Kenangan bersama kamu semua~

Posted by Nur Islam on 30 April 2012.
No Comments »

Syukur ALHAMDULILLAH..
kerana masih diberi nikmat hidup dengan Iman & Islam ini..Syukur Ya ALLAH...


Sesi 2011/2012 kali ni lah rasanya paling manang & paling banyak mengeluarkan airmata...
Airmata kesedihan & airmata kegembiraan...
Entah kenapa,entah mengapa....airmata terus laju untuk mengalir tanpa had..
Kenapa ya??Diri ini pun masih tertanya2...

Banyak pengalaman manis ataupun pahit yang kita rasai bersama-sama..Sungguh segala yang terjadi banyak mengajar kita erti kehidupan.

Bermula sesi ini :
* Kita pasti sangat terasa dengan kehilangan salah seorang daripada sahabat baik kita semua" Allahyarham Illham Ellani ".Walau ada yang baru mengenali,namun kehilangannya sangat-sangat dirasai semua..Kenangannya bersama kita masih segar di ingatan..bahkan hingga saat ini terasa dirinya masih wujud,suaranya masih terngiang-ngiang di telinga kita..Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..Al-Fatihah

* Tanpa kita sedari,ALLAH menghantarkan kepada kita 2 pasangan "orang tua" untuk kita saling kenal mengenali,saling menjalinkan ukhwah sesama kita..Terima kasih ALLAH kerana ENGKAU telah menghantar ibu & ayah arwah Ilham & Saudara Izzat sebagai wasilah untuk kami sama-sama menjalin ukhwah..Terima kasih jugak sangat-sangat buat ibu & ayah Izzat kerana kehadiran kalian berdua disini sedikit sebanyak banyak mengubat kerinduan kami buat keluarga kami di tanah air SABAH...

* Tahniah diucapkan buat saudara Roy Andika & saudari Nurul Izzah atas kejayaan mereka membawa pulang "segulung ijazah" sebagai bekal untuk berjuang di tanah air...
p/s : jika ada khabar gembira dari SABAH,jangan lupa khabar2kan kami disini ya..

*  Kehadiran ustaz Nazrey ke Jordan jugak sedikit sebanyak banyak memberikan kita semangat untuk terus bangkit memperjuangkan dakwah kita di Sabah.Bukan sahaja dari pakar-pakar ilmuwan agama,bahkan bersama-sama bergabung dengan para doktor muslim yang hebat.Semua yang terjadi tanpa kita rancang,tapi ALLAH telah aturkan yang terbaik untuk kita semua...La Haula wala quwwata illa billah...

* Tanpa dijangka jugak,kedua adik-adikku PALI & WAWA telah selamat diijabkabulkan dan telah sah menjadi suami isteri..Alhamdulilah..Hanya lafaz itu mampu menandakan betapa kakakmu ini sangat-sangat gembira..Syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH..^___^..Semoga bahtera yang dibina bahagia hingga ke syurga..Doakan pula kakak2mu ni..:D

* Buat semua adik-beradikku BAKSIS ku disini..kehadiran kalian dalam hidupku banyak mengajarku se"something" dalam hidup..Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai selama kita bersama, diri ini banyak melakukan kekhilafan,kekasaran,kesalahan dll kepada kamu semua.Khususan buat YDP Baksis pada sesi kali ini Abdul Mukmin Jafary,andai selama kita bekerja bersama kak tau kakak banyak melakukan kesilapan,kekasaran yang melampau dengan kamu ( sbb sdh anggap kamu sudah macam adik-adik kakak )..Minta maaf sangat-sangat..0-0 ya..



Tidak sampai seminggu lagi,InsyaALLAH pentadbiran AMT BAKSIS bagi sesi kali ini bakal melabuhkan tirainya.Minta Maaf sekali lagi ya..Sayang kamu semua kerana ALLAH..Ukhwah Fillah abadan abada...