.::PERGAULAN::.

Posted by Nur Islam on 03 Mei 2009. Filed under:

Salam sayang buat semua sahabat & sahabiah sekalian..

Apa khabar iman & islam saudara-saudari ku..?.....(jawab sendirilah erk...hehe)

Hari ne terdetik plak dalam hati ingin membincangkan mengenai topik BAGAIMANA SEBENARNYA CARA PERGAULAN KITA DENGAN YANG BERLAINAN JANTINA...Pada kali ini,saya ingin meminta pendapat anda semua..Harap2 sahabat sekalian bagi respon ya...ILHAM mengenai tajuk kali ini timbul apabila saya bertemu dengan sahabt2 sekolah menengah yang amat sya sayangi d Kota Kinabalu yang lalu....
Pada hari tersebut,rasa rindu yang teramat sangat menyelubungi diri kerana faktor masa & tempat belajar yang berlainan dan sangat jauh sehingga terpaksa menyeberangi laut china selatan semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita di dunia dan di akhirat kelak..InsyaALLAH....
Sepanjang perjalanan ke destinasi,pelbagai isu menarik yang timbul dalam perbincangan kami...Tapi yang paling menarik dan menyentuh pemikiran saya ialah tentang pergaulan antara yang berlainan jantina...
Adakalanya..saya sendiri tertanya-tanya bagaimana sebenarnya cara yang pling sesuai untuk berurusan dengan insan yang bernama"lelaki"....Semenjak melanjutkan pelajaran ke bumi barakah Darul Quran,pelbagai ilmu yang telah saya perolehi....Antaranya mengenai topik pada kali ini/lebih di kenali sebagai "ikhtilat"....
Dahulunya,saya memang di kenali sebagai RAMAH dengan sesiapapun yang saya jumpa...(memang baik,tapi mesti ada batasnya)
Dahulunya saya sukar untuk menjaga pergaulan,suara............
Dahulunya saya sentiasa memikirkan yang saya ni keterlaluan,tapi keinginan untuk berubah macam chipsmore sekajap ada,sekejap tiada.....

Namun,Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bumi barakah,tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil...."Bibi..!lihatlah sahabat-sahabatmu....semuanya terjaga dengan menutup aurat,semuanya cantik-cantik & berseri-seri untuk menyahut seruan menghafaz KALAM ALLAH,menjaga syariatNYA..."Saya tersentak untuk seketika....Saya juga tercabar dengan kata-kata itu...Ops...macam dah keluar topik plak....(untuk menguatkan ayat shja cerita di atas tu..(^^,)...)
Sebenarnya,saya rasa sangat bersalah kerana umur sebaya saya/lebih khususnya remaja kini tidak sedar yang kadangkala pergaulan mereka sebenarnya keterlaluan..dalam bahagian suara,ada yang melembutkan suara ketika bercakap dengan bukan muhrim,tidak terfikirkah oleh mereka yang suara seorang perempuan ni boleh menggugat seorang lelaki..??..Ada pula yang sesuka hati meninggikan suara sehingga membuka aib diri sendiri..Dalam bab pakaian pula satu hal...Remaja kini suka menggayakan baju kanak-kanak yang berumur 6/7 tahun..sepetinya tidak puas untuk hidup pada zaman kanak-kanak..(faham-faham sendiri lah ya)..Seakannya mereka tidak menyedari bahawa pakaian-pakaian tersebut tidak muat dan sesuai untuk mereka..Dari segi perilaku pula,ada remaja perempuan sanggup memegang tangan,menepuk tampar lelaki yang bukan muhrim mereka..
Sememangnya saya juga rasa terbelenggu...Banyak pertanyaan timbul tidak kira dari diri sendiri dan juga sahabt-sahabt..Memang kita selalu berfikir adakah kita bersalah menghubungi sahabat lelaki/perempuan yang sma sekolah dengan kita dari sekolah rendah-menengah semata-mata supaya perhubungan silaturrahim persahabatan tidak terputus...saya yakin,ramai sahabat-sahabiah pun mengalami masalah seperti ini....memang sahabat-sahabiah terasa sangat serba salah apabila tidak membalas mesej misalnya,tidak lagi menghubungi sahabat anda untuk bertanya khabar kerana takut di katakan sombong..hal ini serba sedikit menjejaskan perhubungan persahabatan yang di bina....Apapun yang berlaku,yang paling penting niat kita..Ingat hadth 1 dan hadith yang popular digunakan...."Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan di mulai dengan NIAT"...jadi,apabila niat kita untuk berhubung adalah baik,maka baiklah hasilnya...namun sebaliknya berlaku apabila niat kita buruk....

Fikir-fikirkan,tenung-tenungkan wahai sahabat-sahabt yang di sayangi kerana ALLAH....

No Responses to .::PERGAULAN::.