah beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.

Dalam bidang perubatan, beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti dan menjelaskan secara terperinci mengenai sejenis penyakit keturunan yang dikenalihaemophilia.
Melihat dan meneliti sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh beliau dalam bidang perubatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas utama dalam bidang sains perubatan, terutamanya bidang pembedahan serta mempengaruhi bidang perubatan secara keseluruhan.
Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Al-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah.
Malah menurut penulis History of Arab Medicine, Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan ini sebenarnya melebihi apa yang disumbangkan oleh saintis perubatan terkenal, Galen, dalam kurikulum perubatan Eropah.

                                            




Pengalamanku

Posted by Nur Islam on 10 Disember 2009. Filed under:
2 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini dalam sejarah..!!hehe
Hari ini macam mo sesak nafas..Padahal lama sudah xda asma..
Last asma pun tym tadika dulu..
Tapi terkejut tadi,,macam2 ada,mo sesak nafas,sakit jantung,..
.................................

Bukannya apa,,sebenarnya lepas Ustazah bagi peringatan di Kelas tasmi pagi tadi..
Rasa hidup ni teda masa sudah mo buat benda lain selain mengaji jak......
ada masa terluang mesti ngaji...
Bukan apa,pegang Al-Quran (kalam Allah) bukan mudah..
Tapi xjugak susah..
yang penting mesti banyak mujahadah...
berbeza betul mujahadah ilmu dunia dengan Kalam Allah ni..
kalau macam dulu,,study subjek-subjek UPSR,PMR,SPM
senang jak mo skor..
tapi mo buat cara dulu untuk Al-Quran yang sekarang amatlah jauh perbezaannya.......
Tidak boleh sama..

Dulu,,
Kalau rajin buat latihan Add Math,InsyaALLAH boleh skor tym SPM,
Kalau buat LK hari2,boleh dapat yang terbaik dari yang terbaik..
Kalau hafal rumus kimia hari2,boleh ingat sampai skrg..
Kalau sungguh belajar dalam kelas,InsyaALLAH..
Exam mesti ok punya..

Tapi,,segalanya berbeza dengan Al-Quran..
Dengan Al-Quran hari2 mengaji pun belum tentu ingat apa yang kita baca..
Kalau tinggalkan walau seminit,,gerenti rasa macam ulang hafal baru balik,
apatah lagi kalau sehari,seminggu,sebulan...gerenti,,luput terus dari ingatan..
Nauzubillahi Minadzalikh...
Semoga Allah permudahkan diri ini menghafal,menjaga Kalam-NYA..
hingga akhir hayat......
Tiada ilmu lain yang lebih baik selain Ilmu Al-Quran..

teringat
Peristiwa tym mula2 menjejakkan kaki di DQ dulu..
1st tu,,kagum lihat keindahan DQ..
lagi2 tasiknya yang saaaaaaaaaaaaaaangat cantik..
tengok orang2 didalamnya,,tenang jak hati..

Tapi,
Apabila stat jak kelas tasmi hari pertama,
malamnya menangis sendiri2 di Bilik coz ustazah suruh hafal & tasmi esoknya..
Mo tasmi apa??Surah stat Al-Baqarah...
Ayat 1-5 jak lepas..
Pastu masuk jak muka selepasnya....huhu..
X dapat..
esoknya,lusanya,tulatnya pun sama jugak..
Tiap2 hari kena marah,malam cari modal mesti nangis coz X cukup modal mo tsmi esoknya..
Pernah satu ketika,
kena marah depan kawan2 tasmi,,menangis ni,,X henti2..
Nasib baik adik beradik tasmi ni memahami..
Dorang pujuk2,sampai termakan jugak pujukan dorang..
hehe

Tapi tu kisah dulu..
Sekarang insyaALLAH khatam hari Isnin ni..
sepatutnya mo khatam hari Jumaat(hari ni..)
Tapi cuti umum pulak coz cuti Keputeraan Selangor..
Apapun,,
InsyaALLAh,hari isnin ni konfirm Khatam...
Selagi tiada halangan..
Doakanlah ya..

Macam mana pula lepas ni mo jaga hafazan??
Xkan amik awal surah,awal juzu,awal maqra jak??
Mesti ingat semua..
Sekurang2nya,,sekarang ni yang ada mesti 15 juzu..

Exam bulan 2..dalam 1/2 bulan febuari..
So,macamana persedian??
Semoga dapat yang terbaik dalam hidup..

والسلام