SIFAT-SIFAT MANUSIA

Posted by Nur Islam on 29 April 2009. Filed under:
No Comments »

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita?Sifat-sifat di bawah memang hakikatnya ada pada diri kita sebagai hamba ALLAH.Tahu apa sifat buruk yang kita ada dan cuba sedaya-upaya untuk mengubahnya.Mudah-mudahan usaha kita untuk berubah berhasil dengan izin ALLAH.....



Antaranya :



1. MENYALAHKAN ORANG LAIN..Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.



2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI.Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.



3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA.Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.



4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA .dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.



5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT.Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.



6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI.Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.



7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL .Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.



8. TERLALU CEPAT MENYERAH.Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.



9. BAYANG-BAYANG MASA LALU.Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.



10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN.Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.



Renung-renungkan dan selamat beramal..=D

HURAIAN HARI LAHIR

Posted by Nur Islam on 28 April 2009. Filed under:
No Comments »




Dear blog..

  • Hari ne nak kongsi satu permainan psikologi untuk tengok macam mana sebenarnya perwatakan diri kita.permainan ne dapat dari facebook kuiz..memang best sangat...Tapi keputusannya tidak bolehlah dipercayai 100%..Namun,besar kemungkinan ciri-ciri yang dipaparkan ada persamaannya dengan diri kita..InsyaALLAH..

Caranya :


Contoh tarikh lahir kita 09/09/1989


jadi tambah semua no tarikh lahir tu..camne..09+09+1989
=2007
Hasil yang kita tambah...kita tambah lagi sekali..
2+0+0+7
=9

Jadi no lahir bagi tarikh lahir di atas ialah 9..untuk mengetahui jawapannya tengoklah penerangan setiapa nombor di bawah...Selamat mencuba..!!



HURAIAN NO LAHIR

1. Ketulenan.Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


2. Pendamai.Dilahirkan sebagai diplomat.Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria.Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.



4. Konsevatif.Golongan ini sangat peka dan tradisional.Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.



5. Perintis.Mereka adalah perintis.Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.



6. Romantik.Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.Mereka suka seni musik.Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.



7. Intelektual.Golongan ini adalah Pencari.Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka sangat suka berahsia.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.



8. Penyelesaian.Golongan ini adalah penyelesaian masalah.Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.



9. Pelakon.Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang...
SALAM UKHWAHFILLAH...(^_^)

CEMERLANG AKEDEMIK BUKAN PENENTU SEGALANYA

Posted by Nur Islam on 20 April 2009. Filed under:
No Comments »

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai topik ni..Sebabnya,ramai ibu bapa kini ingin sangat anak-anaknya berjaya sehingga menyebabkan adakalanya anak-anak terasa tertekan sehingga mereka hanya berlakon di hadapan ibu bapa seperti menjadi anak yang menurut perintah...namun sebaliknya,anak-anak aktif dengan kegiatan yang kurang "sopan" di luar rumah...

Mempunyai anak yang cemerlang sememangnya menjadi impian setiap ibu bapa. Suatu kepuasan yang tidak bisa dilahirkan kerana kejayaan anak-anak adalah kejayaan ibu bapa jua yang tidak pernah diminta untuk dibalas.

Bagaimanapun, ramai yang mentafsir cemerlang dengan kejayaan akademik sedangkan sudah terbukti ia bukanlah faktor bagi kejayaan dalam hidup. Kisah Sufiah Yusof menjadi bukti paling terkini yang menjadi suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarganya, malah kepada negara dan negara.

Memiliki anak genius adalah anugerah Allah s.w.t. yang tidak akan dimiliki oleh semua ibu bapa. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa anak tanpa akal yang genius juga mampu cemerlang dengan adanya bimbingan dan perhatian yang sempurna.

Kisah adik Salman dan kakaknya, Masoumah, boleh menjadi panduan dan contoh kepada ibu bapa di luar sana. Begitu juga dengan kejayaan adik Anisa Yasmin yang boleh digelar sebagai aktivis alam sekitar walaupun dalam usia yang masih terlalu muda.

Kesemua mereka mempunyai potensi yang berjaya dikesan dan dicungkil oleh ibu bapa. Apa yang pasti bukanlah sesatu yang mudah bagi anak-anak ini untuk mengekal dan mempertingkatkan potensi diri yang ada tanpa sokongan semua pihak. Pengorbanan ibu bapa adalah paling utama. Ia menjadi tonggak kepada kelangsungan potensi yang dicungkil dan pastinya bukan sedikit masa serta wang ringgit yang terpaksa dilaburkan.....Jadi,diharapkan semoga kita sebagai ibu bapa pada masa akan datang,dapat mendidik anak dengan sebaiknya...

Terapkanlah ilmu agama semaksimum yang boleh agar anak-anak dapat membezakan baik buruk suatu perlakuan

Posted by Nur Islam on 09 April 2009. Filed under:
1 Comment

SeMaLaM kEnAnGaN ..HaRi iNi PeRjUaNgAn.. EsOk BuKaN sAtU KePastiaN
Jadilah pelari pecut..ketika memecut tak menoleh ke belakang.Jadilah pelari jarak jauh mengekori..memotong..di garisan terakhir.
Buat & ciptalah rekod peribadi.Semoga rekod itu sebenarnya...rekod diri,keluarga,negeri negara dunia atau yang paling penting untuk Ad-Din Islam tercinta..Takbir!!.

..::Enam batu cinta::..

Posted by Nur Islam Filed under:
No Comments »


Bagaimana kami tahu bahwa cinta kami cukup dalam untuk menghantar kami ke arah berdampingan seumur hidup, menuju kepada kesetiaan yang sempurna? Bagaimana kami dapat yakin bahwa cinta kami ini cukup matang untuk diikat sumpah nikah serta janji untuk berdampingan seumur hidup sampai maut memisahkan?


Pertama, Ujian untuk merasakan sesuatu bersama.Cinta sejati ingin merasakan bersama, memberi, menghulurkan tangan.Cinta sejati memikirkan pihak yang lainnya, bukan memikirkan diri sendiri. Jika sahabat membaca sesuatu, pernahkah sahabat berfikir, saya ingin memberi ini bersama sahabatku? Jika sahabat merencanakan sesuatu,adakah sahabat hanya berfikir tentang apa yang ingin sahabat lakukan, ataukah apa yang akan menyenangkan pihak lain? Sebagaimana Herman Oeser, seorang penulis Jerman pernah mengatakan, “Mereka yang ingin bahagia sendiri,janganlah kawin. Kerana yang penting dalam perkawinan ialah membuat pihak yang lain bahagia. Mereka yang ingin dimengerti pihak yang lain, janganlah kawin. Karena yang penting di sini ialah mengerti pasangannya.Maka batu ujian yang pertama ialah:“Apakah kita dapat sama-sama merasakan sesuatu? Apakah aku ingin menjadi bahagia atau membuat pihak yang lain bahagia?”


Kedua, Ujian kekuatan.Saya pernah menerima surat dari seorang yang jatuh cinta, tapi sedang risau hatinya. Dia pernah membaca entah di mana, bahwa berat badan seseorang akan berkurang kalau orang itu betul-betul jatuh cinta. Meskipun dia sendiri mencurahkan segala perasaan cintanya, dia tidak kehilangan berat badannya dan inilah yang merisaukan hatinya. Memang benar, bahwa pengalaman cinta itu juga dapat mempengaruhi keadaan jasmani. Tapi dalam jangka panjang cinta sejati tidak akan menghilangkan kekuatan kalian; bahkan sebaliknya akan memberikan kekuatan dan tenaga baru pada sahabat. Cinta akan memenuhi sahabat dengan kegembiraan serta membuat sahabat kreaktif, dan ingin menghasilkan lebih banyak lagi.Batu ujian kedua:“Apakah cinta kita memberi kekuatan baru dan memenuhi kita dengan tenaga kreaktif, ataukah cinta kita justeru menghilangkan kekuatan dan tenaga kita?”


Ketiga, Ujian penghargaan.Cinta sejati bererti juga menjunjung tinggi pihak yang lain. Seorang gadis mungkin mengagumi seorang jejaka, ketika ia melihatnya bermain bola dan meraih banyak gol. Tapi jika ia bertanya pada diri sendiri, “apakah aku mengingini dia sebagai ayah dari anak-anakku? “, jawabnya sering sekali menjadi negatif. Seorang pemuda mungkin mengagumi seorang gadis, yang dilihatnya sedang berdansa. Tapi sewaktu ia bertanya pada diri sendiri, “apakah aku mengingini dia sebagai ibu dari anak-anakku? “, gadis tadi mungkin akan berubah dalam pandangannya.Pertanyaannya ialah: “Apakah kita benar-benar sudah punya penghargaan yang tinggi satu kepada yang lainnya? Apa saya bangga atas pasanganku?”


Keempat, Ujian kebiasaan.Pada suatu hari seorang gadis Eropa yang sudah bertunang datang padasaya. Dia sangat risau, “Aku sangat mencintai tunanganku,” katanya, “tapi aku tak tahan caranya dia makan epal.” Gelak tawa penuh pengertian memenuhi ruangan. “Cinta menerima orang lain bersama dengan kebiasaannya. Jangan kawin berdasarkan kefahaman yang sedikit, lalu mengira bahawa kebiasaan-kebiasaan itu akan berubah di kemudian hari. Kemungkinan besar itu takkan terjadi. Sahabat harus menerima pasanganmu seadanya beserta segala kebiasaan dan kekurangannya.Pertanyaannya: “Apakah kita hanya saling mencintai atau juga saling menyukai?”


Kelima, Ujian pertengkaran .Bilamana sepasang muda mudi mengatakan ingin kawin, saya selalu menanyakan mereka, apakah mereka pernah sesekali benar-benar bertengkar - tidak hanya berupa perbezaan pendapat yang kecil, tetapi benar-benar bagaikan berperang. Seringkali mereka menjawab, “Ah, belum pernah lagi, kami saling mencintai.” Saya katakan kepada mereka, “Bertengkarlah dahulu barulah kamu boleh kawin.” Persoalannya tentulah, bukan pertengkarannya, tapi kesanggupan untuk saling berdamai lagi. Kemampuan ini mesti dilatih dan diuji sebelum kawin. Bukan seks, tapi batu ujian pertengkaranlah yang merupakan pengalaman yang “diperlukan” sebelum kawin.Pertanyaannya: “Bolehkah kita saling memaafkan dan saling mengalah?”


Keenam, Ujian waktu.Sekiranya sahabat ragu-ragu tentang perasaan cintamu, sang waktu akanmemberi kepastian.Tanyakan: “Apakah cinta kita telah melewati musim panas dan musim dingin? Sudah cukup lamakah kita saling mengenal?” ( ini buat yang sudah bernikah ) (sumber: dari berbagai sumber)

..::Nur Ilahi::..

Posted by Nur Islam on 08 April 2009. Filed under:
No Comments »


Teringat imbauan lalu,detik dimana diri ini secara zahiriah dan batiniah memerlukan kekuatan...
Teringat kembali ketika berada didalam kelas tasmi’,tiba-tiba ayat hafalan yang telah di hafal lesap dalam memori ingatan tanpa di duga...
Teringat sesuatu ketika diri yang sedang alpa & lalai menonton televisyen,tiba-tiba.............
..::Teringat Firman ALLAH di atas::..



..::Surah An-Nur,Ayat 35::..


Maksudnya :
ALLAH pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus(yang di dalamnya ada pelita yang besar).Pelita itu di dalam tabung kaca dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan,yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak juga di barat.yang minyaknya hamper-hampir menerangi,walaupun tidak disentuh api.Cahaya diatas cahaya berlapis-lapis.ALLAH memberikan petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki,dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.Dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu.


Alangkah ruginya srikandi ini mensia-siakan “pedang” yang telah diberikan dengan sambil lewa.
Dikala sahabat-sahabat lain sedang”bertapa” bersama Kalam ALLAH,”berjalan” diatas dasar ingat-mengingati sesama sahabat seperjuangan,saling tebuk-menebuk “modal” masing-masing,berkasih sayang dengan ukhwah yang terbina diatas jalan memperjuangkan Ad-Din tercinta.

Tanpa disedari,cecair neutral kurniaan Ilahi berlinangan dari ceruk mataku ini...
Entah mengapa.......

YA ALLAH..
Bantulah hambamu ini dalam
melayari bahtera kehidupan duniawi
yang fana ini.
..::Amiin::..

..::Sayang semua::..

Posted by Nur Islam Filed under:
No Comments »

8888888________888888_
88888888______8888888_
8888_8888____8888_888_
8888__8888__8888__888_
8888___88888888___888_
8888____888888____888_
8888_____8888_____888_
8888______88______888_
8888______________888_
______________________
88888____________88888_
88888____________88888_
88888____________88888_
88888____________88888_
88888____________88888_
888888__________888888_
_888888________888888__
__888888888888888888___
_____________________
____88888888888888_____
___888888888888888_____
__88888888888888888____
_888888________88888___
_88888_________________
_88888_________________
_88888_________________
_88888_________________
_88888_________________
888888________88888___
__88888888888888888____
____88888888888888_____
______________________
888888__________888888_
888888__________888888_
888888__________888888_
88888888888888888888888_
88888888888888888888888_
88888888888888888888888_
888888__________888888_
888888__________888888_
888888__________888888_
______________________
______8888888888____________________
____888888888888888_________________
__888888822222228888________________
_88888822222222288888_______________
888888222222222228888822228888______
888882222222222222288222222222888___
8888822222222222222222222222222288__
_8888822222222222222222222222222_88_
__88888222222222222222222222222__888
___888822222222222222222222222___888
____8888222222222222222222222____888
_____8888222222222222222222_____888_
______8882222222222222222_____8888__
_______888822222222222______888888__
________8888882222______88888888____
__________88888888888888____________

..::Saya sedia memakannya..(^_^)::.

Posted by Nur Islam Filed under:
No Comments »

Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya."
"Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami belum punya eletrik."