Kisah Kita

Posted by Nur Islam on 27 Februari 2013.
No Comments »


“ KISAH KITA “

Kisah kita,
Bukan khayalan semata-mata,
Bukan indahnya khabar berbanding rupa,
Bukan disaluti dengan jalan yang hina,
Bukan berkisar dari zahir semata.

Kisah kita,
Cuba bilang berapa orang yang masih tidak mengetahui,
Cuba tanya siapa yang masih tidak mengenali,
Cuba teka dimanakah kisah kami ini dimulai,
Cuba fikirkan atas dasar apa kisah kami ini?

Tapi,
Inilah dan disinilah,
Kisah kami mulai dimeterai dengan sah,
Antara Islah dan Hijrah,
Mencari hakikinya sebuah “ SILAH “
Berlandaskan syariat ALLAH.




Norafizah binti Yassin
Universiti Yarmouk Jordan