Konvokesyen Yarmouk University,Jordan

Posted by Nur Islam on 30 Januari 2014.
No Comments »

Alhamdulillah,semalam merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh para Graduasi Syariah Universiti Yarmouk.Dan paling membuatkan saya gembira adalah,salah seorang daripada warga BAKSIS ( Badan Kebajikan Mahasiswa Sabah Jordan ) merupakan salah seorang daripada graduasi yang bakal menerima sijil nanti.Saya sempat merakamkan beberapa memori sebagai koleksi~






 Sekian...


Umm Qays

Posted by Nur Islam
No Comments »

Kota Decopolis ataupun dikenali dengan nama Gadara (Umm Qays) merupakan antara kota yang terkenal suatu ketika dahulu.Banyak kesan tinggalan Uthmaniyah terutamanya dari segi binaan rumah dan tinggalan Rom & Yunani dari segi ukiran yang di paparkan di dinding2 bangunan disana.Rupanya kota ini memang sangat besar dan masa yang diperuntukkan sepatutnya untuk mengakhiri ziarah disana memerlukan sehari suntuk untuk memahami setiap maksud tersirat didinding-dinding disana (itu pun klu cepat pick-up)..

Di bawah ini,terdapat beberapa keping gambar yang boleh dikongsikan sepanjang lawatan kami disana.



Best View in Umm Qays

Museum Umm Qays


IKHLAS

Posted by Nur Islam on 28 Januari 2014.
No Comments »


Ya ALLAH,aku lebih rela orang lain melihat kegembiraanku walau hatiku dalam kesedihan~kerana aku ingin orang di sekitarku sentiasa gembira menjalani kehidupan mereka.Namun,aku sedar,hakikat kejadian manusia,punyai pelbagai rasa dalam diri.Punya rasa untuk gembira,punya rasa untuk bersedih dan lain-lain.

Oh ya,walau segala rasa itu timbul aku tetap yakin segala yang terjadi dari ALLAH dan punya hikmah yang besar dariNYA..Hidup ibarat roda,ada kalanya kita berada di atas ada kalanya kita berada di bawah..apapun yang terjadi tetap Smile~~

Jom terus tersenyum agar aura kita tersebar kepada yang lain..

Dengan namaMU YA ALLAH aku bersaksi..

Jelajah Jordan 2014

Posted by Nur Islam on 27 Januari 2014.
No Comments »

Alhamdulillah,thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatka kehadratMU Ya ALLAH,atas segala nikmat yang ENGKAU berikan kepada kami sebagai hambaMU.

Oh,berkisar percutiaan kami pada kali ini...Jika tahun lepas kami telah menziarahi bumi Nabi Musa a.s & Nabi Yusuf a.s iaitu MESIR,namun pada cuti kali ini kami menghabiskan cuti dengan melewati tempat-tempat bersejarah di JORDAN (tempat kami menuntut ilmu ALLAH).

17.Januari.2014 (Jumaat)
Dijadikan cerita,percutian kami pada kali ini berbeza dengan percutian kami sebelum ini.Awal penjelajahan kami bersama ibu,bapa seorang rakan kami dari Sabah yang "Khirij" pada fasal ini iaitu saudara Wan..Majoriti jaulah kami adalah daripada kami sendiri orang dibawah Bayu-Sabah..Tidak ketinggalan beberapa orang sahabat dari Tanah Semenanjung Malaysia..

Lobi Maqam Sabahat Nabi




Dalam tidak aku sedari,rupanya aku telah menjangkau tahun terakhir pengajian di Jordan (trip SENIOR lah knon..hehe)..umur pun sampai le pertengahan 20an sudah..InsyaALLAH dengan berkat doa semua bakal mengakhiri pengajian tahun hadapan dalam bulan 1,InsyaALLAH.Doa dari semua amat saya hargai..Syukran 'ala du'akum..

Ops,kembali kepada penjelajahan kami,tempa pertama yang kami lawati ada Maqam sahabat Nabi " Maqam Abu 'Ubaidah-Sahabat nabi yang terawal yang memeluk Islam..Kadang terfikir,hebatnya jiwa sahabat Nabi ini,sanggup menemani Nabi dalam usah dan senang,kalau kita pada masa itu??huhu..tepuk diri tanya Iman..:P


Tempat seterusnya,tidak jauh dari Maqam Abu 'Ubaidah adalah adalah Maqam Dirar bin Al-Azwar adalah sahabat nabi yang turut serta dalam perjuangan mendapatkan kembali Syams dari tentera Rom,selain itu,beliau jugak turut serta dalam memerangi golongan riddah dan golongan yang keluar dari agama Islam pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Paling mengagumkan kami,maqam Dirar Al-Azwar sangat harum.Seharum kasturi.Menurut penjaga disana,haruman kasturi ini daripada Maqam sahabat Nabi ini..Ya ALLAH,tersentak jiwa,darjat para syahid telah diangkat didunia,apalagi di akhirat kelak.Jannah pasti milik mereka..Ya ALLAH jadikanlah aku sehebat mereka dalam menegakkan agamaMU..



Maqam Dirar Al-Azwar


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati " Bahrul Mayyit "..tempat ini sangat2 unik.Dari jauh lihat macama laut biasa,tapi cuba dari dekat..Alhamdulillah..sangat hebat ciptaan ALLAH..rupanya banyak garam2 telah mengeras di tepi laut ini.Airnya sangta-sangat masin & likat.Ambil sedikit air dan letak di muka,memang rasa mau nangis...(pengalaman muka merah..hehe)..Ada orang bilang,air laut Mati boleh dibuat ubat..Wallahua'lam..tapi yang bestnya,air ni paling sesuai buat telur masin versi JORDAN..biasanlah kadang2 rindu mahu makan telur masin,terpaksa buat Homemade punya....Asal kisah tentang laut mati ini adalah apabila ALLAH telah terbalikkan tanah dimana kaum Nabi Luth-Somad- tinggal, di sebabkan kaum Nabi Luth pada masa itu sangat terkenal dengan Homoseksual.Nauzubillah.Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik.
Suasana sekitar laut mati

Tarik perhatianku dari jauh

Garam Laut Mati




Garam yang mengeras si tepi Laut
Tempar terakhir kami lawati sebelum balik ke Irbid ialah Ashabul Kahfi.Dimana disanalah kisah 7 orang sahabat yang telah tidur selama 309tahun,bukan hari tau..Hebatnya ALLAH..



Dengan namaMU Ya ALLAH kami bersaksi tiada tuhan selainMU.
dan Nabi Muhammad itu pesuruhMU




Lirik lagu Indah CiptaanMU

Posted by Nur Islam
No Comments »

Indah Ciptaanmu~Aza Adnan

Dengan nama ALLAH ku ucapkan Bismillah,
Puji-pujianku padaMU,
Dan keagungan kebesaran Ilahi,
Ya ALLAH Ya Rabbi.

Kicauan burung-burung berlagu,
Desir air bertiup mendayu,
Pantai memutih ombak menderu,
Indah ciptaanMU.

Syahadahku berjanji,
Kalam suci dariMU,
Menjadi panduan kami sehingga kini,
Sirah nabiMU ,menjadi..
Ikutan yang kekal abadi..

Ya ALLAH tuhan yang satu,
Ya Rahman berikan kasihMU,
Ya Rahim sayangi daku,
Di dunia dan diakhiratku~





Mujahadah~

Posted by Nur Islam on 25 Januari 2014.
No Comments »

Menjadi yang terbaik perlu mujahadah yang tinggi,walau dugaan datang bertubi2 diri tidak goyah hadapinya..
Fighting bb!!!


Ilmu

Posted by Nur Islam
No Comments »


Ilmu perlu dicari,bukannya dinanti..

Fikir sejenak

Posted by Nur Islam
No Comments »

Kadang puas aku merantau,rupanya apa yang aku inginkan selama ini hanya berada berhampiranku~

Maqam Abu 'Ubaidah

Posted by Nur Islam
No Comments »


Mencari semangat yang hilang di balik semangat sahabat nabi - Abu 'Ubaidah -

Buatlah..!!

Posted by Nur Islam
No Comments »

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagiMU Ya ALLAH dan Muhammad itu pesuruhMU..

Aku petik sebuah pepatah arab " Orang yang ungin membuat sesuatu akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan,adapun orang yang malas membuat sesuatu lebih suka untuk mencari alasan.."

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Berapa ramai antara kita yang selalu menitipkan dibibirnya dan dihatinya kesyukuran?dan aku salah seorang yang sentiasa alpa..ya ALLAH,ampunkan dosa2ku,kedua ibu bapaku,adik beradikku,sahabat-sahabatku,guru-guruku serta kelalaian kami atas perintahmu..Jadikanlah kami hamba=hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatmu sama ada dalam keadaan gembira mahupun sedih,sesungguhnya semua yang terjadi ada hikmah besar yang ENGKAU sembunyikan dari kami....Syukran Ya ALLAH..


Sentiasa baiki,baharui niat wahai muslimah yang MUMTAZuntuk ummah..!!!