Antara aku & BAKSIS

Posted by Nur Islam on 16 Disember 2011.
1 Comment

Ya ALLAH„

Aku sangat mencintai keluargaku disini..
Semoga untaian ukhwah yang terbina disini berkekalan selamanya..

Terima kasih atas segalanya..


Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran & dugaan disini,
kerna kami tahu,Segala yang terjadi punya hikmah besar disebaliknya..
kerna ENGKAU inginkan kami menjadi muslim yang terbaik…
Bukan semata-mata didunia yang fana ini,bahkan untuk kehidupan ” SELEPAS INI ”

Amin Ya Rabb..

Ya ALLAH..

" SILENT LOVER "

Posted by Nur Islam on 15 Disember 2011. Filed under:
No Comments »


Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah,,syukur Ya ALLAH kerana masih diberi kesempatan utk merasai segala nikmatMU Ya Rabb...^_^


Saat hati mencari sesuatu kebenaran,
saat itu ENGKAU lah yang paling setia membantuku~Silent Lover~

Melihat Muda-mudi kini tgh hangat bercinta
Konon manisnya apabila diri rasa disayangi,dikasihi dan ada yang mengambil berat ttg diri..
Kadang sanggup hipokrit utk memuaskan hati masing-masing,
Manis bicara terucap tatkala hati masing-masing merindu..
Sambil cinta terus memadu hingga segalanya berakhir tanpa ikatan yang sah...
Sungguh manis bisikanmu wahai syaitan durjana..!!!

Ya RABBI..
Ya ALLAH..
Berbicara mengenai CINTA..
Hakikatnya dalam tidak sedar kita sebenarnya sangat-sangat dicintai,namun kita tidak menyedarinya..
Dan diri kita sebenarnya jugak sedang mencari cinta yang pada realitinya kita telah pun
temui,..
cumanya kita masih berada dialam khayalan dunia..
Pengembaran kita belum terakhir selagi kita belum mencapai misi cinta kita
"SILENT LOVER"..

Dalam diam ada orang mencintai kita??
Bertanya dalam diri..tapi siapa??

Kita sibuk mencari jawapan sambil berfikir sendirian..

Adakah yang selalu bertanya ttg khabar aku itu??
Adalah dia yang bagi hadiah dgn aku ketika hari ulangtahun kelahiran aku dulu?
Adakah wanita cantik/lelaki handsome yang selalu pandang-pandang sambil senyum-senyum dgn aku tiap kali aku datang ke perpustakaan tu??
Adakah dengan dia yang digosipkan dengan aku tu..
Adakah yang dia yang kerap menelefon & memeberi aku mesej itu?
Adakah,adakah,adakah....

Pelbagai persoalan yang timbul demi mencari "Siapakah yang mencintai kita sebenarnya"
Adakalanya sampai kita terperasan & kita pun menyimpan perasaan "Cinta karut" itu..padahal pada hakikatnya dia langsung tiada perasaan pun pada kita..
tergelak sendirian memikirkan soal hati ini..

Namun,jawapan yang kita inginkan sebenarnya sudah pun kita temui secara fitrahnya..

Saat kita lahir,orang sekeliling kita telah pun mengajar & memberitahu kita siapakah yang mencintai kita..Cuma kita masih tidak memahaminya..
Adanya SI PENCINTA membuatkan kita terus semangat untuk bernafas ...
Saat kita menangis,adanya si pencinta yang membuatkan kita rasa dihargai..
Saat kita ingin berjalan ada yang memimpin kita utk merasa selesa & seronok...
Adanya si pencinta membuatkan hidup kita penuh bermakna.
Lebih dari segala-galanya dan kekal selama-lamanya...
Bukannya yang hancur setelah di hempas,yang rosak setelah di cabut,yang mati setelah merasa hidup dan sebagainya..

Itulah dia si pencinta
" SILENT LOVER ~ ALLAH "

Jika di imbas kembali,
Betapa dengan cintaNYA kita masih hidup sekarang,sambil membaca blog ini...=)
Kita masih mampu untuk melihat keindahan alam ini..
Kita masih dapat merasai kasih sayang orang sekeliling kita walaupun itu hanyalah sementara.
.
Kita masih mampu untuk membeli apa yang kita inginkan..
Kita masih dapat melakukan hobi, dan mencapai cita-cita kita..
Kita masih dapat merasai makanan,minuman kegemaran kita,..
Kita dapat segala-gala yang kita inginkan....YA ALLAH

CintaNYA terus mekar walaupun apa yang kita lakukan sebenarnya sdg menyakitiNYA.
Kadang kita lupa bahawa cinta itu hanya yang terxahir pada lahiriah padahal.....
CintaNYA tidak memerlukan kita membalasnya dengan memberikan dia hadiah Patung,Jam tangan,Kad,Baju,Bunga dan sebagainya utk membuktikan kita cinta padaNYA..
Segalanya Free of charge...
Namun apa yang kita lakukan utk membalas cintaNYA??
Walaupun segala keburukan kita zahir & batin telah diketahui,namun cintaNYA tidak pernah putus-putus utk kita,,malahan semakin membuak-buak...

Bak kata orang kampung " Cintailah yang mencintaiMU,bukannya yang kamu cintai"..


ALLAHU AHAD..





Dalam Kenangan

Posted by Nur Islam on 09 Disember 2011.
No Comments »


09hb Disember 2011 ( Jumaat )
08.32am ( Bayt Wonderpets )

Alhamdulillah..syukur Ya ALLAH atas segala kurniaan nikmat-MU ini Ya Rabb..

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca hasil nukilanku ini..
Ya ALLAH,segala puji & kesyukuran bagiMU,tuhan semesta alam ini …Engkau menjadikan siang & malam,Engkau menjadikan kami hidup & mati,Engkau menjadikan kami boleh berfikir utk melihat sejauh mana kekuasaanMU kepada seluruh hambaMU,Engkau menciptakan kami perasaan supaya kami dapat merasai warna warni pahit manis perasaan itu..Ya ALLAH,hanya padaMU tempatku berserah & memohon keampunan..
Pada tarikh ini merupakan 2 bulan selepas tarikh kelahiran saya & merupakan 6 hari selepas kembalinya kerahmatullah seorang adik ( ILLHAM ELLANI )-BAKSIS.Ya ALLAH..Sungguh hebat setiap aturanMU Ya Rabb..

Banyak kisah & pengalaman yang aku dapati daripada setiap corong lorong yang aku lalui disini…..Ya ALLAH,mengimbas kembali kenangan bersama Al-Marhum..Sungguh aku tidak pernah merasa sedih sebegini walaupun kehilangan orang-orang yang terdekat denganku..Namun kali ini,aku teruji..Air mataku tidak pernah putus mengalir dalam tempoh 3 hari..Dana dalam tempoh tersebut juga,sebenarnya arwah masih dalam penerbangan,pengurusan kesana kemari ( belum dikafankan )..Ya ALLAH,,sgguh terseksa rasanya “adik” itu pada ketika itu..Selama dlm tempoh tersebut juga,aku berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama makcik & pakcik utk menenangkan mereka,walaupun bagi pandanganku mereka lagi tabah dariku..Namun aku kuatkan juga diri utk menerima hakikat sebenarnya..Ya ALLAH..Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian..Ya ALLAH..sungguh diri ini ingin sangat bertemu denganMU Ya Rabb,,namun diri ini masih belum bersedia lagi ..Ya ALLAH..ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku ,adik-beradikku,dosa guru-guruku,dosa sahabat-sahabatku Ya ALLAH…

Imbas kembali..

“ Kabi,kakak pg meeting di mafraq ni kah hr jumaat…??
“ Kak,nnt bagi balik bekas tu isi lah apa2..hehe~
“ Kak,jangan bagitau siapa2 ya pasal ni..
“ kak,sy sihat jak kak..kakak knp ni mcm pelik2 ni..
“ kak,nnt saya amik serbuk kurma dgn kakak ya lepas saya beli ayam…
“ kak,baru jak haritu freedom kan…
Lam…………………….

Sungguh,banyak lagi kata-katamu yang terngiang2 di telinga kakak ni..
Tapi syukur,kak redha atas segala-galanya..Kak doakan semoga ko tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman di sana…
Segala harta kita tidak akan
Kekal kecuali doa dari anak yang soleh
Serta segala amal kebajikannya yang masih
Berguna untuk kepentingan ummah..

Ya ALLAH…..
Sungguh ajal itu tidak dapat dilambatkan ataupun diawalkan walau sesaat..Jika ALLAH kata “ Kun Fayakun”..maka jadilah ia..
Peristiwa ini sebenarnya bukan menjadikan kami semakin bersedih,bahkan kami sedar & bersemangat kembali menjalani kehidupan ini Ya ALLAH,hakikatnya ENGKAU sedang berbicara dengan kami supaya kami lebih bermuhasabah dalam memperbaiki diri sebelum kami dijemput olehMU Ya Rabb…Ya ALLAH,terimalah amalan-amalan kami Ya Rabb…

Air tangan orang yang tidak solat

Posted by Nur Islam on 12 November 2011.
No Comments »

gambar hiasan


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan melahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”


Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.


Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.


Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.


Lalu, Nabi musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.


Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.


Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.


Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan silat. Tak gamak kan ?


فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

Ertinya : Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma’un: 4 – 5)


* Tapi lain pula halnya dengan kita ni,. Pagi petang, mamak!! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.


** Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solat as Solah wa amalakat aimanukum”.


Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”. Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan dihisab di neraka Mizan kelak.


++ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.

Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.


“Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali

(1). Orang-orang yang beriman

(2). Dan yang beramal soleh

(3). Dan yang berpesan-pesan pada kebenaran

(4). Dan yang berpesan-pesan pada kesabaran.

~ Surah Al-‘Asr ~

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Mood exam Fasal Awal

Posted by Nur Islam on 26 Oktober 2011. Filed under:
No Comments »


Alhamdulillah,,syukur Ya ALLAH...atas segala kurniaanMU..


Sekarang tengah musim imtihan (Exam) awal...Wah,,,rasa takut pulak,,takut mcm pertama kali pula ambil exam di Jordan ni...baru-baru ini,hari Selasa lepas exam "SYIIR ISLAMI"..Alhamdulillah,,apa yg kami belajar masuk exam..Semoga dapat natijah yang terbaik..InsyaALLAH...Rindu,saat2 exam sekolah menengah dulu...^_^..Lepas tu pula,29,31 hb Oktober,1,2,18 Nov pun ada lagi exam berbaki..tu baru imtihan awal...Nanti masuk imtihan thani(kedua),imtihan akhir lagi..wahhhhhhhhhhhh..mmg kena struggle ni..Ingat!!!IKHLAS menuntut ilmu kerana ALLAH..InsyaALLAH ilmu bukan semata-mata fi(di) kitab jak..bahkan fis(di) sudur(hati)..insyaALLAH...Ya ALLAH..Tabahkanlah diriku untuk menghadapi setiap ujian yang ENGKAU berikan...(Mood exam yang tengah berkobar2...^_^)

Syukur YA ALLAH..
Dalam fatrah ini,,aku belajar banyak benda..Menjadi diri sendiri..Aku cuba jadi yang terbaik seperti yang semua orang idam-idamkan..Sungguh,,hidup ini melatih diri kita supaya sentiasa ingat bahawa segalanya kerana ALLAH..Jika ALLAH kata "KUN FAYAKUN!!".maka terus jadilah..jadi apa yang penting bagi kita adalah,berusaha selagi termampu..InsyaALLAH..Allah tidak lihat sejauh mana keputusan kita dalam sesuatu bidang itu,,tapi apa yang ALLAH titik beratkan adalah sejauh mana usaha kita untuk mencapai apa yang kita lakukan.Dalam erti kata lain ( KUALITI mengatasi KUANTITI )..

Syukur Ya ALLAH..
Siapa kata aku berhati keras.....!!ketahuilah aku seperti kamu juga...punya hati yang merasa,punya perasaan yang sama seperti kamu..Entah-entah bila ianya keluar,,segala-galanya mengatasi kamu...namun aku cuba salurkan kearah yang baik..Lagi-lagi sekarang tengah belajar jauh dari keluarga,,memang aku sangat-sangat rindu akan mereka..Ya ALLAH semoga mereka sentiasa dalam penjagaanMU ya ALLAH...Jauhkanlah mereka daripada bisikan IBLIS laknatullah...Aku rindu kenangan-kenangan yang terbina antara aku dan sahabat-sahabatku dahulu..namun aku yakin,perancanganMU Ya ALLAH mengatasi segalanya..semuanya penuh dengan hikmah besar yang tersirat disebaliknya...Semoga aku mampu mengalas amanah yang ENGKAU berikan kepadaku Ya ALLAH..
Teringat firman ALLAH
"لا يكلف االه نفسا الا وسئها"..
Sesungguhnya ALLAH menguji sesuatu hamba itu mengikut kemampuannya.....




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Timeline

Posted by Nur Islam on 15 Oktober 2011.
No Comments »


Bagaimana untuk mendapatkan Timeline di profile anda? Ikuti langkah-langkah dibawah (klik gambar untuk lebih jelas):

1- Buka page Developer (https://developers.facebook.com/apps), Allow Access sekiranya anda belum pernah membuat sebarang aplikasi.

 Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)


2- Klik pada Create New App dan masukkan nama yang anda mahukan. Contoh Display Name: Timelinedan Namespace: my_timeline_profile.

 Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)


3- Pada sidebar di sebelah kiri, klik Open Graph.

 Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)


4- Lengkapkan ayat diruangan yang disediakan. Contoh: "People can read a book". Seterusnya tekan Get Started.

 Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)


5- Klik Save Changes and Next pada page pertama dan kedua. Pada page ketiga klik Save and Finish(sekiranya anda Advanced user, boleh cuba ubah data yang dipaparkan).

 Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)


6- Buka laman utama Facebook (http://www.facebook.com), kotak notifikasi untuk Timeline akan dipaparkan. Ikut langkah yang diberikan, try n error.

7- Sekiranya anda berpuas hati, bolehlah tekan pada Publish Now.

8- Siap.

Buat masa ni, hanya mereka yang sudah mengaktifkan aplikasi Developer sahaja yang akan dapat melihat Timeline anda. Yang lain hanya dapat melihat profile lama anda (Only developers will be able to see my new timeline. Everyone else will see my old profile).

Anda boleh mengemaskini Timeline anda bermula dari anda dilahirkan sehingga kini. Anda cuma perlu halakan mouse anda di garisan tengah sehingga jadi bentuk "+" dan klik.

Different Cara cara mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)

Biru: Butang untuk kemaskini Timeline anda.

Merah: Perbezaan antara update status biasa dan update status pada garisan (butang "+"). Update statuspada garisan kalendar akan dipaparkan untuk anda kemaskini mengikut tarikh yang anda mahukan. Namun, kalendar tersebut hanya boleh dipilih bermula pada hari kedua anda dilahirkan sehingga kini.

Hijau: Kalendar yang dipaparkan, saya lahir pada 22 Jun 1990, kalendar ini hanya boleh dipilih bermula 23 Jun 1990.

Untuk kembali ke profile lama, anda cuma perlu Delete aplikasi ini.


1- Buka https://developers.facebook.com/apps.

2- Pilih aplikasi Timeline anda.

3- Tekan pada Edit App.

4- Pada sidebar kiri di bahagian bawah sekali tekan Delete App.

5- Siap.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Riang Ria,Sendu Syahdu "Aidilfitri"

Posted by Nur Islam on 03 September 2011.
1 Comment


RIANG RIA,SENDU SYAHDU AIDILFITRI

Alhamdulillah,,syukur ke hadrat ILAHI
kerana dengan berkat limpah dan kurniaMU ya ALLAH,,diri ini masih mampu
untuk bernafas saat ini.Alhamdulillah..Syukur ya ALLAH..

Bila tiba 1 Syawal semua orang excited gembira termasuk diri ini juga..
Kenapa excited ya??adakah kerana telah berjaya mendidik diri dalam bulan Ramadhan lepas?adakah kerana dapat benda semua baru?(baju baru,kasut baru,rumah pun design baru..hehe) @ dapat makan macam-macam juadah yang mungkin sebelum tibanya "raya" semua juadah ni tiada (ketupat mcm-macam jenis,buras,kelupis,soto,laksa..mcm salah =p ) @ dapat pg ziarah rumah-rumah kenalan untuk meraikan aidilfitri sambil-sambil mengeratkan ukhwah @ tengok muka orang gembira membuatkan kita pun gembira??^_^..Syukur Alhamdulillah..
Ya,,kemungkinan-kemungkinan di atas ada peratus betul / salah bg sesetengah orang..
semua tu terpulang dengan niat masing-masing...

Bila 1 Syawal menjelma ada pula sesetengah orang excited jugak bersedih..Kenapa ya??
adakah bila mengenangkan banyaknya dosa dengan ALLAH,??banyakkan kesilapan dalam hubungan sesama manusia?adakah kerana ketika "bersalaman" padahal sebelum ni tidak pernah pun berbuat demikian??adakah kerana tidak mendapat barang-barang baru seperti rakan-rakan lain?adakah kerana merasa diri "kerdil" dalam kalangan orang-orang lain?adakah kerana kesakitan yang dialami??atau adakah,adakah,adakah & adakah??..*_*

Ya,pelbagai ragam yang diri ini temui ketika berada dalam bulan ini.Diri ini melihat
orang yang sangat gembira kerana mendapat keluarga yang sangat bahagia,sangat gembira jugak kerana bangga memperagakan pakaian baru di pagi raya,sangat gembira juga apabila "menerima hidayah" dari ALLAH,sangat gembira juga apabila dengan senang hati menunjukkan kesenangannya dengan orang lain,sedangkan hati orang lain terseksa..Ya ALLAH..
Ada jugak diri ini melihat orang lain sangat bersedih kerana risau memikirkan hutang-hutang yang berlambak-lambak,sangat sedih kerana bapa sangat membenci anaknya sendiri,sangat sedih kerana terfikir akan dosa-dosa lalu mereka...Ya ALLAH semoga kami termasuk dalam kalangan hambaMU yang beriman & bertaQwa YA ALLAH..^_^

Walau apapun perasaan yang sedang mengulit diri kita,semoga iaNYA hanya semata-mata untuk ALLAH..Ikhlaskanlah diri kita dalam melaksanakan sesuatu.InsyaALLAH,apabila kita sandarkan kepadaNYA,semoga kita mendapat yang terbaik dariNYA..

" Janganlah kerapkan diri kita hanya untuk menziarahi rumah-rumah orang kaya,kerana ia semakin menjauhkan kita daripada mengingati nikmat-nikmat ALLAH "

SALAM MUHASABAH DIRI
(^_^)


Dedikasi buat sahabatku..

Posted by Nur Islam on 01 Ogos 2011.
No Comments »

21st July 2011 (Thursday) : 2.45pm
Alhamdulillah,,Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadratMU Ya ALLAH...
Setelah tetamu datang & membawa keluar dosa-dosa kami..Memberi rezeki yang tidak terhingga kepada kami...Sesungguhnya memeberi lebih banyak manfaatnya daripada menerima...Syukran Ya ALLAH atas segala kurnianMU Ya ALLAH..Hanya denganMU kami berserah dan memohon perlindungan...ALLAHU AHAD..!!!
Dedikasi ini aku tujukan buat sahabatku "WANA"..Terima kasih kepada ukhti Azwana Rozaini Osman kerana telah sudi menziarahi ke rumah saya setelah sekian lama aku mengajak..hehe~...Aku doakan semoga diriMU selalu tabah menghadapi dugaan hidup ini.Semoga dipermudahkan segala urusanmu sahabatku.Dunia ini hanya pinjaman dari ALLAH.Bukan selamanya kita disini..Ada kalanya kitalah orang yang paling bahagia,adakalanya jugak kitalah orang yang bergelumang dengan kesedihan,.Namun ingatlah kata-kata ALLAH dalam kitab FURQAN-NYA,Allah menurunkan sesuatu itu mengikut kemampuan hamba-NYA...Allah sentiasa bersama kita wahai sahabatku.....
................................................................................................................................................
AJAL MAUT,JODOH PERTEMUAN SEGALANYA TELAH DITENTUKAN ALLAH

................................................................................................................................................
Makluman yang baru diterima hari ini ialah : Perjumpaan ALUMNI Sabah Jordan di tangguh pada 10hb Sept nanti selepas raya..hari tu sehari selepas hari ulang tahun kelahiranku yang ke 22 pada 09.September.2011....Tidak sangka pula sudah hampir ke tahun itu..housemateku di Jordan pula sudah mencecah usia itu pada hari ini...Sanah Helwah ya SodiQi Nurul Amira binti Malek...Semoga ALLAH sentiasa memberkati usia-usiamu..Semoga berbahagia bersama housemate barumu fasal awal nanti..Ingat kenangan kita bersama dulu2..hehe~....walaupun hanya 10 bulan bersama,sudah cukup bagi kita bertiga membina memori-memori indah...jadi ibu kamu(knunlah),jadi muraqibah kamu....hehe~..kan mira kan naim(Nurul Naim Mohtar Rijan)...hehe~..Minta maaf atas semua salah silapku terhadap kamu..halalkan makan minumku,apa-apa yang aku terguna @ terambil...Mungkin aku bukanlah housemate yang terbaik..Terima kasih atas segala-galanya diatas keikhlasan hati kamu mnejadikan aku teman kamu...Walaupun aku ni main "hentam sajalah"...sampai kamu pun tertempias...hahaha~Syukran Jazilan Ya Sodiqati...Semoga kita pulang nanti membawa segulung kejayaan bersama...Amin Ya ALLAH
................................................................................................................................................
SAHABAT YANG BERADA BERSAMA KITA DALAM KEGEMBIRAAN AMAT SENANG DICARI,NAMUN SAHABAT YANG BERSAMA KITA DALAM SUKAR PAYAH DI CARI..TERIMA KASIH SAHABATKU..

................................................................................................................................................

Kekuatanku

Posted by Nur Islam on 30 Mei 2011. Filed under:
2 Comments

Alhamdulillah Ya ALLAH…syukur diri ini masih dapat menghirup udara yang segar di muka bumi mu ini Ya ALLAH..

Dalam tidak sedar,esok mau balik Malaysia sudah..Rasa mcm belum sedia pula mau balik Malaysia„tapi aku mesti kuatkan diri jugak…Buat yg terbaik balik ni untuk keluarga yang tercinta..Ya ALLAH,rindunya dengan Familyky nun jauh disana..Ikuta hati,andai aku berkemampuan,ingin saja aku bawa semua keluargaku menjejak tanah anbiya’ ini,tanah dimana Rasul-rasul terdahulu pernah memijaknya,tanah yang menjadi saksi kesaktian kalimah Tayyibah La Ilaha Illa ALLAH..

Ya ALLAH„sayu rasanya hati untuk mngglkan tanah yang penuh barakah ini.. 
Ya„aku balik bukannya untuk bersuka ria„aku punya tujuan yang penting utk menegakkan agamaMU Ya ALLAH..Sesungguhnya hanya pada-MU tempatku berserah Ya ALLAH…Aku sandarkan segala-galanya hanya untuk-MU…Pimpinlah aku andai aku terlalai dari mengingati-MU..Kerana hanya-MU Ya ALLAH,aku menjadi teguh seperti sekarang..Ya ALLAH…..

 Ya Rabbi,
Segala yang berlaku & terjadi segala-galanya atas izinMU…Aku yakin disetiap segalanya punya hikmah besar yang tersirat.Mungkin bukan aku rasai pada ketika itu,tapi aku yakin akan aku rasai pada masa akan dtg,sama ada di dunia yang fana ini ataupun di akhirat kelak..Ya ALLAH,sungguh aku hanya mengharapkan keredhaanMU,kasih sayangMU,keberkatanMU..kasih sayang & syafaat daripada kekasihMU iaitu Rasullallah s.a.w….

                      

Ya ALLAH„
disinilah tempat aku untuk menambah & menanam sebnyak mana amalan yang aku akan bawa di akhirat kelak..Jadikanlah aku seorang yang istiQamah dalam melakukan sesuatu kebaikan Ya ALLAH,ikhlaskan diriku untuk melakukannya,cekalkan hatiku menempuhi segalanya.„kerna ku tahu,hanya Engkau yang layak & mampu untuk menjadikannya kenyataan..Ya ALLAH…
Aku mencintaiMU Ya ALLAH,Ya Rasulullah… 

Indahnya hidup

Posted by Nur Islam on 26 Mei 2011. Filed under:
No Comments »

Alhamdulillah,,syukur Ya ALLAH,,dengan segala rahmatmu,,nikmatMU yang ENGKAU berikan kepada kami,,sampai hari ini kami masih dapat merasai semua itu...Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH...Hanya PadaMU aku berserah segala-galanya.....^_^...

Ya ALLAH..ketika ini hanya ENGKAU mengetahui hatiku Ya ALLAH..betapa keinginan untuk balik itu menguasai diri...walaupun segalanya diluar rancangan,,rupa2nya terselit hikmah di sebalik semua itu..Ya ALLAH,,hebatnya percaturanMU.....Segalanya di luar dugaanku....walaupun pada mulanya aku sangat bertekad utk terus tetap duduk di sini wlupn 4 tahun lamanya(niat asal tapi lari dr niat)..huhu~rupanya cukup besar hikmah yang ENGKAU selitkan di situ Ya ALLAH..memang kami manusia hanya merancang,,namun ENGKAUlah jugak yang menentukan....Hebatnya Ya ALLAH....

Balik??ya,,,macam-macam benda yang aku fikirkan sempena kepulanganku nanti...^_^...lagi2 dalam mendidik adik-adikku,keluargaku,sepupu-sepupuku..."Semoga aku terus ditabahkan hati dalam menempuh segala ranjau berduri yang bakal aku lalui...."..Ya,,Segalanya bermula dengan niat....betul!!!!..dalam masa yang sama berusahalah dan selalulah berdoa,meminta kepada ALLAH.....Plan lainnya?ada macam-macam lagi...disamping menaikkan semula semangat yang makin hilang...@_@...Tidak sabar rasanya hatiku ingin menatap wajah kedua ibu bapaku yang bersusah payah dalam mendidikku hingga aku seperti sekarang...Nantikan kepulangan ayah,mama...Aku sangat rindukan kalian...Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat.......^_^

Sebagai anak sulung,,mmg aku "terasa" untuk terfikir tentang segalanya...Pelbagai idea timbul dalam fikiranku...adakalanya aku merasa aku ingin lakukan semua perkara dalam satu tempoh waktu...buat itu,buat ini..namun diriku hanya sebujur tubuh ini...ALLAH sudah beri segalanya begitu begini kepada diriku untuk aku gunakan segala yang ada dengan semanfaatnya...buat sesuatu perkara biar kena pada tempatnya...bukan fikir sebanyak mana yang kita buat,,tapi tengok pada kualitinya..Bak kata guru-guruku dulu,orang x pandang apa yang kamu buat @ dapat pada awalnya,,tapi yg dipandang apa hasilnya akhir nanti...seperti pepatah Melayu berkata "yang di pegang x dapat,yang di gendong berciciran "jgn jadi macam tu sudah...biarlah apayang kita buat tu sedikit tapi istiQamah..itu adalah lebih baik daripada sesuatu perkara tanpa ketetapan..."InsyaALLAH cuba utk menjadikan diri ini lebih istiQamah dalam melakukan sesuatu perkar.."okey....

Sampai sini dulu lah ya...skrg tnggal dlm 4 hari lagi sebelum aku berlepas ke Malaysia......Ya ALLAH,,semoga selamat pergi & tiba,,semoga di permudahkan segalanya...

" Wahai dugaan,aku ada ALLAH...!!! "

Catatan 2011 ( sakan Yarmouk )

Hari ini hari kita..^_^

Posted by Nur Islam on 19 Mei 2011. Filed under:
No Comments »


Hari ini adalah hari kita...!!!

MAHAL itu PERLU

Posted by Nur Islam on 17 Mei 2011. Filed under:
3 Comments




Ya ALLAH sangat suka artikel ini~~
Terima kasih kepada puan yg punya karya...


Nak jadi seperti bunga mawar. Pada tangkai. Punya daun yang ada lagi duri-duri.
Bunga mawar, milik Tuan nya. Disimpan, ditutup dengan rapi di dalam balang.
Balang kaca. Berkhidmat sebagai pelindung kepada mawar.
Nak pegang, takut. Takut pecah.
Nak sentuh, takut . Takut dapat luka. Sebab ada duri.

Nak jadi seperti mawar berduri di dalam balang kaca.
dijaga penuh oleh Tuannya.

===========================

Sebelum tidur, aku ditemani oleh perempuan-perempuan cantik. Sebelum tutup mata, sejuk memandang dia dan dia. Seorang tidur dengan Al-Qur'an. Tak lekang dengan Al-Qur'an . Kerja dia selain belajar medik, menghafal Al-Qur'an sahaja. No wonder, dia jarang marah, senang senyum kepada teman-temannya.
Jarang nampak stress. tidak pernah merajuk (kot)

Kesimpulannya. hati dia memang dijaga oleh Tuannya. Sebab jadi rakan baik kalamNya, masakan dia tidak dijaga dengan terbaik oleh Tuannya

Perempuan cantik yang sorang lagi pun sama. Baring di sebelah aku. Mulut terkumat kamit dengan hafalan Al-Qur'an. Sampai tertidur! Sebab esok ada ujian 'maut' katanya. Hai perempuan cantik. Sudah la muda lagi, punya fikiran dan hati yang bersih.

Geleng-geleng kepala tengok perempuan-perempuan cantik ni. Sambil senyum-senyum.
Sungguh beruntung lah orang yang bakal memiliki hati-hati mereka.

Yang bernama suami. Bakal suami yang sudah tentu aim cinta Allah itu sebagai nombor satu dulu.
Yang dah persiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga yang soleh,
yang bercita-cita untuk melahirkan zuriat yang musleh dalam meneruskan tugas-tugas yang bakal ditinggalkan.
Yang tak pernah tinggal istikharah pada setiap malam, supaya dipertemukan jodoh yang baik
Yang meletakkan tawakkal, pergantungan dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah.

(wah wah, seronoknya aku menaip untuk orang lain. hehe)

Cantik seorang perempuan dari segi luaran mahupun dalaman. Tapi aku pasti, kita lebih menitikberatkan cantik yang dalaman. Sebab yang dalam akan menyerlahkan yang luar.
Bila yang dalam itu dekat dengan Allah, mestilah Allah akan cantikkan ia pada pandangan orang.

Kalaulah tak cantik pun, sedap mata memandang pun apa kurangnya, bukan


==================

Jual mahal itu perlu supaya kita tahu setakat mana kesungguhan si pembeli

Mahal itu mesti. Untuk seorang perempuan.

Pernah dibacakan kitab kepadaku oleh seorang ibu,
tentang persoalan yang baru aku tahu,

bahawa seorang perempuan itu sememangnya ada hak,
hak dalam memilih jodoh .
Memilih bakal suami yang soleh.
Memilih lelaki yang layak untuk menjadi bapa, abi dan abah kepada zuriatnya.

Jadilah mahal. Carilah jalan untuk menjadi 'mahal'.
Apa-apa jalan pun

Menjadi yang berharga.
Yang susah untuk dimiliki.
Yang bukan senang-senang untuk didapati.

'Qurratu a'yun'
dan sebaik-baik perhiasan di dunia, adalah dan hanyalah wanita yang solehah

Pintu Rezeki-MU tersangat luas~

Posted by Nur Islam Filed under:
1 Comment

Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH.......

Syukran Ya ALLAH,,dengan izin-MU aku masih dapat menghirup udara yg segar ini Ya ALLAH....Syukur Alhamdulillah..

Sementara menanti Final Exam mggu depan ni,,

rehat jap update blog.....^_^

Ya ALLAH dalam fatrah exam ni sempat jugak kami "BAKSIS" berkumpul bersama di AQABAH...Start Exam 15hb Mei...nasib baik pergi semnggu sebelum exam...Sempat lah ambil waktu utk study pastu.....

Ya ALLAH.indahnya saat seluruh warga Sabah Jordan berkumpul bersama....Walaupun dalam kelompok & bilangan yang kecil namun sabgat terasa uhkwah antara kami...Ya ALLAH terima kasih kerana memberi kami merasa ukhwah ini.....Ingin sama berkongsi indahnya saat itu kepada semua...saksikanlah ya....


* Dapat makan ikan bakar ^_^ *

Tidak dapat dinafikan memang sangat merindui saat itu,,walupun letih tapi hasilnya menggembirakan....Terima kasih atas kerjasama semua ya....^_^...
BittaufiQ utk exam pulak ya.....

Dalam kesibukan fatrah exam jugak,bnyak perkara diluar jangkaan menerpa diri...Sungguh x dapat di nafikan,adakalanya rasa diri ni down,,tapi di samping tu ada sesuatu yang menguatkan....di samping sesuatu "kesedihan" yang di hadapi,ALLAH selitkan kemanisan di sampingnya...Hinggakan kegembiraan & kemanisan dapat mengalahkan kesedihan itu....Yeah,,!!...aku menang.......!!!....
Semoga kemanisan ini berterusan...Amiiiiiiiiiiiiiin Ya ALLAH.....

Apapun,buat yang terbaik utk exam kali ni....Yakin,,Kita semua boleh!!!!....Semoga natijahnya MUMTAZ....InsyaALLAH..doakan ya...^_^.....

Semoga boleh balik Malaysia dengan hati yang tenang.....

Syukran atas segala nikmat-MU Ya ALLAH.....





Segalanya hanya kerana-MU

Posted by Nur Islam on 23 April 2011. Filed under:
No Comments »

Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH.......

Hanya Engkau Tuhan yang Esa,,mengetahui hati setiap hamba-hamba-MU..kerana hanya ENGKAULAH yang menciptakan kami,memberi setiap rasa untuk melihat,mendengar,memahami dan segala-galanya..Syukran,syukran,syukran Ya ALLAH......

Ya ALLAH hati-hati ini bertaut kerana ikatan Cinta Kepada-MU....
Rindunya keluarga,rindunya Guru-guruku,rindunya teman-teman.....Semuanya terlekat kuat dalam memori ingatanku..Saat aku dalam keadaan gembira,sedih,senang,susah,kamulah mengingatiku,menasihatiku,membantuku.....Aku rindu akan kalian semua.Namun,aku sangat memohon maaf andai diriku belum cukup untuk menjadi anak,teman,pelajar yang menepati apa yang kamu inginkan...Walaubagaimanapun aku kini sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti apa yang kamu inginkan......Mungkin adakalanya aku menjadi sunyi,sepi tanpa sebarang khabar,aku pergi jauh daripada kamu sehingga membuatkan kamu tertanya-tanya..Itu bukan bermaksud aku melupakan kamu,bahkan aku sangat-sangat mengingati
kamu,..aku sedang membina diriku untuk menjadi seperti yang kamu inginkan....

Kekadang,aku merasakan diri ini sangat rendah,sangat lemah,sangat sedih,tapi itu cumalah mainan kosong di fikiranku.Walau serendah,selemah,sesedih manapun aku hakikatnya itu bukanlah aku...ALLAH ciptakan aku untuk menjadi insan yang kuat dari segala aspek..Ingat tu...Terima Kasih Ya
ALLAH..Ya,Aku Pasti Boleh!!!!Maka aku melakukan segala sesuatu perkara atas segala kudrat yang telah ALLAH berikan kepadaku..Aku yakin ALLAH membantu hamba-hambanya dalam segala hal,tambahan lagi untuk perkara-perkara positif lagi-lagi untuk perkara yang menambahkan ketaQwaan kita kepada-NYA...Yakin akan hal itu~..Segalanya sudah ditentukan ALLAH...Sudah tertulis di Lauh Mahfuz...

Sehingga kini apa yang terjadi keatas diriku adalah atas kehendak-MU ya ALLAH...Terselit hikmah yang sangat besar di sebalik semua yang terjadi...Daripada kertas putih,aku dicorakkan dengan penuh ketelitian oleh kedua ibu bapaku~keluargaku...Dicurahkan warna-warna keimanan kedalam hatiku,didalam jiwaku,ditambah lagi dengan tulisan-tulisan kasih sayang..Ya ALLAH sangat bermakna semua itu..Sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Terima kasih Ya ALLAH atas segala kurniaan itu~Kurniaan Ibu Bapa yang sangat-sangat memahami diriku,menyokong aku dalam segala hal yang aku lakukan....Kemungkinan aku sangat "pelik" berbanding teman-temanku yang lain,namun aku percaya,kerana "kepelikan" yang aku miliki,aku boleh berkongsinya bersama yang lain..merasai kemanisan iman yang aku pelajari,rasai,fahami selama ini..Ya ALLAH manisnya andai segala-galanya kerana-MU...

Sesungguhnya hidup matiku hanya kerana-MU...

WANITA : Aku punya satu cinta

Posted by Nur Islam on 20 April 2011.
No Comments »


Wanita : Dirimu begitu berharga......










.:: Muhasabah Bersama ::.

Lumrah Kehidupan

Posted by Nur Islam on 19 April 2011. Filed under:
No Comments »

Assalamualaikum w.b.t.....


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat limpah & kurniaNYA diri ini masih dikesempatan oleh ALLAH untuk merasai segala nikmat INI....Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH......

Lumrah kehidupan,

Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai kematian.....
KEMATIAN ???ya..!!! benar...Jika berbicara tentang kematian kita pasti akan merasai waktu ajal kita semakin hampir.Pelbagai soalan yang timbul dari benak fikiran kita..adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat-saat yang menggerunkan itu"sangat sakit apabila malaikat IZRAIL mencabut nyawa kita"...dan saat kita bertemu ALLAH...Ya ALLAH,semoga pengakhiran hidup kami dalam keadaan "khusnul khatimah"...Sungguh beruntunglah bilamana mizannya berat kearah keimanan & ketaqwaan..buku amalannya diberi melalui sebelah kanan,wajahnya berseri-seri ketika di akhirat nanti,melalui titian sirat sepantas kilat......Ya ALLAH.......

........................................


Sesungguhnya apa yang kita rasakan terbaik untuk diri kita,tidak semestinya baik untuk orang lain...
Sungguh,,kita sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk diri kita,sehingga dalam tidak sedar kita telah melukakan orang di sekeliling kita..Kita merasakan itu yang terbaik,walaubagaimanapun bagi orang lain,perkara itu telah menyakitkannya...Maka,sangat beruntunglah,apabila melakukan sesuatu perkara fikirkanlah akan kesan baik & buruknya..Janganlah kerana terlalu "EXCITED" dengan kebaikan yang bakal kita dapat sehingga orang di sekitar kita menjadi mangsa...Ingatlah,mungkin hari ini kita gembira,tapi bersedialah keesokan hari mungkin kita pasti akan bersedih..Oleh itu,hanya ALLAH yang mampu menenangkan "Qalbu" kita...Ya ALLAH......

.................................................


Jangan lupa akan bekalan untuk kehidupan baru selepas kehidupan dunia ini...
Dunia hari ini sangat mencabar,majoriti sangat mudah dipengaruhi pengaruh-pengaruh yang negatif...apabila terlalu taksub dengan kemewahan dunia,bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti diabaikan...Manusia sangat suka bertanding-tanding menunjukkan siapakah yang paling banyak mempunyai harta dunia,rumah terbesar,kereta termahal,handphone tercanggih,pakaian berjenama & mahal,isteri tercantik dan segalanya mahu yang "ter,,,,,"..sehinggakan ketika sedang asyik mengejar keduniaan,lupa utk melakukan perkara-perkara yang wajib (RUKUN ISLAM)..meninggalkan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat,menunaikan Haji bagi yang berkemampuan dan yang paling menyedihkan tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah..Astaghfirullah Al-Azim.....ya ALLAH.....

...........................................

Ya ALLAH sesungguhnya kami tidak layak ke syurga-MU,namun kami tidak mahu ke neraka-MU...

Duhai sahabatku maafkan diri ini atas kekhilafan yang terjadi..
Ampunkan dosa-dosa kami Ya ALLAH......Amiiiiiiiin..


Balik Sabah..!!!

Posted by Nur Islam on 14 April 2011. Filed under:
No Comments »



Alhamdulillah,syukur ke hadrat-MU ya ALLAH atas segala nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku...

Pada kali ini satu-satu perkara yang sangat menggembirakan diriku ialah apabila tiket balik ke MALAYSIA & SABAH telah disahkan...ya!!!..buat julung-julung kalinya tahun pertama aku di Jordan,tahun ni jugak aku dapat balik Sabah..Ya ALLAH,,gembiranya hati...(Padahal sebelum dan pertama kalinya apabila menjejak kaki di sini-bumi anbiya'-,aku berazam supaya tidak balikse hinggalah aku benar2 menghabiskan sesi pembelajaranku disini dengan jayanya..rpnya tu impian palsu..hihi~)


Untuk makluman,detail penerbanganku ke Malaysia & Sabah adalah seperti berikut :

Bertolak dari Jordan ke Kota Kinabalu....

SAUDI ARABIAN AIRLINES-

*Tue ( 31 May ) Amman,JO -Riyadh,SA {SV634}........................................1645-1850
*Wed ( 1 Jun ) Riyadh,SA-Kuala Lumpur,MY {SV830}..............................0020-1300
Kuala Lumpur,MY-Kota Kinabalu {MH2626}........................2210-0045

Berlepas dari Kota Kinabalu ke Jordan

*Sun (18 Sep ) Kota Kinabalu-Kuala Lumpur,MY (MH2603)....................0800-0945
Kuala Lumpur,MY-Jeddah,SA (SV831).................................1500-1805
*Mon (19 Sep) Jeddah,SA-Amman,JO (SV 631).........................................1055-1300

Itulah details nya..

Apa yang aku harapkan sepanjang tempoh percutianku nanti ialah agar aku dapat menabur bakti kepada keluargaku,sepupu-sepupuku,sahabat-sahabatku dan sesiapa yang berada di sampingku...

Ya ALLAH,jadikanlah aku seorang yang tabah menghadapi kehidupan,didiklah hatiku agar sentiasa mengingati-MU disetiap tempat,masa,waktu dan ketika agar aku sentiasa bersyukur akan segala nikmat yang ENGKAU kurniakan Ya Rabb....Ya ALLAH semoga pengakhiran hidupku,seluruh ahli Keluargaku,guru-guruku dan sahabat-sahabatku dalam Khusnul Khatimah....Amiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnn Ya ALLAH..

Oh,exam,cabaran kita.........

Posted by Nur Islam on 13 April 2011.
No Comments »


Alhamdulillah,syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan berkat-NYA diri ini masih diberi kesempatan untuk menghayati ciptaan ALLAH....Alhamdulillah....^_^

Setiap minggu imtihan???Ya,itulah hakikatnya kehidupan seorang pelajar yang belajar di Jordan ni..memang hebat!!!..Syabas Bb kerana berjaya merasai perasaan senior-senior dulu...terasa ingin kembali ke fasal awal dulu..hihihi~(angan2 mat Jenin)...ya sekali lagi,..start bulan 3 lalu,dimulai dengan imtihan awal bagi madah نثر القديم diikuti الشعر الجاهلي,seterusnya صرف,نحو,عروض والايقاع dan فن الكتابه....tu baru imtihan awal...disini ada 3 kali imtihan untuk setiap subjek...bulan 4 ni pulak bermulanya imtihan thani plak..baru jak hari isnin lepas exam الشعر الجاهلي...lepas ni exam madah yang lain pulak.....memang semput,,tapi bb akan cuba buat yang terbaik....terbaik??Ya yang paling terbaik..!!! InsyaALLAH...kebetulan bulan mei ni bersamaan 31 mei,bb akan pulang ke tanah air untuk menyumbang bakti...InsyaALLAH.walaupun mungkin hanya seketika,Bb berharap sangat dapat membantu ahli keluarga sekurang-kurangnya,serta dapat memberi manfaat kepada orang lain.InsyaALLAH.Biiznillah...Ya ALLAH bantulah diri hamba Ya ALLAH...

Di sandarkan pula pada kehidupan kita,apa yang kita rasai,alami dan sebagainya...segala-galanya mempunyai hikmah...dugaan dan cabaran mengajar erti kehidupan,kejayaan,kegagalan,kekayaan,kemiskinan dan sebagainya mendidik kita untuk untuk bersyukur dan tabah menghadapinya...hakikatnya memang ada kalanya kita rasa lemah,letih utk sentiasa berfikiran positif kerana kita merasai kita sering teraniaya & tidak bermya lagi mengahdapi sesuatu situasi itu,tapi yakinlah ada "GANJARAN TERINDAH/TIADA BANDINGANNYA" di akhirat kelak....InsyaALLAH...yang penting nawaitu kerana ALLAH....

Akhir kalam,,Salam muhasabah diri...
P/S : Post seterusnya akan datang..InsyaALLAH..^_^

www.this-is-my-story.com/v/28P301772U6X

Posted by Nur Islam on 22 Mac 2011.
No Comments »

www.this-is-my-story.com/v/28P301772U6X

PEPERANGAN ZI QAR

Posted by Nur Islam on 12 Mac 2011.
No Comments »


Pada suatu hari musim panas, tahun sepuluh sebelum hijrah, Nabi Muhammad bersabda kepada sahabat-sahabat baginda di mana ketika itu kaum muslimin masih lagi sedikit bilangan mereka dan masih lemah kedudukan mereka di Mekah: Peristiwa besar di Zi Qar! Orang-orang asing melarikan diri dalam keadaan kalah.Kabilah Bani Bakar menguasai peperangan dan mereka mengejar musuh sehingga ke perbatasan Iraq! Inilah kemenangan pertama kali bagi Arab." Para sahabat yang sedang mendengar dengan teliti berita yang menggemparkan itu merasa tersangat gembira sehingga terpancarlah cahaya kegembiraan itu di wajah-wajah mereka. Tibalah ketikanya suara kebenaran akan berkumandang di bumi Arab ini. Tibalah masanya bagi kabilah-kabilah yang selama ini berpecah-belah dan bercakaran sesama mereka bersatu- padu dan menjadi umat yang kuat dan digeruni serta mampu mempertahankan kaum diri mereka sendiri yang selama ini terbelenggu oleh cengkaman asing di bumi mereka sendiri.
Keadaan kaum muslimin selepas tiga tahun dakwah baginda Rasulullah masih tergolong dalam kelompok minoriti. Akan tetapi mereka telah pun bersedia untuk menzahirkan dakwah mereka. Agama Islam pada permulaannya merangkak merentasi laluannya dengan penuh keyakinan dan kesabaran brab yang berdekatan dengan bersama harapan yang gemilang di hadapannya. Baginda melihat kemenangan Arab ke atas Parsi di Zi Qar sebagai tanda peralihan Arab ke era baru yang kuat, gagah dan agung. Perintah dakwah secara terbuka oleh Allah S.W.T. selepas tiga tahun berahsia merupakan titik permulaan era baru yang ditunggu-tunggu itu. Rasulullah telah mengaitkan kemenangan Arab di Zi Qar itu sebagai berita gembira terhadap dakwah baginda.
"Inilah kali pertama Arab mengalahkan Ajam. Mereka menang keranaku." Benarlah kata-kata baginda. Orang-orang Arab memenangi pertempuran buat pertama kalinya ke atas Farsi serta mereka mendapat kembali hak mereka. Selepas itu bertalu-talulah kekalahan orang-orang Farsi di tangan tentera Arab Islam pada tahun-tahun yang kemudiannya sehingga keseluruhan kerajaan Sasanin (Farsi) jatuh ke tangan orang-orang Arab dalam masa beberapa tahun sahaja.
Kemenangan di Zi Qar ialah kemenangan Arab terhadap salah satu kuasa besar iaitu Farsi dan Rom. Dua negara ini merupakan negara yang paling gagah dan mewah pada ketika itu. Kedua-dua negara ini menguasai bahagian dunia yang penting dan membahagikannya di bawah kekuasaan mereka termasuklah termasuklah semenanjung tanah Arab. Kabilah-kabilah Arab yang tinggal berdekatan dengan Rom atau Farsi akan tunduk kepada salah satu kuasa ini. Sebagai imbalannya, Rom dan Farsi akan menjaga batas sempadan kawasan dan mengawasi kafilah-kafilah perniagaan mereka. Kedua-dua kuasa ini mendirikan sebuah negara Arab yang kecil untuk menjadikannya sebagai pengawal batas sempadannya di sahara daripada pencerobohan puak badwi serta memeranginya. Bagi Rom, mereka mendirikan kerajaan Ghasasinah di sempadan Syam manakala Farsi pula mendirikan kerajaan Munazirah yang terletak di sempadan Iraq di bandar Hirah yang berhampiran tebing barat Sungai Furat. Adapun Yaman yang terletak di bahagian Selatan tanah Arah juga berada di bawah kekuasaan Farsi. Kisra telah menghantar tentera untuk menghalau orang-orang habsyi daripada Yaman,lalu melantik gabenor-gabenor yang terdiri daripada orang-orang Farsi di sana. Gabenor-gabenor itu memerintah secara bebas sehinggalah yang terakhir ditawan oleh Islam.
Dari Madain, ibu kota Farsi kafilah-kafilah perniagaan mereka menyekat jalan merentangi semenanjung Arab, pergi dan balik.Kafilah-kafilah ini dikawal oleh kabilah-kabilah Arab yang tinggal di sepanjang laluan mereka. Mereka mendapat upah hasil dari pekerjaan mengawasi kafilah-kafilah itu. Apabila kafilah-kafilah itu dirompak dan dicuri barang dagangan mereka, Kisra pun menghantar sekumpulan tenteranya yang dinamakan Asawirah. Askar Asawirah ini terdiri daripada mereka yang mahir memanah lalu mereka mengusir perompak-perompak dan membalas balik serangan mereka……
Peristiwa terakhir yang paling mengerikan kepada kabilah-kabilah Arab itu ialah kisah tentang penyembelihan "hari Safqah" di mana tentera-tentera Farsi telah menyerang kabilah bani tamim dengan amat dahsyat. Pada hari itu askar-askar Farsi telah menolak para lelaki Bani Tamim ke dalam kurungan yang dalam lalu dibunuh mereka itu kesemuanya dengan cara yang dahsyat dan mengerikan sebagai pembalasan ke atas semua kabilah. Para pemimpin Bani Tamim sangat benci melihat kesombongan kafilah Farsi yang melalui bumi-bumi mereka lalu pada suatu hari mereka telah menyerang sebuah kafilah Farsi yang sedang melalui kawasan mereka dan merampas barang dagangannya. Beberapa orang askar yang mengawal kafilah juga dibunuh oleh Bani Tamim manakal sebahagian lagi dijadikan tawanan. Apabila Kisra mendengar berita tersebut, maharaja tersebut telah menghantar tentera Asawirahnya dan membalas dendam. Musibah itu menjadi karat di hati setiap penduduk Arab, meninggalkan kesan kesedihan yang panjang dan menjadi kenangan yang sangat pahit bagi mereka. Sehinggalah terjadi peperangan Zi Qar, Kabilah Bakar mendapat peluang untuk membalas perbuatan jahat Farsi itu. Dengan kemenangan di Zi Qar itu buat pertama kalinya maruah orang-orang Arab melonjak menyaingi kehebatan orang-orang Ajam. Sesungguhnya peperangan Zi Qar itu mempunyai kepentingan yang besar di dalam sejarah umat Arab.

Kematian yang menyayat hati seorang penyair
Apabila kita kembali mencari sebab-sebab berlakunya peperangan Zi Qar di antara Arab dan Parsi, kita akan menemui kisah kematian seorang penyair Arab Jahili yangs yang sangat memilukan. Beliau ialan Adi Bin Zaid Al Ibady, seorang penyair yang terpelajar. Beliau mahir dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Parsi malah beliau dianggap orang paling fasih bertutur dan menulis kedua-dua bahasa itu. Adi berasal dari keluarga Arab Nasrani yang mendiami bandar Hirah,iaitu bandar yang mempunyai hubungan yang kuat dengan bangsawan dan pemimpin dari Parsi. Ini menjadikan ahli keluarga itu mudah belajar bahasa Parsi dan menjawat jawatan di jabatan ketenteraan Kisra. Sejak dari mudanya telah ketara bakat dan kepintaran Adi, lalu diambil oleh Kisra untuk berkhidmat dengannya. Adilah orang yang pertama menulis bahasa Arab di jabatan tentera Kisra serta menjadi penterjemahnya apabila datang rombongan pemimpin-pemimpin Arab kepada maharaja itu.
Adi seorang yang paling bijak di antara yang lain, berwajah tampan dan seorang penyair yang berjiwa halus. Dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya itu dia dengan sekejap sahaja dapat menjadi antara orang yang paling rapat dengan maharaja dan dianggap sebagai orang kanannya yang dijemput duduk berhampiran baginda sehinggalah Adi sangat dikenali dan namanya disebut-sebut di Madain, ibu kota Sasaniah. Begitu juga,dia mempunyai kedudukan yang tinggi di Hirah di mana keluarga Adi mempunyai kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat Hirah sehingga mereka ini sanggup berkorban jika Adi ingin menjadi raja di Hirah jika tidaklah kerana kesetiaan keluarga ini kepada keluarga Munazirah yang memerintah Hirah. Keluarga ini juga membesarkan Nu'man, salah seorang anak raja Hirah, Munzir Al Lakhmi. Adi kemudian mengahwini Hindun, saudara perempuan Nu'man. Beliau lebih suka berburu dan bersenang-lenang daripada menjadi seorang raja.
Apabila Munzir Al Lakhmi meninggal dunia, Kisra meminta salah seorang anaknya menjadi raja di Hirah menggantikan tempat ayahanda mereka. Adi berusaha bersungguh-sungguh memujuk baginda supaya memilih Nu'man kerana Nu'man dibela oleh keluarga Adi sejak kecil. Lagi pula dia menjadi ipar duai Nu'man. Lalu Kisra menyetujui cadangan Adi, Nu'man pun dipilih menggantikan ayahandanya. Saudara Nu'man yang bernama Al Aswad tersangat marah, begitu juga dengan Bani Marin,satu kabilah Hirah yang telah membela Aswad sejak kecil. Mereka berharap Aswad dapat menggantikan ayahandanya kerana Aswad membesar di kalangan mereka dan lebih di sayangi mereka. Kerana itu mereka menyimpan dendam terhadap Adi serta merancang fitnah ke atasnya. Mereka menghasut Aswad supaya membalas dendam terhadap Adi. Aswad membantu mereka melaksanakan rancangan jahat itu. Seorang anak Bani Marin mula mendekati Nu'man dengan membawa hadiah-hadiah yang banyak menggunakan wang Aswad dan wangnya sendiri sehinggalah dia menjadi rapat dengan Nu'man. Tanpa membuang masa Ibnu Marin terus membisikkan keburukan-keburukan Adi di hadapan Nu'man. Kata-katanya itu telah disokong oleh sekutu-sekutunya yang mengelilingi raja yang masih mentah itu. Mereka menuduh Adi mempunyai rancangan jahat di sebalik sokongannya terhadap Nu'man dan mendakwa Adilah yang melantik dan memberikan jawatan raja itu kepada Nu'man. Termakan dengan hasutan-hasutan itu Nu'man terasa sangat marah terhadap Adi. Malah tidak cukup dengan itu mereka menulis surat palsu di atas nama Adi dan dibawa ke hadapan Nu'man sebagai bahan bukti. Bertambah marahlah Nu'man apabila melihat surat itu. Dia bertekad untuk mengenakan Adi dan membalas dendam ke atas Adi lalu dia menulis surat kepada Adi di Madain menjemputnya melawat Nu'man di Hirah.
" Aku sangat berhasrat supaya engkau melawatku. Sesungguhnya aku sangat rindu untuk bertemu denganmu." Tulis surat itu. Sebaik sahaja membaca surat itu, Adi pun memohon keizinan daripada Kisra untuk pulang ke Hirah. Sesampai sahaja Adi di Hirah, Nu'man memerintahkan supaya Adi dilemparkan ke dalam kurungan, tidak boleh dimasuki oleh sesiapa pun.
Kisah sedih Adi dirakamkan di dalam bait-bait syairnya di mana penyair itu mengingatkan Nu'man pengorbanannyalah selama ini menaikkan Nu'man di atas takhta, bukanlan saudara-saudaranya itu. Sebaliknya usaha dan pengorbanannya yang ikhlas itu dibalas dengan penjaran dan belenggu rantai besi! Adi terus-menerus menyusun syair mengingatkan Nu'man tentang hubungannya sebagai iparnya. Akan tetapi Nu'man sedikit pun tidak mempedulikan jeritan Adi itu. Adi telah berputus asa lalu menulis bait-bait syair kepada saudara maranya di Madain pula meminta mereka menyampaikan berita penangkapannya kepada Kisra. Kisra lalu menulis surat kepada Nu'man memerintahkannya supaya membebaskan Adi. Surat itu dibawa oleh seorang pesuruh Kisra.Sebaik sahaja pesuruh itu sampai di Hirah, beliau terus menziarahi Adi di penjara. Adi memohon supaya beliau tinggal bersamanya dan menyuruh seorang yang lain menyampaikan surat itu kepada Nu'man. Beliau berbuat demikian untuk menjamin keselamatannya, akan tetapi pesuruh itu tidak bersetuju. Beliau ingin menyerahkan surat itu sendiri kepada Nu'man. Adi telah merasakan ajalnya semakin dekat. Sebagai yang dijangkanya, berita tentang kedatangan pesuruh Kisra itu telah sampai ke pengetahuan Nu'man sebelum utusan itu tiba di istananya lagi. Dia pasti sekiranya dia melepaskan Adi selepas mengurung dan menyeksanya, Adi akan menjadi musuh yang paling berbahaya kepadanya di Jabatan Tentera Diraja Parsi di Madain. Sudah tentulah Adi akan menghantar orang kepadanya lalu membunuhnya. Lalu sebaik sahaja utusan Kisra itu tiba di istananya, disambutnya dengan penuh kemuliaan dan dia berpura-pura bersetuju melaksanakan arahan Kisra itu. Apabila utusan itu pergi semula ke penjara didapatinya bahawa Adi telah mati seja beberapa hari yang lalu. Utusan itu lalu kembali kepada Nu'man dengan marah dan mengancamnya. Akan tetapi Nu'man lebih mengetahui cara untuk mendiamkan mulut utusan itu. Dia telah berjaya memujuk utusan itu supaya mendiamkan perkara tersebut, lalu kepada Kisra dikatakan yang Adi telah meninggal dunia sebelum dia sampai membawa arahan Kisra itu ke hadapan Nu'man. Demikianlah berakhirnya hayat penyair Jahiliah itu. Dia mati ditikam di dalam penjara Nu'man. Jasanya tidak pernah dihargai oleh raja itu. Dia mati angkara fitnah dan tipu helah musuh-musuh Nu'man. Selepas kematiannya, hilanglah sandaran Nu'man yang paling kukuh di istana Parsi di mana tidak berapa lama selepas itu, Nu'man merasakan penyesalan yang amat sangat di atas kesilapannya itu.

Kematian Nu'man
Selepas kematian Adi, barulah Nu'man menyedari kesilapannya itu. Tersingkaplah kepadanya satu persatu rencana musuh untuk menjatuhkannya sehingga mereka berjaya menghasutnya supaya menghabiskan riwayat penolongnya yang sangat ikhlas dan berbudi. Musuh-musuh Nu'man semakin berani menentangnya secara nyata kerana dia telah hilang taringnya sebagai raja yang satu ketika dulu ditakuti oleh mereka kerana mendapat sokongan yang padu dari Adi.
Pada suatu hari Nu'man keluar berburu. Ketika itulah dia bertemu dengan seorang anak muda. Melihat sahaja bentuk wajahnya, tahulah Nu'man yang pemuda itu adalah anak kepada Adi, penyokongnya yang setia yang telah mati itu.
"Siapa kamu?" tanya Nu'man untuk menguatkan tekaannya.
"Saya Zaid Bin Adi Bin Zaid, tuanku!" jawab anak muda itu. Mereka berbual-bual. Anak muda ini seorang yang tampan dan bijaksana seperti ayahnya juga. Nu'man sangat senang hati menemui anak itu. Baginda melayan Zaid dengan baik sekali untuk menebus dosanya terhadap ayahnya dulu. Zaid sebagaimana ayahnya dan keluarga Adi yang lain mahir dalam bahasa Arab dan Parsi serta faham kebudayaan kedua-dua bangsa tersebut. Pemuda seperti Zaid ini sangat layak menjawat jawatan di Jabatan Tentera Diraja Parsi. Melihat potensi Zaid, Nu'man segera menyediakannya untuk bekerja di sisi Kisra. Dia lalu mengutus Zaid kepada Kisra selepas itu. Bersama Zaid ditulisnya surat khas kepada Kisra.
"Sesungguhnya Adi merupakan penolong maharaja yang sangat berjasa. Akan tetapi beliau telah tiada lagi kerana telah sampai ajalnya. Sayalah orang yang paling berdukacita dengan kematiannya itu. Sesungguhnya Tuhan telah memuliakan tuanku dengan menggantikan seorang yang lain pula. Telah tiba ke hadapan tuanku anakandanya yang pintar walaupun tidak sehebat ayahandanya,tetapi saya melihat beliau sangat sesuai berkhidmat untuk tuanku, lalu saya kirimkan dia. Jika tuanku suka untuknya menggantikan ayahnya maka persilakanlah." Demikian isi surat Nu'man itu. Dengan itu Zaid pun diterima menggantikan ayahnya, atas cadangan Nu'man si pembunuh ayahnya. Dengan mudah sahaja Zaid yang pintar dan berbakat itu dapat menawan hati maharaja Parsi serta meraih kepercayaannya. Sebagai orang yang dekat dengan maharaja, Zaid banyak bertemu dengan Kisra. Dia menunjukkan kerja yang sangat cemerlang. Apabila ditanya tentang Nu'man, Zaid akan memuji-muji Nu'man. Sesungguhnya di istana Parsi itu tiada siapa pun yang mengetahui bahawa Zaid sedang menunggu-nunggu peluang untuk membalas dendamnya ke atas Nu'man.
Sehinggalah pada suatu hari, Zaid merasakan telah tibalah saat yang ditunggu-tunggu itu. Maharaja Kisra dan putera-putera baginda serta beberapa ahli keluarga diraja Parsi mahu mencari bakal isteri. Seperti kebiasaannya meminta rakyat mencari gadis-gadis yang cantik dan baik untuk dikahwini. Maka Kisra menulis arahan ke seluruh pelosok tanah jajahannya supaya mencarikan gadis-gadis itu. Zaid masuk menghadap maharaja tersebut.
"Saya telah membaca sifat-sifat gadis yang tuanku kehendaki itu. Saya dari keluarga Munzir mengetahui bahawa terdapat anak-anak gadis Nu'man dan saudara-saudara perempuannya serta sepupu-sepupunya di Hirah memiliki sifat-sifat yang tuanku kehendaki itu, lebih dari dua puluh orang." Ujar Zaid.
Maharaja Kisra agak terperanjat.
"Beta tidak pernah menyangka di tanah Arab terdapat apa yang kami kehendaki itu. Jika benar demikian, tulislah arahan kepada Nu'man meminta gadis-gadis itu!"
"Akan tetapi tuanku..tentulah Nu'man tidak akan menerimanya dengan mudah. Pendirian mereka selama ini, mengahwinkan gadis-gadis mereka dengan bukan bangsa mereka sebagai kehinaan dan keaiban yang amat sangat tuanku."
"Tetapi Nu'man tidak sepatutnya menolak penghormatan kami kepadanya dengan perkahwinan ini!" Maharaja Kisra memutuskan.
menyembunyikan gadis-gadis itu daripada utusan tuanku. Atau ada kemungkinan beliau akan memberikan gadis-gadis lain daripada kaum keluarganya. Jika saya yang pergi menghadapnya tentulah dia tidak dapat berbuat begitu kerana saya sangat mengenali mereka. Jadi tuanku utuslah saya kepadanya,dan pilihlah seorang yang tuanku percayai untuk mengiringiku yang memahami bahasa Arab supaya saya dapat menunaikan hasrat tuanku itu." cadang Zaid.
Datanglah Zaid ke Hirah bersama utusan Kisra itu lalu masuk menghadap Nu'man.
"Salam sejahtera ke atas tuanku. Aku utusan Kisra menghadap tuanku. Maharaja Kisra ingin mencari gadis-gadis untuk baginda kahwini dan untuk menjadi isteri putera-putera baginda dan sebahagian lagi untuk menjadi isteri ahli keluarga diraja yang lain. Baginda memberikan penghormatan kepada tuanku untuk menjadi keluarga baginda dengan meminta gadis-gadis dari keluarga tuanku, maka ditulislah syarat-syarat gadis-gadis yang baginda inginkan itu."
Nu'man terperanjat.
"Apakah syarat-syarat gadis-gadis itu?"
Lalu Zaid pun membacakannya syarat-syarat yang dikehendaki maharaja tersebut.
"Gadis itu mestilah sederhana tinggi, berkulit bersih, bermata hitam bulat, berpipi licin, berbibir cantik, berambut lebat, berleher jenjang, berdada bidang, berpinggang ramping dan sebagainya…" Mendengar sahaja syarat-syarat maharaja itu, keluh kesahlah Nu'man dan masyghullah hati baginda.
"Apakah sudah tidak ada maha Iraq dan ain Parsi yang sesuai dengan kehendak baginda?" keluhnya kepada Zaid. Keluhan itu didengari oleh utusan di hadapan baginda.
"Apakah maha dan ain itu?" tanya utusan itu kepada Zaid di dalam bahasa Parsi.
"Kawaan!" Sahut Zaid di dalam bahasa Parsi juga. Kawaan itu bermaksud lembu liar. Zaid tahu orang-orang Arab membuat perbandingan gadis-gadis jelita itu dengan sejenis lembu liar dari kumpulan kijang yang mempunyai mata yang luas dan cantik. Jadi Nu'man tidak bertujuan menghinakan permintaan maharaja Kisra itu sebenarnya.
Utusan itu mendiamkan diri mendengarkan jawapan Zaid itu. Lalu Zaid berkata kepada Nu'man: " Sesungguhnya maharaja Kisra hanya ingin memuliakan tuanku dengan menjadikan tuanku sebahagian daripada keluarga baginda. Sekiranya baginda tahu permintaan baginda itu hanyalah menyusahkan tuanku tentulah baginda tidak menulis demikian."
Zaid dan utusan itu tinggal selama dua hari menjadi tetamu di istana Nu'man. Ketika mereka meminta izin hendak berangkat pulang Nu'man berpesan kepada Zaid: "Pohonlah kemaafan bagi pihak beta kepada maharaja wahai Zaid. Engkau pun tahu yang orang Arab tidaklah akan mengahwinkan gadis-gadis mereka dengan orang asing. Itu adalah cela yang sangat besar." Lalu Nu'man menulis kepada Kisra. " Sesungguhnya gadis-gadis yang tuanku pinta itu tiada pada saya yang sedemikian syaratnya." Apabila Zaid dan utusan itu kembali kepada Kisra di Madain, diserahkannyalah surat Nu'man itu kepada baginda. Kisra lalu membacanya.
"Nu'man tidak ada gadis-gadis itu . Bagaimana yang engkau cakapkan kepada beta tempoh hari?" Tanya Kisra kepada Zaid.
"Bukankan patik telah khabarkan kepada tuanku, mereka itu tidak akan memberikan perempuan mereka kepada orang asing. Biarpun mereka kelaparan atau bertelanjang kerana kesusahan. Mereka lebih rela mendiami bumi mereka yang terik membakar daripada harumnya bumi tuanku ini. Tanyalah utusan tuanku ini apakah yang dijawab oleh Nu'man kepada hamba ini."
"Apakah yang dikatakan Nu'man itu?" tanya Kisra kepada utusan di sisi Zaid.
"Tuanku, Nu'man berkata: Apakah tidak cukup lembu di bumi Iraq dan Parsi yang menepati kehendak baginda sehingga meminta daripada kita?"
Kisra merasa sangat marah apabila mendengar kata-kata itu.
"Agaknya si hina ini mahu menempa kehancurannya." ujar Kisra.
Kata-kata Nu'man itu tersebar ke seluruh pelosok kota sehingga sampailah ke pendengaran Nu'man. Sedarlah dia yang Zaid telah mengenakannya di hadapan Kisra sebagai membalas dendam terhadap perbuatan Nu'man kepada ayahnya dulu padahal Nu'man telah sedaya upaya melayan kedua-dua utusan itu dan menjawabnya dengan baik dan lembut. Nu'man juga telah meminta Zaid supaya memohon kemaafan daripada Kisra kerana tidak dapat memenuhi permintaannya itu. Zaid itu orang Arab, sudah pastilah dia mengetahui tentang kepantangan orang Arab. Mereka menganggap amatlah aib mengahwinkan puteri mereka dengan bangsa lain, walaupun ia seorang raja. Zaid juga sudah pastilah mengetahui bahawa orang Arab membuat perumpamaan wanita jelita seperti lembu liar, bukanlah bertujuan menimbulkan kemarahan Kisra.
Sejak itu mulalah Nu'man menjangka apa yang akan berlaku kepadanya dan menyediakan dirinya untuk menghadapi bahaya-bahaya itu. Berberapa bulan kemudian sampailah kepadanya arahan daripada Kisra menjemputnya ke istana baginda di Madain. Yakinlah ia bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya dengan jemputan itu, lalu dia keluar membawa senjata beserta harta-harta yang boleh dibawa bersama ahli keluarganya dan meninggalkan Hirah secara senyap pergi menemui Qabilah Taiy' memohon perlindungan mereka. Dia mengharapkan semoga mereka akan menghulurkan bantuan dan perlindungan memandangkan mereka itu ipar duainya. Akan tetapi Qabilah Tay' enggan melindunginya bahkan mereka berkata: "Kalaulah engkau tidak ada hubungan persaudaraan dengan kami, nescaya kami telah bunuh engkau. Kami tidak berhasrat hendak bermusuhan dengan Kisra malah kami tidak berdaya!"
Nu'man pun meninggalkan perkampungan qabilah itu lalu pergi bertemu dengan setiap qabilah Arab. Malangnya tidak ada seorang pun yang bersetuju menolongnya. Kalau ada pun yang sudi membantunya mereka itu tidak berupaya untuk berperang dengan Kisra. Kemudian Nu'man melangkah lagi sehinggalah tiba di Zi Qar iaitu sebuah jeram kepunyaan Bakar Bin Wa'el yang berhampiran dengan Kufah. Lalu tinggallah dia di kampung dijaga oleh Banu Syaiban yang berketurunan Bakar secara rahsia. Di situ Nu'man bertemu dengan Hani Bin Qubaishah Bin Mas'ud As Syaibani ketua mereka yang gagah. Nu'man lalu mengupah Hani untuk mengawalnya dan diterima baik oleh Hani.
"Engkau telah mengupahku untuk mengawalmu, maka aku akan sentiasa menjaga kebajikanmu dan melindungimu sebagaimana aku menjaga dan melindungi keluargaku serta anak-anakku. Akan tetapi aku ingin menasihatimu sekiranya engkau mahu mendengarnya."
"Apakah nasihatmu? Katakanlah?" balas Nu'man.
"Sebaiknya bagi setiap lelaki menghadapi masalahnya dengan sikap yang terbuka. Berpantang maut sebelum ajal. Jika ditakdirkan kita mati tentulah kita tidak dapat mengelaknya dengan apa cara sekalipun, ia akan mendatangi sesiapa jua. Tetapi jika engkau mati secara mulia lebih baik daripada engkau hidup dalam kehinaan. Pergilah menghadap Kisra. Bawalah bersamamu hadiah dan harta benda sebagai persembahan kepadanya. Jika baginda memaafkanmu, kamu akan kembali menjadi raja yang mulia. Jika ia tidak, kematian itu lebih baik daripada engkau merempat dalam keadaan yang hina."
Mendengar nasihat sahabat yang ikhlas itu Nu'man mengangguk-anggukkan kepala.
"Lalu bagaimana dengan keluargaku?"
"Keluargamu di bawah perlindunganku, tidak akan kubenarkan mereka diapa-apakan oleh sesiapa pun!"
"Benarlah nasihatmu itu. Aku akan mengikutinya." Putus Nu'man.
Lalu Nu'man memilih hadiah-hadiah buat Kisra. Hadiah-hadiah itu terdiri daripada kuda-kuda Arab, pakaian-pakaian Yaman serta perhiasan-perhiasan emas. Dia juga menulis surat memohon maaf dan memaklumkan Kisra bahawa ia sedang dalam perjalanan menuju istana baginda. Apabila sampai hadiah-hadiah Nu'man itu, baginda menerimanya dan mengarahkan supaya persiapan dibuat untuk menyambut ketibaannya. Nu'man pun mengucapkan selamat tinggal kepada Hani setelah mengamanahkan keuarganya beserta senjata-senjata yang dibawanya kepada ketua qabilah itu. Sesampainya Nu'man di istana Parsi, barisan-barisan hamba perempuan yang menanti segera mengelilinginya.
" Apakah sudah tiada di kalangan kita yang lebih baik buat maharaja daripada lembu Iraq?! Mendengar perkataan itu, tahulah Nu'man yang dia sudah tidak selamat lagi di istana Kisra. Di situ Nu'man bertemu dengan Zaid.
" Selamatkanlah dirimu wahai Nu'aim sekiranya boleh!" ujar Zaid dengan nada mencemuh. Dia memanggil Nu'man sebagai Nu'aim dengan tujuan menghinanya.
"Engkaulah yang merancang semua ini. Kalaulah aku hidup lagi selepas ini, nescaya aku akan membunuhmu dengan dahsyat dan akan kubawa engkau bertemu dengan ayahmu!" balas Nu'man.
" Pergilah kamu wahai Nu'aim. Aku telah sediakan kepadamu lubang yang tidak akan dapat kamu keluar daripadanya selama-lamanya.Pergilah!" Nu'man terus berjalan menuju ke pintu istana Kisra. Sebaik sahaja ia tiba di muka pintu istana, maharaja itu memerintahkan orang-orangnya menangkap dan membawanya ke penjara. Di penjara itu tamatlah riwayat Nu'man, raja Hirah itu. Demikianlah menyerahkan nasibnya yang malang itu dan balasan dendam Zaid terhadap kematian ayahnya. Akan tetapi kematian Nu'man inilah merupakan sebab utama tercetusnya peperangan Zi Qar kemudiannya.
Kemarahan Arab dan permulaan kebangkitan umat
Kematian Nu'man di penjara Kisra meninggalkan kesan yang amat mendalam pada setiap kabilah Arab yang tinggal di sempadan Iraq. Perasaan mereka bercampur baur di antara sedih dan marah. Sesungguhnya penolakan Nu'man memberikan gadis-gadisnya kepada bangsa asing adalah prinsip semua orang Arab yang melibatkan kepercayaan dan tradisi mereka. Kisra telah menipu mereka dalam hal itu dengan melontarkannya ke dalam penjara sehingga mati atau dibunuh. Baginda juga telah memerintahkan supaya segala harta-bendanya dan ahli keluarga Nu'man dirampas dan ditawan.
Kesedihan Arab terhadap peristiwa yang menimpa Nu'man diabadikan oleh bait-bait syair para penyair qabilah-qabilah Arab. Para penyair pada ketika itu ibarat lisan pendapat umum di Semenanjung Tanah Arab. Antara mereka ialah Nabighah Az Zubyani, penyair jahiliah yang teragung. Dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Nu'man dahulu. Kepada Nu'man ditujukam syair-syair madh dan i'tizar. Ketika Nabighah mendapat berita tentang pembunuhan Nu'man dia berkata: "Baginda menentang masa." lalu mengucapkan bait-bait syair yang menyedihkan ini:
Sesiapa yang menentang masa akan dicengkam kukunya
Masa adalah keanehan yang tidak disuka
Meski manusia yang punya darjat dan mulia ingin menentangnya
Akan diheret ia umpama serigala mengheret mangsa.
Bait di atas bermaksud, masa itu ganas dan liar. Apabila ia hendak menerkam seseorang akan dicengkamnya dengan kukunya tanpa takut seseorang membalas dendam. Jika ada antara semua manusia mahu menyerang masa walaupun ia seorang yang berdarjat mulia, mereka akan diseret umpama serigala menyeret mangsanya.
Selain itu, seorang penyair agung jahiliah yang lain iaitu Zuhair Bin Abi Sulma Al Muzani meratapi kematian Nu'man Bin Al Munzir. Beliau cuba menggambarkan pengkhianatan orang-orang terdekatnya. Mereka juga mengasingkan diri daripadanya sedang baginda memuliakan mereka dengan pemberian-pemberian yang banyak:
Tidakkah kamu lihat Nu'man mesti diselamatkan?
Dan hidup jika seseorang menyelamatkannya
Belum pernah kulihat sebegitu
Ketika dia menyelesaikan kekusutan bersendirian
Di manakah mereka yang selama ini mendapat pemberiannya?
Kuda-kuda beserta tali penambatnya yang indah
Di manakah mereka yang menghadiri majlis santapannya?
Apabila diminta mereka membiarkannya
Aku tidak lihat mereka menolongnya dengan jiwa
Apabila mereka melihat kematian tiba.

Kesedihan dan ratapan terhadap pemergian Nu'man kemudiannya bertukar menjadi ombak yang tinggi dan menenggelamkan serta dipenuhi kemarahan apabila Kisra mengutuskan wakilnya yang baru di Hirah iaitu Iyyas Bin Qubaishah At Taa'i supaya mengumpulkan harta benda Nu'man dan dihantar kepada baginda. Iyyas lalu menghantar utusan kepada Hani As Syaibani memintanya supaya diserahkan semua harta-benda Nu'man yang terdiri dari senjata-senjata dan baju-baju besi dan lain-lain. Dia menulis surat kepada Hani mengancam dan mengugutnya: " Janganlah memaksaku untuk menghantar tentera kepadamu dan kaummu yang kelak akan memerangi kaum lelakimu dan merampas anak-anak kamu!"
Lalu surat itu dijawab oleh Hani: " Apa yang sampai kepadamu semuanya palsu. Tiada apa yang kusimpan sedikit atau banyak akan kuberikan kepadamu. Aku akan jadi seorang lelaki yang amanah iaitu mengembalikan kepada mereka yang berhak. Atau aku akan jadi seorang lelaki yang tertipu, tidaklah patut dia mendengar kata-kata musuh atau orang yang dengki!"
Kepada Kisra disampaikan keengganan Hani as Syaibani untuk menyerahkan harta benda Nu'man itu. Kisra merasa marah dan bertekad untuk membalas dendam dan menghancurkan qabilah Hani. Mendengar tekad Kisra itu, Bani Syaiban merasa marah. Begitu juga dengan Bani Bakar Bin Wa'el lalu beberapa lelaki dari kalangan mereka merempuh pedalam dan perbatasan kerajaan Parsi dengan rempuhan yang cepat. Mereka kembali ke perkampungan mereka membawa harta rampasan. Orang-orang Parsi yang mendiami kawasan sempadan merasa gusar dengan tindakan mereka itu lalu mengadu kepada Kisra. Lalu baginda menghadiahkan kepada salah seorang dari pembesar Bani Syaiban sebuah pekan iaitu Ubullah yang terletak di tebing Sungai Dajlah, Basrah dan sekitarnya. Pembesar itu bernama Qis Bin Mas'ud As Syaibani. Qis akan menjamin agar Bani Bakar tidak merempuh masuk ke dalam pedalaman Iraq serta tidak merampas lagi. Qis telah memberikan barang-barang yang iaitu tamar, kain kapas kepada Bani Bakar untuk mengelakkan mereka daripada memasuki pedalaman Iraq. Akan tetapi dia tidak dapat menahan mereka daripada terus memasuki sempadan kerajaan Parsi. Perkara ini menambahkan kemarahan Kisra. Semakin geramlah baginda terhadap mereka apabila dia mengetahui Qis tidak dapat mengawal bangsanya.
Kisra bermesyuarat dengan wakil Hirah iaitu Iyyas Bin Qubaishah At Taa'i untuk memberi pengajaran keatas Bani Bakar. Iyyas mencadangkan supaya baginda menghantar para perisik terlebih dahulu dan menunggu ketika yang sesuai ketika mereka alpa untuk bertindak. Kisra merasa marah dengan jawapan itu lalu menuduhnya.
" Kamu lelaki dari kalangan Arab. Bakar Bin Wa'el itu merupakan bapa-bapa saudara kamu. Tentulah kamu menyebelahi mereka dan menasihati mereka!" kata Kisra. Pada masa itu Kisra juga sekutu yang rapat dengan baginda iaitu seorang lelaki Arab dari Bani Taghlib. Dia ialah Nu'man Bin Zar'ah. Bani Taghlib dan saudara maranya dari sebelah bapa mereka iaitu Bani Bakar mempunyai permusuhan dan dendam di kalangan mereka. Nu'man Bin Zar'ah dari Bani Taghlib itu mendapat peluang ketika itu untuk menghancurkan Bani Bakar lalu dia mencadangkan satu perkara yang menggembirakan baginda.
" Patik tunjukkan kepada baginda tuanku akan pembohongan Bakar itu dan cara untuk tuanku membalasnya. Tuanku tunggulah sehingga tiba musim panas. Pada musim itu selalunya mereka akan bertumpu di dalam sebuah wadi kepunyaan mereka yang disebut Zi Qar seperti kelkatu menghurung cahaya. Di situ kelak bolehlah tuanku menyerang mereka dan membalas sebagaimana yang tuanku suka." kata Nu'man Bin Zar'ah.
Kemudian si pendengki Nu'man itu tinggal di istana Kisra sehinggalah tiba musim yang tersangat terik panasnya untuk membalas dan menghancurkan Bani Bakar itu. Raja Kisra kemudian membuat perancangan untuk menghapuskan Bani Bakar keseluruhannya serta merampas harta benda Nu'man Bin Munzir, raja Hirah dahulu. Di samping itu, baginda juga mahu membersihkan sempadan kerajaannya daripada gangguan Arab itu.
Perancangan yang teratur telah siap diteliti. Baginda yakin dapat menghapuskan Bani Bakar sedikit masa lagi! Akan tetapi Kisra sedar dan tidak melihat tanda-tanda kemarahan Bani Bakar dan permusuhan serta pemberontakan mereka. Baginda tidak arif di sebaliknya semua itu, akan ada kebangkitan umat yang telah lama tersedar dari lena yang panjang. Tibalah masanya sekarang mereka bangun dari tidur yang nyenyak itu.

Angkatan Tentera Parsi Mara ke Zi Qar

Musim panas telah tiba. Panasnya semakin hari semakin mencengkam kulit. Keadaan ini mendorong Bani Bakar berlindung di wadi mereka di Zi Qar. Mereka keluar dari rumah mereka dan singgah di Hinwi yang terletak kira-kira satu malam perjalanan dari Zi Qar. Kisra yang mendengar berita itu memerintahkan angkatan tentera baginda mara ke jeram Zi Qar. Angkatan tentera Parsi itu terdiri daripada orang-orang Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan mereka.
Kisra melantik wakilnya di Hirah iaitu Iyyas Bin Qubeishah At Taa'i sebagai panglima tertinggi dan mengetuai dua batalion tentera iaitu katibah syahba' dan katibah dowser . Orang-orang Parsi menjadikan kedua-dua katibah itu di bawah orang-orang mereka di Hirah dan sekitarnya sama seperti Nu'man Bin Al Munzir sendiri mentadbir keselamatan negerinya dahulu. Para tentera bagi katibah syahba' terdiri dari kalangan orang-orang Parsi manakala katibah dowser pula terdiri dari orang-orang Arab Tanukh iaitu dari kalangan Arab Munazarah Al Lakhmiyin. Kisra menugaskan panglima Parsi iaitu Hamarz Tustari untuk mengetuai seribu tentera berkuda Asawirah. Pasukan ini adalah kumpulan pejuang serta pemanah yang mahir dan terpilih dari kalangan tentera pemanah Parsi. Kepada seorang lagi panglima Parsi, Khanabzen baginda meletakkan seribu lagi tentera berkuda. Kedua-dua panglima ini mempunyai pengalaman dalam bahagian yang ditugaskan itu. Mereka juga pernah bertugas di gudang senjata di Iraq dan sempadan Arab-Parsi.
Panglima-panglima Arab bersekutu pula iaitu, Khalid Bin Yazid Al Bahrani ditugaskan oleh Kisra memim[in tentera dua qabilah; Qudha'ah dan Iyyad. Nu'man Bin Zar'ah At Taghlabi diarahkan memimpin qabilah Taghlib dan Namir. Gabenornya di Ubullah iaitu Qis Bin Mas'ud As Syaibani diarahkan memimpin tentera dari kaumnya sendiri. Tentera Arab dalam angkatan Parsi itu berjumlah 3000 orang. Tentera-tentera Parsi itupun berjumlah sama seperti itu. Bala tentera itu mara ke Zi Qar untuk melaksanakan tugas yang telah dirancang oleh Kisra.
Sebelum itu, Kisra berpesan kepada bala tentera yang bergerak itu , apabila mereka telah sampai di kawasan kediaman Bani Bakar itu hendaklah mereka mewakilkan Nu'man Bin Zar'ah At Taghlabi menemui penduduknya supaya mereka memilih antara tiga perkara:
  1. Menyerah diri tanpa syarat untuk dihukum oleh Kisra mengikut kehendaknya. Kisra mahu mereka menyerahkan senjata-senjata Nu'man dan simpanannya. Bani Bakar mestilah menyerahkan juga seratus orang anak-anak mereka kepada Parsi. Ia adalah sebagai jaminan mereka tidak akan menceroboh kawasan pedalaman Iraq dan mengawal orang-orang mereka dari membuat kekacauan di sempadan Parsi.
  2. Mengosongkan tanah-tanah mereka dan keluar dari perkampungan mereka.
  3. Berperang, Parsi telahpun melontarkan keatas mereka angkatan tentera yang teramat banyaknya!
Akan tetapi berita kemaraan angkatan tentera Parsi ke Zi Qar telah diketahui oleh Bani Bakar sebaik sahaja pasukan itu bertolak. Hindun Binti Nu'man Bin Al Munzir telah menghantar utusan kepada Bani Bakar itu mengkhabarkan mereka tentang kemaraan tentera musuh itu ke Zi Qar. Dia berbuat begitu supaya mereka bersiap sedia dan brhati-hati agar tidak diserang ketika mereka leka.
Yang peliknya, angkatan tentera Parsi itu turut disertai oleh Qabilah Taghlib dan Namir dengan pimpinan Nu'man Bin Zar'ah untuk memerangi Bani Bakar. Bani Bakar adalah keluarga keturunan bapa-bapa saudara dari sebelah bapa mereka. Meskipun begitu Nu'man sanggup melakukan tugas kejinya itu iaitu berkhidmat kepada bangsa asing. Dialah yang mencadangkan kepada Kisra supaya mengambil tindakan ketenteraan keatas Bani Bakar pada musim panas di Zi Qar iaitu dengan menghapuskan mereka yang bertumpu ke wadi itu. Malah tidak sekadar itu, dia juga yang membawa amaran Parsi yang terakhir itu sebelum dibinasakan oleh bala tentera tersebut. Ini tidak lain kerana perasaan kasihkan bangsa masih belum mendalam pada jiwa orang-orang Arab pada ketika itu. Mereka belum boleh melupakan hasad dengki dan perselisihan dalaman dan permusuhan peribadi demi menghadapi ancaman bangsa asing.

Pengumpulan Qabilah Bakar

Apabila Bani Syaiban menerima berita kemaraan tentera Parsi kearah Zi Qar, Hani As Syaibani mengirimkan berita tersebut kepada Qabilah Bakar. Qabilah Bakar kemudiannya berkumpul di jeram-jeram Zi Qar sehingga kesemuanya bertemu kecuali Bani Hanifah di mana riwayat menyatakan peperangan Zi Qar tidak disertai oleh seorang pun dari kalangan Bani Hanifah Al Bakriyin. Pada masa itu, terdapat tiga orang pemimpin bagi Bani Bakar yang mana mereka ini kesemuanya pahlawan-pahlawan perang yang terkemuka. Mereka ialah Hani Bin Qubaishah Bin Mas'ud As Syaibani, Yazid Bin Mushar As Syaibani dan Handzalah Bin Tsa'labah Al 'Ijli. Selain itu qabilah-qabilah Bakar juga terkenal dengan kepahlawanan mereka yang masyhur antaranya ialah:
  1. Bani Syaiban: Pahlawan-pahlawan mereka sangat diharap-harapkan di medan peperangan. Mereka berperang bersungguh-sungguh dan bermati-matian khususnya pada peperangan Zi Qar.
  2. Bani 'Ijli: Pemimpin mereka Handzalah Bin Tsa'labah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membangkitkan semangat qabilah-qabilah itu untuk berjuang di Zi Qar. Dia menolak pilihan untuk menyerah diri dan keluar dari perkampungan mereka malah terus berazam menentang kemaraan musuh itu sehinggalah berjaya.
  3. Bani Yashkur: Pemimpin mereka Jabalah Bin Ba'ith Al Yashkuri.
  4. Bani Zuhal: Pemimpin mereka Al Harith Bin Wa'lah Az Zuhali.
  5. Bani Taim Al Lat atau Bani Al Lahazim: Pemimpin mereka Al HArith Bin Rabi'ah At Taimi.
Para pemimpin itu kemudian mula mengkaji kedudukan di kawasan itu. Ketika Nu'man At Taghlabi datang kepada mereka membawa amaran Kisra itu dengan meminta mereka memilih salah satu dari tiga perkara iaitu sama ada menyerah diri, mengosongkan kediaman, atau berperang, dia menasihatkan mereka Bani Bakar supaya menyerahkan sahaja harta benda Raja Nu'man itu beserta senjata-senjatanya kepada Kisra. Beliau juaga menasihatkan mereka supaya menyerahkan seratus orang anak-anak mereka kepada maharaja itu. Sesungguhnya telah datang kepada merekabala tentera Parsi dan Arab yang bersekutu dengan mereka. Menurutnya adalah lebih baik mereka mengorbankan sebahagian anak-anak mereka daripada dimusnahkan keseluruhannya!
Bani Bakar mendenagr sahaja amaran Parsi itu dan juga nasihat utusannya.
" Kami akan fikirkan urusan kami dan kami akan khabarkan kepada engkau keputusannya." kata mereka kepada Nu'man At Taghlabi.
Sekarang mulalah mereka mengkaji kedudukan di medan. Para pemimpin dan orang-orang kenamaan mereka berkumpul di dalam satu mesyuarat tentang perkara tersebut sedalam-dalamnya. Ternyatalah kebanyakan mereka tidak mampu untuk menentang bala tentera musuh itu dan juga mereka tidak mampu untuk menghalaunya. Di hadapan mereka sekarang hanya ada dua pilihan sama ada mengosongkan perkampungan mereka ataupun menyerah diri tanpa syarat kepada musuh!
Hani As Syaibani pula mahu memutuskan sendiri perkara itu dengan pendapatnya dalam memilih di antara dua perkara tersebut.
" Wahai Bani Bakar, sesungguhnya kehilangan harta benda itu lebih baik dari kemusnahan. Keluar dari perkampungan dan pergi ke gurun lebih baik bagi kita dari menyerah diri!" katanya kepada sidang mesyuarat itu.
Handzalah Al 'Ijli bangun dengan marah.
" Allah sangat benci pendapat begini. Demi Allah, belum lagi orang-orang Parsi itu memijak jeram Zi Qar ini aku telah mendengar suara itu! Tidak ada jalan lain bagi kita selain berperang! Jika kita berpindah dari kampung kita dan memasuki gurun sahara kita akan mati kehausan. Kita akan bertembung dengan Bani Tamim yang akan menghancurkan kita. Sekiranya kita menyerah diri, kaum lelaki kita akan dibunuh manakala anak-anak kita akan ditawan. Tiada jalan lain lagi wahai Bani Bakar selain berperang. Kita akan mati dalam keadaan mulia atau kalau hidup juga dalam keadaan yang mulia dan gagah! Wahai Bani Bakar, tiada perpindahan dan juga penyerahan!" kata Handzalah dengan penuh bersemangat. Begitulah dia berusaha melahirkan semangat kebangkitan Qabilah Bakar serta meniupkan semangat untuk menentang dan berjuang. Akhirnya mesyuarat itu pun sebulat suara bertekad untuk berperang.
" Kalaulah engkau bukan seorang wakil, pastilah engkau tidak pulang kepada orang yang mengutuskanmu dengan selamat!" kata Handzalah kepada Nu'man At Taghlabi.
Nu'man kemudian kembali kepada rakan-rakannya dan memberitahu mereka tentang keputusan Bani Bakar itu. Kedua-dua pihak bermalam di Zi Qar, bersiap sedia untuk memasuki peperangan penentuan.
Syair-syair Arab mula memainkan peranan menghebah dan mengagung-agungkan persediaan peperangan dan tekad waja bangsa mereka itu. Syair-syair itu digubah oleh penyair agung Bani Bakar iaitu Al A'sya. Namanya yang sebenar ialah Maimun Bin Qis. Dia mengucapkan bait-bait syair yang berbentuk ancaman dan amaran:
Siapakah yang ingin menyampaikan bait-bait
syairku yang terkenal kepada Kisra?
Aku bersumpah,
takkan kami serahkan anak-anak kami
galang ganti, kelak kan binasa
seperti mereka yang telah dibinasa
Duduklah di tempatmu wahai raja mahkota
Janganlah cetuskan pada kami hina dan hamba
Sepanjang usia nendamu jika melihat
perhimpunan kami
kan nyata bantuan yang banyak
Sekira kita bertembung di medan
Kau kan bertembung sial dan durja
Lihatlah kuda-kuda di sekitar rumah kami
juga lembing tombak tersandar
bersedia semua menghadapinya

Selain bait-bait di atas, di dalam Dewan Al A'sya terdapat beberapa qasidah yang diucapkannya semasa peperangan Zi Qar. Bait-bait syair itu melontarkan banyak senario perjalanan peperangan tersebut dari awal sehinggalah ke akhirnya.

Persiapan Untuk Peperangan Penentuan

Qabilah Bakar tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersiap sedia kecuali beberapa ketika yang sangat pendek. Dalam tempoh yang sekejap itu mereka mestilah menyempurnakan persiapan tersebut sebelum bertembung dengan pasukan musuh. Sepanjang malam tersebut menyaksikan pasukan Bani Bakar bergerak ke markaz mereka untuk menempuh peperangan keesokan paginya.
Pada tengah malam, di bawah tabir kegelapan, Qis Bin Mas'ud As Syaibani (gebenor Kisra di Ubullah) menyelinap keluar dari markaz pasukan Parsi. Dia berjalan menghala ke khemah kaumnya Bani Syaiban dan bertemu dengan pemimpin mereka iaitu Hani Bin Qubaishah dan membuka rahsia-rahsia bala tentera musuh itu dari segi bilangannya, kekuatannya, senjatanya serta perancangan yang disediakan untuk menghadapi pertempuran esok. Lalu dia memberi panduan kepada Bani Syaiban apa-apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Malah dia juga memberikan mereka semangat supaya bersabar dan bertahan ketika bertembung . Kemudian dia kembali ke khemahnya di markaz angkatan tentera Parsi. Dengan sebab itulah Bani Syaiban dapat mengetahui rahsia-rahsia musuh dan kelengkapan serta perancangan mereka.
Pada tengah malam itu juga, telah sampai ke markaz Bani Bakar, utusan dari qabilah Iyyad yang sebelum itu telah menyertai angkatan tentera Parsi ke Zi Qar.
" Yang mana satukah yang kamu sukai wahai Bani Bakar? Adakah kamu mahu pasukan Iyyad meninggalkan Pasukan Parsi pada malam ini juga? Ataupun mereka tetap di situ dan kemudian meninggalkan medan ketika bertempur keesokan harinya?" tanya utusan itu.
Bani Bakar mengkaji keadaan lalu mereka kemudiannya membuat keputusan supaya kekal di dalam pasukan Parsi itu dan berpura-pura kalah. Pada Bani Bakar ketika itu terdapat sekumpulan tawanan dari qabilah Tamim. Bilangan mereka hampir dua ratus orang. Yang paling ramai ialah dari kalangan Bani Rayyah Bin Yarbu'. Apabila tawanan itu merasakan Qabilah Bakar benar-benar perlu membuat persediaan pada malam tersebut untuk menghadapi pertempuran keesokan paginya, mereka lalu meminta untuk menyertainya.
" Lepaskanlah kami berperang bersamamu wahai Bani Bakar. Kami akan mempertahankan diri kami sendiri." ujar mereka.
" Tetapi kami bimbang kamu tidak akan menolong kami, malah akan melarikan diri!" kata Bani Bakar.
" Biarlah dibuat tanda kepada kami ketika berperang. Dari tanda itu kamu akan mengetahui kedudukan, kesabaran, keteguhan dan kegunaan kami nanti !" kata mereka.
Cadangan itu dipersetujui oleh Bani Bakar lalu mereka memberi peluang kepada kumpulan Bani Tamim Al Mudhariah itu menyertai peperangan untuk memberi menempa kejayaan dan kemuliaan di medan Zi Qar itu di samping Bani Bakar. Mereka juga berharap kan merealisasikan cita-cita Arab untuk mencatat sejarah memenangi peperangan dengan Parsi.
Handzalah Bin Al 'Ijli pula merasakan senjata-senjata yang ditinggalkan oleh Nu'man kepada Hani As Syaibani dahulu boleh membantu Bani Bakar sekiranya diagihkan kepada mereka.
" Wahai Abu Umamah, sesungguhnya amanah kamu, adalah amanah kami juga. Musuh-musuh tidak akan memusnahkan kamu sahaja melainkan kami semua. Keluarkanlah pakaian perang dan senjata yang dititipkan kepada engkau itu. Agihkanlah kepada kaummu untuk berperang esok. Sekiranya kita menang, barang itu akan dikembalikan kepadamu. Sekiranya kita kalah, barang-barang itu pasti hilang selepas kita tiada!" cadang Handzalah kepada Hani.
Hani menerima cadangan itu lalu dia memerintahkan supaya dikeluarkan senjata dan pakaian perang itu dan diagihkan kepada pejuang. Kesemua 800 helai pakaian besi termasuk topi dan ada riwayat mengatakan 7000 ribu kesemuanya. Bilangan senjata lebih banyak dari itu. Kesemuanya diagih-agihkan sesama mereka menjadikan Bani Bakar lebih gagah dan bersedia.
Sekali lagi pemimpin-pemimpin Bani Bakar berkumpul untuk mengkaji perancangan perang serta menyempurnakan pembahagian tugas setelah mengetahui rahsia-rahsia musuh.
" Pasukan berkuda Asawirah itu mahir menombak dan memanah. Panah-panah mereka sangat menepati sasarannya. Jalan yang sebaik-baiknya untuk memerangi mereka dengan mengelak dari berhadapan dengan mereka, sebaliknya kita hendaklah membahagikan pasukan berkuda kita kepada beberapa unit. Setiap unit terdiri daripada beberapa orang tentera berkuda. Apabila tentera Asawirah itu meluru dan menyerang satu unit, maka unit lain akan memperhebatkan serangannya dan mengusir mereka dari kedudukan mereka." cadang salah seorang daripada mereka.
Bani Bakar merasakan mereka perlu membawa lebih banyak bekalan air. Lalu mereka mengangkut dan menyimpan air yang cukup untuk mereka kira-kira setengah bulan. Ketika itu musim panas. Kebiasaannya, kepanasan pada siang hari sangat melampau. Keadaan itu tentulah membuatkan pasukan mereka akan memerlukan lebih banyak air untuk minum serta menyejukkan badan ketika saat genting keesokannya.
Begitulah Bani Bakar menghabiskan malam mereka. Mereka terus menerus bermesyuarat untuk menghadapi peperangan keesokan paginya. Mereka berbincang dan merancang hasil dari pendapat-pendapat yang bernas dan pengalaman-pengalaman lepas dari kalangan mereka. Beberapa jam bermesyuarat, akhirnya mereka telah dapat membuat perancangan dan persediaan yang kemas dan teratur. Dengan itu, semangat dan keazaman mereka untuk bertempur semakin menebal dan membara.
Matahari pagi berikutnya telah memancar dan menyimbah cahayanya yang gemilang ke atas bumi Zi Qar. Kedua-dua bala tentera telah memenuhi wadi itu. Sejarah memanjangkan riwayatnya di tanah Zi Qar untuk menyaksikan detik-detik peperangan penentuan di antara Parsi dan Arab itu. Begitu juga, sejarah akan menyaksikan kepahlawanan dan kehebatan yang tersingkap di medan itu.

Peperangan
Pada pagi peperangan angkatan tentera Parsi serta pasukan bersekutu mereka mara ke wadi Zi Qar untuk mengambil tempat masing-masing di medan. Mereka berbaris di hadapan qabilah Bani Bakar seperti berikut: Pasukan tengah atau ibu pasukan diletakkan di bawah panglima tertinggi angkatan iaitu Iyyas Bin Qubaishah At Taa'i bersama dua batalion tentera pimpinannya iaitu katibah Syahba' dan katibah dowser. Di situ juga ditempatkan panglima-panglima Arab bersama tentera bersekutu. Di sayap kanan berdiri Hamarzu dan pasukan berkuda Asawirah dan di sayap kiri Khanabzen yang juga bersama pasukan berkuda Asawirah. Sesetengah ahli sejarah seperti Tabari dan Ibnu Al Athir menyatakan Parsi juga membawa pasukan bergajah mereka di dalam pertempuran itu. Akan tetapi, dari pemerhatian kami tidak terdapat kronologi Ibnu Abdi Rabbih dan juga di dalam syair-syair Al A'sya atau penyair-penyair lain yang menyatakan tentang gajah-gajah atau isyarat kepada penggunaan binatang itu semasa peperangan Zi Qar di dalam bait-bait syair mereka.
Qabilah Bakar pula telah membahagikan kedudukan pasukan mereka seperti berikut: pasukan tengah atau ibu telah berkumpul tentera dari pelbagai puak dipimpin oleh Hani Bin Qubaisah As Syaibani. Bersama mereka juga pejuang-pejuang tawanan Tamim. Di sayap kanan berdiri Bakar Bin Yazid Bin Mashar As Syaibani memimpin sekumpulan Bani Syaiban. Di sayap kiri Handzalah Bin Tsa'labah Al 'Ijli memimpin pasukan Bani 'Ijli. Qabilah Bakar juga telah membuat sebuah tempat persembunyian di belakang kedudukan bala tentera Parsi iaitu di sebuah tempat yang bernama Al Khabi'. Tempat persembunyian itu dipimpin oleh Yazid Bin Himar As Sakuni, seorang sekutu Bani Syaiban. Dialah yang mencadangkan supaya di buat tempat persebunyian itu. Mereka lantas menerima cadangannya itu untuk menyempurnakan kepungan terhadap bala tentera Parsi serta sekutu-sekutunya dari dua arah iaitu di dua tebing wadi itu. Ini juga bertujuan menyekat pasukan musuh untuk mendapatkan bekalan air supaya mereka mati kehausan!
Sejak awal pagi lagi, setiap pasukan Bani Bakar itu telah mengambil kedudukan yang ditetapkan kepada mereka di medan pertempuran mengikut perancangan yang telah disusun pada malamnya. Masing-masing telah bersedia untuk memasuki peperangan dengan penuh semangat, sabar dan bersedia untuk menghadapi maut. Di belakang setiap qabilah itu terdapat sekedup-sekedup wanita seperti kebiasaan Arab ketika berperang. Handzalah Al 'Ijli, iaitu panglima yang paling gagah di Zi Qar supaya bala tentera mereka mengikut jejak langkahnya yang bertekad untuk tetap berperang sehingga terkorban. Lalu diarahkannya supaya dibina sebuah kubah atau khemah khas untuknya di tempatnya iaitu di sayap kiri. Dia bersumpah tidak akan lari dari medan sehinggalah kubah itu lari! Kemudian dia pergi meronda di tempat kaum perempuan, lalu dicantasnya tali-tali pengikat sekedup mereka. Terjatuhlah wanita-wanita itu dari sekedup-sekedup mereka ke atas tanah. Kaum Bani 'Ijli menapak ke arah pemimpin mereka lalu Handzalah melaung kepada mereka: "Wahai saudara sekalian, setiap kamu mestilah berperang sehingga maut. Akulah yang akan mendahului kamu!" Mulai saat itu Handzalah digelar "pemotong tali sekedup". Dia berbuat begitu supaya kaum lelaki tidak akan melarikan diri kerana wanita-wanita mereka tetap berada di situ. Dengan itu, mereka akan berjuang untuk mempertahankan perempuan-perempuan serta anak-anak mereka hinggalah ke titisan darah yang terakhir.
Bani Bakar melihat apa yang telah dilakukan oleh Handzalah itu. Semangat juang pun tumbuh melata di jiwa mereka dan kesedaran pun menyala di dalam dada. Lalu bergemalah suara-suara para pemidato meniupkan semangat, keazaman dan kesabaran ke dalam setiap diri tentera di celah-celah barisan itu.
Hani Bin Qubaishah As Syaibani pun tidak ketinggalan memberikan ucapannya:
" Wahai bangsaku, kehancuran yang ditakdirkan lebih baik dari keselamatan dengan penuh kehinaan. Sesungguhnya berhati-hati itu tidak dapat menolak takdir, kesabaran itu punca kemenangan. Menghadapi ajal itu lebih baik dari menolaknya. Menikam dari hadapan lebih baik dari menikam dari belakang. Wahai bangsaku, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, kamu akan terlepas dari binasa. Wahai Bani Bakar, teguhkan azammu dan bersedialah. Jika tidak kamu akan dilanyak dan ditolak."
Mereka yang mendengar ucapannya itu lalu mengiakannya dengan suara yang kuat. Hingar bingarlah suasana. Lalu 700 orang tentera dari kalangan Bani Syaiban telah memotong lengan baju mereka agar memudahkan pergerakan mereka untuk mencantas dengan pedang atau menikam dengan lembing. Kini, semangat Bani Bakar sudah berada di paras yang maksima. Riak-riak bara ternyata di wajah masing-masing.
Kemudian bangun pula Syuraik Bin 'Amru lalu berucap di hadapan mereka:
" Wahai bangsaku, kamu mengagumi musuh-musuhmu kerana kamu memandang mereka lebih banyak dari kamu. Begitu juga kamu pada pandangan mereka. Kamu mestilah bersabar dan bertahan. Wahai Bani Bakar, maralah kamu, jangan undur!"
Kata-kata Syuraik itu merujuk kepada perbezaan bilangan tentera di antara dua pasukan itu. Bilangan Bani Bakar ternyata sangat sedikit dari bilangan tentera Kisra.
Apabila kedua-dua bala tentera semakin dekat, Handzalah Al 'Ijli sekali lagi menyeru Bani Bakar: " Wahai Bani Bakar, panah-panah itu akan memecah-belahkan kamu, hindarilah daripadanya dan kejarlah mereka itu supaya berdepan dan perangilah mereka dengan gagah!" Kemudian dia mara ke hadapan sambil berpuisi:
Telah bersungguhlah penolong-penolongmu
Kamu pun mesti bersungguh
Pada busur ada tali yang kukuh
seperti betis unta atau lebih dari itu
Kematian itu tidak dapat ditolak
diri kutebus demi kamu dan ayah

Kemudian anaknya, Yazid Bin Handzalah Al 'Ijli meneruskan puisinya pula:
Siapa yang melarikan diri
dia telah lari dari perempuan dan rakan taulan

Manakala kaum perempuan yang berada di belakang barisan mereka pula telah keluar dari sekedup-sekedup mereka lalu menyertai Yazid dengan memberikan semangat dan menggalakkan para lelaki mereka. Salah seorang perempuan kedengaran melaung: " Jika kamu mara, kami kan mengucup
dan bentangkan bantal-bantal
Jika kamu lari, kami kan menjauh
berpisah tidak bertemu lagi"
Kata-kata itu bermaksud, jika kamu bertahan dan mengalahkan musuh kamu, kami akan menyambutmu dengan ciuman serta membentangkan bantal-bantal. Akan tetapi jika kamu melarikan diri, kami akan berpisah denganmu dan membencimu kerana kami akan menjadi tawanan musuh kamu.
Telah sempurnalah juga pasukan Kisra mengambil tempat mereka di medan itu. Kedua-dua pasukan sekarang berhadap-hadapan wajah mereka. Bala tentera kedua-duanya berdesas-desis di belakan panglima mereka. Suasana hingar bingar memenuhi angkasa Zi Qar. Biji-biji mata meninjau-ninjau medan pertarungan di hadapan mereka ketika muncul dari sayap kanan Parsi seorang tentera berkuda dari pasuka Asawirah Hamarz. Di telinganya tergantung dua subang seperti dua biji mutiara menandakan dia seorang yang mulia dan mempunyai kedudukan. Dia berjalan-jalan ke tengah medan dan mencabar musuhnya supaya keluar bertarung. Kemudian dia mendekati sayap kanan Bani Bakar dan melaung kepada mereka dalam bahasa Parsi: " Mard, mard!"
Seorang pun antara Bani Bakar tidak keluar menyahut cabaran itu, seolah-olah mereka tidak memahami kehendaknya. Dia melangkah lagi dan mengulang kali kedua.
" Apakah yang dia mahukan? Apakah yang dikatakan?" tanya Yazid Bin Harithah Al Yashkuri.
" Dia mencabar supaya kita keluar. Seorang lawan seorang!" jawab seseorang.
" Cis, tidak sedar diri!" cemuh Yazid lalu dia keluar menemuinya. Lantas ditarik lembingnya dan dihamburnya sepantas kilat. Lembing itu tepat mengenai perut lawannya dan mematahkan tulangnya. Lelaki itu terhoyong-hayang lalu terjatuh ke atas tanah. Yazid melompat ke atas tubuhnya lalu ditarik perhiasannya dan dirampas senjatanya. Dia kemudian kembali ke barisan Bani Yashkur disambut oleh hingar-bingar jeritan Bani Bakar kekaguman.
Pasukan Parsi pula terdiam, mereka baru kaget dengan peristiwa yang baru beberapa saat pertama yang berlalu itu. Baru beberapa saat seorang tentera Asawirah mereka yang gagah telah dibunuh! Apabila melihat keadaan itu, panglima sayap kanan Parsi, Hamarz merasa sangat marah. Dia melangkah keluar dengan kudanya ke tengah medan dan mencabar: " Mard, mard!" laungnya pula.
Yazid berpatah balik ke tengah lapangan dan berhadapan dengan Hamarz. Dia mula menyerangnya sehinggalah dia berjaya menangkapnya lantas dibunuhnya. Sementara sesetengah riwayat pula menyebut pembunuh Hamarz ialah Haufazan As Syaibani dari Bani Zuhal. Apapun, yang pastinya mayat Hamarz telah pun terbujur berlumuran darah di situ. Bertambah-tambahlah semangat Bani Bakar, sementara bala tentera Parsi pula berubah muka mereka menjadi pucat lesi. Sebelum pasukan Asawirah itu mula melontarkan panah mereka, Handzalah sekali lagi mengingatkan kaumnya seperti yang diingatkannya semalam.
" Wahai keluarga Bakar, janganlah kamu berdiri berhadapan musuhmu, nanti mereka akan hujani kamu dengan panah-panah dan memecahbelahkan barisan kamu. Seranglah mereka sekaligus dan tepat. Seranglah pasukan Asawirah itu. Hancurkanlah mereka dengan lembing dan pedang kamu!" kata Handzalah mengingatkan.
Maka Bani Bakar pun meluru dan menyerbu pasukan Parsi. Mereka bertempur. Serangan yang pertama dilakuka oleh Handzalah ke atas sayap kanan Parsi. Bisa mereka telah hilang dan semangat mereka semakin luntur kerana panglima mereka, Hamarz telah terbunuh. Sayap kanan Bani Bakar pula menyerbu sayap kiri Parsi manakala pasukan tengah mereka bertempur dengan pasukan tengah Parsi. Kedua-dua pasukan telah bercampur aduk kesemuanya.
Ketika itu, pasukan yang bersembunyi juga telah mara dipimpin oleh Yazid As Sakuni. Mereka menyerang dari belakang tentera-tentera Parsi. Telah sempurnalah pengepungan itu dari dua jihat. Pertempuran berterusan dengan pahlawan-pahlawan mereka saling berbunuhan. Handzalah akhirnya dapat menangkap Khanabzen iaitu panglima sayap kiri Asawirah lantas membunuhnya. Bani Bakar mengetatkan kepungan. Bani Syaiban dan Bani 'Ijli menerkam dan mencantas musuh mereka dari dua jihat itu serta mengoyak barisan mereka sehingga hancur.
Darjah kepanasan hari itu semakin meningkat. Dalam kepanasan yang melampau itu, laluan-laluan tentera Parsi ke mata air telah tersekat oleh kepungan Bani Bakar dari dua jihat ke wadi itu. Kehausan semakin mencekik kerongkongan bala tentera Parsi itu. Sebahagian besar dari mereka telah menjadi lemah tidak berdaya lagi. Ketika itu Qabilah Iyyad mula berundur, sebagaimana yang dijanjikan dengan Bani Bakar. Hilanglah kawalan ke atas pasukan tengah Parsi. Pasukan Asawirahnya mula kekalutan. Pada ketika itu, pasukan Bani Bakar terus menyerang secara menyeluruh dan sekali gus sekali lagi. bani 'Ijli dan Syaiban tetap meneruskan tekad mereka berhadapan dengan pasukan Asawirah itu. Mereka berjuang bermati-matian.
Wadi Zi Qar pada hari itu telah menyaksikan pahlawan-pahlawan Arab berperang untuk maut. Tanahnya tersiram darah-darah yang mengalir deras sehingga terlihatlah tanda-tanda kemenangan berpihak kepada mereka selepas beberapa jam peperangan bermula. Manakala pasukan Parsi dan sekutu-sekutunya pula telah roboh dan hancur. Pasukan Kisra itu telah tertewas sebelum hampir tengahari seperti mana disaksikan oleh Al A'sya:
Kuda Bakar itu masih menghambur, menikam
sehingga bertempiaran, sedang mentari hampir gelincir.
Pahlawan-pahlawan Bani Bakar terus menerus manghambat dan menyerang pada baki hari tersebut sehinggalah ke sepanjang malamnya. Mereka tidak menghiarukan harta-harta rampasan yang berada di sekitar. Mereka mengejar sehinggalah pasukan Parsi yang tewas itu telah lari jauh ke sahara dan pedalaman Iraq. Begitu juga, pada keesokan paginya Bani Bakar terus mengekori, memerangi serta menghancurkan saki baki musuh. Mereka telah mengajar pasukan-pasukan Arab yang bersekutu dengan Parsi itu dengan secukup-cukupnya. Panglima-panglima mereka adalah antara orang-orang yang mula-mula ditawan. Nu'man Bin Zar'ah At Taghlabi juga termasuk dalam kumpulan tawanan di Zi Qar itu. Dia ditawan oleh pasukan berkuda Bani 'Ijli. Akan tetapi mereka hanya memotong rambut di ubun-ubunnya sahaja dengan tujuan mengaibkannya. Selepas itu mereka melepaskannya pergi. Ini kerana dia mempunyai hubungan persaudaraan dengan Bani 'Ijli. Kalaulah mereka tahu tentang peranan serta nasihatnya kepada Kisra supaya menghantar bala tentera ke Zi Qar agar menghancurkan mereka ketika berkumpul di wadi itu sudah pastilah mereka ragu-ragu untuk membebaskannya!
Manakala panglima tertinggi angkatan Parsi, Iyyas Bin Qubaishah At Taa'i serta pasukannya yang mula-mula tewas, dialah yang mula-mula menemui Kisra. Akan tetapi dia takut hendak menyampaikan berita kekalahan itu kerana bimbangkan kemurkaan Kisra, lalu Iyyas berbohong mengatakan yang tertewas teruk ialah Bani Bakar, bukan pasukan Parsi. Dia memberitahu Kisra harta rampasan yang terdiri dari wanita-wanita mereka sedang dalam perjalanan untuk menghadap Kisra. Kemudian dia meminta izin Kisra untuk melawat saudaranya yang sakit di Ain Tamr iaitu sebuah kampung yang terletak berdekatan Anbar, barat Kufah. Kisra mengizinkannya. Lalu tanpa membuang masa, dia memacu kudanya, Hamamah yang terselamat dari tawanan Bani Bakar. Sebenarnya dia mahu mengelak dari berhadapan dengan Kisra, dek perasaan segan dan hina kerana berbohong. Dia juga mahu menyelamatkan dirinya dari kemarahan Kisra apabila berita kekalahan yang memalukan itu diterima oleh Parsi tidak lama lagi. Kekalahan itu merupakan kekalahan kali pertama dalam sejarah Parsi dalam peperangan mereka dengan qabilah-qabilah Arab, khususnya Qabilah Bakar.