Adakah facebook haram??ermm

Posted by Nur Islam on 26 Julai 2010. Filed under:
No Comments »




mesti ramai terkejut kan..sabar..baca sampai habis dulu..barukita faham mana haram dan yang mana harus..jom baca..

"Kita tidak bisa memfatwakan facebook itu haram atau sebaliknya, kecuali melihat kontekstualnya,”"kata alumnus Universitas Al Azhar Kairo Mesir itu..

Alhamdulillah, saya kira ia suatu pendapat yang adil. Kerana FACEBOOK atau yang seumpamanya iaitu Friendster, Myspace dan lain-lain hanyalah alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat untuk bersosial atau dengan bermacam-macam tujuan. Ia bisa menjadi HARAM atau HARUS bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya.

Ibarat pisau, jika pisau digunakan untuk memotong sayur, ikan, buah dan seumpamanya untuk disajikan makanan, tentunya penggunaan pisau itu dihukumkan sebagai mubah, iaitu dibolehkan.Tetapi, jika pisau yang sama digunakan untuk membunuh jiwa manusia, maka penggunaannya adalah HARAM.

Contoh yang lain adalah kereta. Jika kereta digunakan untuk pergi ke tempat kerja, ke masjid, ke majlis-majlis ilmu, menghantar anak-anak ke sekolah atau digunakan untuk berjalan-jalan makan angin bersama keluarga, pastinya hukum menggunakannya adalah juga HARUS.Sebaliknya, jika kereta yang sama digunakan untuk pergi ke disko, mengangkut penumpang pergi ke majlis-majlis yang haram atau menggunakannya untuk pergi merompak, maka penggunaannya boleh jatuh HARAM.

Pokoknya, sesuatu boleh menjadi HALAL atau HARAM bergantung kepada niatnya. Dan pastinya pula, niat yang baik sahaja tidak mencukupi. Cara juga mesti betul, iaitu tidak melanggari ketentuan syara'.

Justeru, kita sebagai muslim mesti mengawal diri dalam menggunakan internet. Kalau dahulunya, sebahagian kita ada yang menentang kewujudan internet kerana risau akan mudharat yang akan dibawanya ke dalam masyarakat. Tetapi kini, kita rasa bersyukur kerana internet jugalah antara jalan ISLAM semakin diterima masyarakat, khususnya masyarakat di sebelah barat. Segala fitnah dan propaganda jahat barat tentang ISLAM melalui media telah diperbaiki melalui maklumat-maklumat yang bebas diprolehi di internet. Siapakah yang telah memberi pemahaman tentang ISLAM ini kepada mereka? Pastilah oleh para muslim.

Maka, beruntunglah mereka kerana memilih untuk menggunakan internet sebagai medan dakwah mereka.

Berbalik kepada FACEBOOK, FRIENDSTER, MYSPACE dan seumpamanya.
Kita tahu bahawa ia merupakan jaringan sosial yang efektif. Jika kita sekadar menggunakannya untuk tujuan berkenal-kenalan, maka itulah sahaja yang kita akan dapat. Tetapi, jika kita berfikir bahawa ia boleh dimanfaatkan lebih lagi, bukan sekadar berkenal-kenalan, maka kita bakal menjadi manusia yang beruntung.
Apa yang boleh kita perbuat apabila menyertai FACEBOOK, FRIENDSTER dan seumpamanya? Bagaimana boleh kita manfaatkannya dan menghindarkan diri dari terjatuh ke gaung HARAM FACEBOOK, FRIENDSTER dan MYSPACE?

• Dakwah dan nasihat. Kita boleh menggunakan buletin, status atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej agama kepada rakan-rakan dalam lingkungan jaringan sosial yang kita sertai. Secara tidak langsung, kita menjadi antara penyumbang kepada suasana yang sihat di dalamnya.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr: 1-3)
Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari radhiALLAHU’anhu, sesungguhnya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: "Agama itu adalah nasihat". Kami (sahabat) bertanya: "Untuk siapa?"Beliau bersabda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin." (HR.Muslim)

• Berkongsi ilmu dan tips. Tidak kisahlah ilmu atau tips berkaitan apa pun asalkan bersesuaian . Contohnya tips belajar, mempertahankan diri, masakan, keselamatan jalanraya, kewangan dan lain-lain. Kita akan menjadikan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera apabila ramai mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.

• Berkongsi berita tentang apa yang berlaku sekeliling kita. Berita-berita yang kita sebarkan kepada rakan-rakan bakal menjadikan kita masyarakat yang prihatin. Sebagai ahli dalam komuniti muslim, kita sewajarnya mengambil tahu akan nasib yang berlaku terhadap saudara seagama kita di dalam dan luar negara. Selepas tahu, beritahu pada yang belum tahu.

• Buat pengumuman majlis ilmu. Kadang-kadang kita memandang remeh akan pengumuman seperti itu. Tetapi percayalah, pasti ada di kalangan ahli FACEBOOK, FRIENDSTER dan MYSPACE yang sangat gembira dengan pengumuman itu. Mereka pergi asbab dari pengumuman yang telah kita buat. Walaupun kita tak pergi disebabkan bermacam-macam sebab, tetapi ganjaran ALLAH kerana kita menyebarkan pengumuman itu, sudah tertulis. Apatah lagi jika rakan-rakan kita pergi, lagilah bertambah ganjaran pahala (mudah-mudahan), alhamdulillah.

• Bertegur sapa di kalangan ahli jaringan. Bertegur sapa dan bertanya khabar akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan. Ia akan mewujudkan mahabbah dan ukhuwwah yang kuat walaupun sekadar di alam siber. Tetapi awas, janganlah kita melampaui batas dalam bertegur sapa. Jagalah adab dan akhlaq. Lelaki dan perempuan harus ada rasa malu. Dan jaga-jagalah akan gambar yang kita muatnaikkan (upload), terutama gambar-gambar perempuan. Elakkan dari memuatnaik gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah.

• Dan banyak lagi…

Mudah-mudahan tulisan ini bisa dimanfaatkan oleh para pembaca yang menggunakan FACEBOOK, FRIENDSTER, MYSPACE dan seumpamanya. Bukannya apa, sayang sekali jika kita tidak memanfaatkannya semaksima mungkin sesuai dengan kehendak agama. Sedangkan ia boleh menjadi medan dakwah yang efektif kerana jaringan telah terbina. Maklumat senang disampaikan.

"Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (al-Baqarah: 148)
Mari kita mengejar dan berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. Dalam apa cara sekali pun, dengan kaedah apa sekali pun, ruang apa yang ada sekali pun, mari kita manfaatkan. Kerana akhirnya nanti ia bakal menjadi bekalan buat kita tatkala bertemu ALLAH Azza wa Jal.

wAllahu Ta’ala A’lam..dari shahmuzir                                                                                      
Blogger Templates
Blogger Templates

Apabila seorang isteri menangis

Posted by Nur Islam on 22 Julai 2010. Filed under:
1 Comment


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA





Blogger Templates
Blogger Templates

Sahabatku

Posted by Nur Islam on 17 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

Sahabatku…





seberat apapun masalahmu


sekelam apapun beban hidupmu


jangan pernah berlari darinya


ataupun bersembunyi


agar kau tak akan bertemu dengannya


agar kau boleh menghindar darinya





Sahabat...





seberapa jauhpun kau berlari


dan sedalam apapun kau bersembunyi


ia pasti akan menemuimu


dalam sebuah lembaran kehidupanmu





Sahabatku...





alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang


persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hatimu


dan menggilapnya dengan lantai nuranimu





hadapi ia dengan senyuman seterang mentari pagi


ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran


ditambah sedikit penganan keteguhan iman






Sahabat...

dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi 
jiwa yang tegar
dalam semua kekalutan keadaan
dan kau pun akan 
mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan

dan yakinlah sahabat...

kau pun akan 
semakin mampu bertahan
kala badai cubaan itu menghentam

jangan kau menghindar wahai sahabat....

kerana 
Allah menemanimu

di sepanjang langkah usahamu...






Blogger Templates
Blogger Templates

Antara Kelebihan Ayat Kursi

Posted by Nur Islam Filed under:
1 Comment

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US. 


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam……                                     
Blogger Templates

Blogger Templates

..:: المر ::..

Posted by Nur Islam on 12 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu
kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah..
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu
keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya
dihadapan..
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.
Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim ( المر )


..ALL..MAA..RIII..!!” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa
Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan
irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu janganmerendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.
Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi
seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang
tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini
rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.
Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran
sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang
yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad
sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
kehidupannya yang aktif setiap hari..

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely
handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in
between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya
dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang
pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku
dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead
companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and
sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of
Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,
kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan
kadang-kadang dengan suara yang perlahan.
Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'

When the interrogation is over,the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai,lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.                                                     Blogger Templates
Blogger Templates

Jubah Cantik2......

Posted by Nur Islam on 09 Julai 2010. Filed under:
1 Comment




Post kali ini,saja mo cuci mata tgk fesysn-fesyen jubah/blouse......Cantik2 smuanya........Jom..~~





                           Blogger Templates
Blogger Templates


Penyesalan....

Posted by Nur Islam on 02 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

Tadi,aku temankan sepupuku pg Hospital Likas coz mo buat surat beranak anak dorg yg baru lahir...Harap2 kegembiraan menyelubungi diri dorang,,tapi malangnya kesedihan plak dtg...

Ceritanya begini...

Baru2 ni dorang baru melahirkan seorang cahaya mata lelaki...kira2 sebulan selepas mereka menikah...yg sedihnya hari ini,,apabila dorang buatkan surat beranak utk anak dorang,,anak tu x bolah di binkan dengan nama ayahnya yg sebenar coz anak tu dikira anak luar nikah...Turut bersedih jugak sbnrnya,..tapi apa boleh buat,,hukum Allah mengatasi segalanya....Ada hikmah semuanya terjadi...Ambil pengajaran daripada apa yg berlaku..

           Dorang sedih coz xtau apa mau di jawab dengan anak nnt apabila anak tu sdh besar...huhu~sedih kan..Tapi mungkin itulah karma atas apa yg telah mereka lakukan dahulu sebelum bernikah...Hanya " Kun fayakun "..segalanya terjadi sebelum mata kasar manusia berkedip...jadi,kisah yg sedikit sebanyak di coretkan pada kali ini,moga-moga jadi peringatan untuk diri sendiri khususnya serta buat kawan-kawan semua....Ingatlah!!..Ingat Allah sentiasa,,jgn biarkan NAFSU menguasai diri...kerana nafsu itu rakannya IBLIS LAKNATULLAH dan Iman yg Manis adalah anugerah terindah daripada ALLAH......

Salam Muhasabah Diri semua.....



Aku Sayang Allah..best sangat..:)

Posted by Nur Islam on 01 Julai 2010. Filed under:
No Comments »

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak bererti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah